Nadia P.O.VYanti baru sahaja memberitahuku bahawa Adam dalam perjalanan pulang ke banglo kerana perlu membuat persiapan untuk ke Tokyo pada esok hari. Aku segera berlari menaiki anak tangga kerana sudah tidak sabar untuk memberikan kejutan istimewa buat Adam. Pakaian yang baharu dibeli dari shopee segera aku capai dan membuang tagging yang ada. Baju tidur lingerie ala-ala kimono tricot satin di tangan aku pegang. Aku nekad mahu menggoda Adam pada malam ini seterusnya menghadiahkan malam istimewa buat husbandku yang tersayang. Naira sudah aku tinggalkan bersama Yanti di biliknya di bawah. Rancangan ini sudah aku susun dengan rapi setelah mendapat nasihat daripada Yanti untuk menambahkan lagi 'kehangatan' antara aku dengan Adam. Mengingatkan segala petua Yanti aku jadi senyum sendiri. 'Tak padan dengan budak lagi, macam-macam ya dia tahu. Budak-budak sekarang memang advance eh dengan 'benda-benda' macam tu?' Ngeri pulak aku apabila terbayangkan remaja pada tahun 2060? Pasti lagi 'advance'. Mintak simpang!
Sekitar 1 jam aku bersiap berserta dengan hiasan bilik Adam yang ditaburi kelopak mawar dan juga lilin kecil di sekitar bilik Adam yang besar tersebut. Jam menunujukkan sudah pukul 9 malam. Aku segera mematikan lampu utama dan hanya membiarkan lampu-lampu malap menerangi bilik Adam. Debaran jantungku tak usah dikata. Serasa mahu tercabut terkeluar dan tergolek di atas lantai. Aku duduk dibirai katil sambil bermain dengan hujung baju tidurku yang aku pakai. Baju tidur yang menampakkan hampir keseluruhan pehaku dan juga di sebelah atasnya terbuka dari bahagia bahu. Aku mula berasa bahawa tindakanku ini terlalu keterlaluan. 'Betul ke apa aku buat ni? Betul ke Adam memang nakkan aku atau Yanti yang salah tafsir? Betul ke Adam sayangkan aku?'
Beribu persoalan mula bermain di minda. Panik dan nervous sudah bersatu. Terasa tapak tanganku mula berpeluh dan menggigil. 'Sabar Nadia.. Sabar.. Baik aku ambil robe mandi lah. Prepare kalau-kalau plan ni fail.' Aku segera melangkah ke bilik air bilik Adam dan mencapai satu robe mandi yang terletak dalam almari yang terdapat dalam bilik tersebut. Sedang aku menyarung robe mandi tersebut, terdengar pintu bilik telah dibuka dari luar. Detak jantungku mula tidak terkawal. Aku menarik nafas panjang memulas tombol pintu bilik air tersebut selepas pintu bilik utama telah ditutup. Perlahan-lahan aku melangkah keluar dan pandanganku segera menyapa wajah Adam yang kelihatan sugul dan terkejut. Tali leher tergantung di lehernya. Coat di tangan kiri dan beg bimbit di tangan kanan. Langkahnya juga terkaku sebelum melangkah ke sofa yang berada di tengah-tengah bilik tersebut.
Aku melangkah ke arah Adam dan pantas coat dan beg bimbitnya aku mahu ambil namun di larikan Adam ke atas sofa bersebelahan dengannya.
"Kau buat apa kat sini?" Nada suara Adam kedengaran perlahan namun tajam. Hatiku mula berasa tidak sedap.
"Errr..." Aku tidak dapat mengeluarkan sebarang kata kerana terlalu gugup selepas mendengar nada suara Adam tersebut.
"Aku tanya kau buat apa kat sni?!! Dah pekak ke??!" Nada suara Adam berubah menjadi tinggi. Aku segera mengakkan kembali batang tubuhku dan berdiri di samping sofa yang diduduki oleh Adam.
"Ni lilin, bunga, hiasan apa benda ni??! Siapa bagi kau masuk bilik AKU??!!" Adam bangkit berdiri dan aku melangkah setapak ke belakang kerana terkejut diherdik begitu.
"Saya.. saya nak buat surprise untuk awak..." Aku berkata perlahan sambil pandangan tertunduk memandang ke arah ibu jari kakiku.
"Ni surprisenya!!!" Adam mengeluarkan sesuatu dari beg bimbitnya dan melemparkan beberapa keping gambar di wajahku.
Aku mengambil sekeping gambar yang jatuh ke atas lantai dan segera menekup mulutku dengan tangan kananku. 'Matilah aku! Kali ni betul-betul mati!'
Gambar Mail naik ke tangga rumahku sampai di hadapan pintu rumahku sewaktu banjir. Kebetulan gambar yang diambil sebelum air banjir naik memenuhi kawasan rumahku jadi aku tidak dapat buktikan bahawa gambar itu diambil sewaktu banjir.
"Siapa jantan ni??!!" Adam bertanya kepadaku dengan pandangan mata dan suara yang tajam.
"Ma...ma... ma... Mail...Kawan..." PANGGG!! Satu tamparan hinggap dipipiku membuatkan aku memegang tempat pemegang sofa. Tidak tahu mana satu otakku harus proses dahulu, sakit ditampar atau terkejut kerana Adam tidak pernah lagi memukulku walaupun dahulu dia membenci aku. Terasa darah mengalir dihujung bibirku.
"Kawan???!! Kawan kau buka pintu pukul 3 pagi?!! Kau taknak aku sentuh kau sebab budak hingusan ni?? Dah berapa lama kau buat kerja ni Nadia.. Opss.. Sorry.. Dah berapa lama kau buat kerja ni perempuan murahan???! " Aku hanya mendiamkan diri sambil melihat satu persatu gambar yang diambil yang jatuh ke atas lantai. Kelihatan gambar yang diambil dalam dari kereta seakan-akan sengaja menunjukkan jam 3 pagi di dashboard. Siapa yang nak jahanamkan rumah tangga aku ni?
"Saya.. saya boleh explain.. tolong.. tolong dengar.." Aku mengangkat wajahku dan cuba untuk menerangkan letak duduk perkara sebenar namun segera dipotong oleh Adam dengan meletakkan jari telunjuk di bibirku.
"Shhh... Shhh.. SHUT UP!! Enough is enough Nadia. Aku dah malas nak dengar your bullshit. Kau lari dari aku semata-mata untuk jantan ni? Apa hina sangat ke aku Nadia di mata kau? Tak cukup baguskah aku? Apa kurangnya aku? I tried everything. For f*ck sake Nadia, I tried everything I can. Let's END all of this." Air mataku mengalir deras di kedua belah pipi. Adakah ini pengakhiran kisah ku dengan Adam? Adakah nasibku tidak ubah seperti Cinderella selepas jam 12 tengah malam? Adakah mimpi indahku bakal berakhir buat selama-lamanya.
"Aku......" Ya Allah janganlah Adam sebut ayat tersebut.
"Aku ce...." Kalau ini merupakan permintaan terakhirku tolong kabulkan ya Allah...
"Aku cerai..." Aku menarik nafas lega kerana telefon pintar Adam tiba-tiba sahaja berdering.
Adam segera mengangkat panggilan tersebut dan berlalu meninggalkanku yang sudah terduduk di atas sofa.
Perasaanku bercampur baur tatkala ini. Ada rasa sedih, marah, takut, geram, lega, bersyukur, sakit. Aku tidak tahu mahu fikirkan yang mana satu dulu. Fikiranku terlalu kusut. Aku memegang kepalaku yang tertunduk sambil menongkat sikuku di atas kedua belah pehaku. 'Ya Allah berilah aku kekuatan ya Allah.. Selamatkan perkahwinan ini demi Naira! Ya aku kena kuat demi Naira.'
Adam masuk kembali ke dalam biliknya dengan menarik sebuah bagasi. Riak wajahnya masih lagi tegang seperti tadi 'Eh dia nak pergi sekarang ke?'
"Kau tak layak nak duduk dengan Naira. Aku taknak perempuan macam kau duduk dengan anak aku." Adam... Adam halau aku? Tak.. Tak... Tak... Aku lebih rela diceraikan dari dipisahkan dengan Naira. Air mataku kembali mengalir deras. Aku pantas berlari ke arah Adam. Kedua belah kakinya aku peluk.
"Please Adam... Please.. Awak boleh maki hamun saya.. Awak boleh pukul saya.. Awak boleh tengking saya... Tapi jangan pisahkan saya dengan Naira.. Saya sanggup melutut! Jangan pisahkan saya dengan Naira. Saya merayu...." Aku sanggup lakukan demi sahaja demi Naira! Adam hanya membatukan diri. Tiada sebarang reaksi.
Aku pantas berdiri dan mengambil sebilah gunting besar yang terdapat di atas kabinet bilik Adam.
"Tikam saya Adam!! Bunuh saya!"
Note: Sorry chapter 11 terlalu roller coaster. Di harap semua dapat menahan emosi dan terus bersabar dengan drama dari author. Idea ni tiba-tiba datang sebab author stress tak boleh tidur. Jadi author buat readers pun stress jugak. Hahaha. Lepas baca tolong vote ye 🙏🏻. Bagi semangat sikit utk author teruskan menulis 🥲
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta 2 (On Going)
RomanceAkibat salah faham Nadia menyebabkan cinta Adam dengan Jasmine bertaut kembali. Namun dendam Adam terhadap Nadia membuatkan Adam tidak akan melepaskan Nadia meskipun hatinya telah tertutup untuk Nadia. Mampukah Nadia memperbetulkan keadaan dan mereb...