Chapter 8

273 10 1
                                    


Nadia P.O.V


"Mama nak buat macam mana ni Naira.. Mama takde duit nak beli susu Naira ni. Naira minum dulu air masak ni ye.. " Aku cuba menyua botol susu yang mengandungi air masak tersebut ke mulut Naira. Naira menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu minum. 'Susu badan tak nak, air masak taknak'. Aku mencempung tubuh Naira cuba memujuknya dari terus menangis. Jam di dinding menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Lega kerana suhu badan Naira mula beransur turun. 

'Nak cari susu kat mana ni? Kat dapur confirm takde sebab Naira baru sampai sini harini. Takkan nak kejut Adam? Itu tempah maut namanya. Nak mintak tolong siapa ni?' Aku melangkah perlahan keluar dari bilik tetamu yang disediakan Adam untuk aku dan Naira. Menuruni tangga perlahan-lahan sambil mendukung Naira yang masih tersisa dengan sedu-sedan yang tidak tahu bila akan berhenti. Ruang bawah yang agak sedikit gelap menyukarkan sedikit langkah kakiku.  Acap kali aku tersadung meja ataupun kerusi. Mujur sahaja langkahku perlahan menyebabkan kesakitan yang aku alami tidak seberapa. 

'Nak cari susu kat mana ni? Dapur bukan main luas lagi ni. Ini dah macam ruangan banquet hotel gayanya ni. Bukan lagi dapur.' Aku memerhati sekitar ruangan dapur yang begitu luas selepas memetik suis lampu di ruangan tersebut. Terdapat sebuah bar di satu sudut  dan di satu sudut lagi terdapat kitchen island yang sangat mewah. 'Seronok jugak dapat masak kat situ sambil ditenung Adam. Ish sikit-sikit Adam, sikit-sikit Adam. Tak best lah. Sambil ditenung Jeong Gu-won. Haa gitcheww!' 

Aku melangkah ke arah kabinet yang bersusun melangit mencecah ke siling ruangan dapur tersebut. Satu persatu pintu kabinet dapur tersebut aku buka sambil menepuk perlahan peha Naira berharap supaya dia terlena. Pintu kabinet paling atas aku cuba buka. Namun terlalu tinggi untuk aku capai. Kali pertama aku mencuba namun gagal. Aku cuba menggandakan usaha ku tadi dengan cubaan melompat sedikit namun juga gagal. 'Kali ketiga ni mesti kena lompat lebih lagi ni...' 

"What are you doing??!!" Suara yang aku cukup kenali bergema di belakangku. Pantas langkahku mati. Tubuhku kaku. Jantung mula berdegup dengan kencang. Lidahku kelu untuk berkata-kata. 'Matilah aku!' 

"I asked you. Kau buat apa kat sini?!" Suara Adam sedikit mengendur namun masih lagi dengan nada yang tinggi. 

"Saya... saya... saya..." Aku tak dapat menuturkan kata kerana terlalu gugup akan dimarahi Adam buat sekalian kalinya. 

"Saya apa??!!" Adam pantas memotong kataku. 

"SAYA NAK SUSU!!" 

"Haaa??!!" 

"SAYA NAK SUSU AWAK!!" Aku yang sekali lagi terkejut mula tersasul buat kali kedua.

"Haa??! Susu apa ni?!!" Muka Adam yang tadi menahan marah mula berubah kehairanan.

"Bukan... Bukan tu" Gugupku sudah datang. Aku mula cemas dan panik. 

"Naira... Naira nak susu.." Aku menutur perlahan apabila mendapat sedikit ketenangan kerana melihatkan wajah Adam yang kehairanan. 

"Dah tu... Yang kat situ tu... Bukan susu ke?" Adam bertanya sambil matanya menyorot ke arah dadaku. Jantungku kembali berdegup kencang. 

"Tak.. tak.. bukan susu yang ni. Dia nak susu botol!" Aku yang kembali panik mula bertutur dengan cepat. 

"Habis dalam beg kau tadi takde susu?" Aku hanya menggelengkan kepala perlahan sambil tertunduk melihat wajah Naira dalam dukungan ku. 

"Saya.. takde duit nak beli susu Naira." Aku menuturkan perlahan sambil cuba menahan tangis. 

Adam diam seketika sambil mengeluarkan telefon pintar miliknya dari poket sweat pants yang dia pakai. 

"Hello bang Osman, bawakkan semua jenis susu tepung baby yang ada kat supermarket untuk baby yang umur 9 bulan ke rumah. Bawak sekarang. 10 minit." Adam mematikan talian sambil matanya merenung ke arahku tanpa lepas. 

"Awak.. Awak turun ke dapur nak apa-apa ke ni?" Aku menyoal perlahan sambil mengangkat pandanganku memandang wajah Adam yang masih lemas dalam renungannya yang dalam. 

"Nak awak" Adam menuturkan dengan nada yang cukup perlahan. Nada mendayu-dayu yang cukup aku rindui. Bukan dengan riak wajah yang sinis, geram, kecewa atau marah. 

"Haa??" Aku sengaja menyoal kembali supaya dia tersedar daripada lamunannya. 

"Haa?? Haa apa? Ehem.. Aku nak nasi goreng." Adam sempat berdehem sebelum membuat permintaan kecil kepada diriku. Dia segera berlalu ke kitchen island yang berada tidak jauh dari situ dan mengambil tempat di meja menghadap dapur untuk memasak. Aku tersenyum kecil melihat gelagat comel Adam tersebut. 'Comel apebendenye! padahal biasa je benda yang dia buat tadi! Sedar-sedarlah diri tu Nadia'. 

Aku melangkah ke ruangan memasak yang berhadapan dengan meja yang diduduki Adam. 'Nak masak macam mana ni? Naira ni kalau aku letak karang mesti merahang. Satu banglo ni terjaga karang. Yang dia ni pulak mimpi apa pukul 12.30 malam nak makan nasi goreng?' 

"Errrr... Pegangkan Naira boleh? Saya nak masak. Dia nak kena berdukung kalau tak dia menangis.." Aku membuat permintaan kecil sambil menepuk Naira perlahan. Aku mengangkat pandangan dan melihat wajah Adam yang ragu-ragu. 

"Err... Errrr.." 

"Kalau tak boleh tak pelah. Saya letak dia kat sofa tu." 'Dah agak dah. Mesti dia taknak pegang punya.' Hatiku sedikit merajuk dengan jawapan yang baru ku terima dari Adam sebentar tadi. 

"Boleh.. Sini aku dukung." Kaki yang mula ingin melangkah ke sofa tadi menukar arah melangkah ke arah Adam. Masih teringat aku yang dahulunya didukung Adam sewaktu aku sesat di hutan belakang villa. Terasa pelawaan Adam 'sini aku dukung' seperti ingin mendukung diriku. Sempat lagi rasa cemburu dengan Naira terbit di dalam hati. Hahaha. Tidak sangka terlalu cepat waktu berlalu kini Naira pula yang akan didukung oleh Adam. 

"Termenung apa tu? Cepat masak aku lapar." Terlihat Adam begitu kekok mencempung Naira. Terlihat riak wajah risau seperti memegang sesuatu yang sangat berharga dan mudah pecah. Adam mendukung dengan penuh berhati-hati sambil cuba menepuk peha Naira seperti yang aku buat tadi. Senyuman kecil terbit dibibirku melihat sisi kelembutan yang ada dalam diri Adam. Aku mula menyediakan bahan untuk membuat nasi goreng selepas pasti Naira selamat dalam dukungan Adam. 

Dentingan loceng rumah bertalu-talu mematikan keasyikanku yang sedang memasak. Aku mengangkat wajaku melihat ke arah Adam yang sedang duduk berhadapan dengan diriku. Mataku bertatapan dengan bebola mata Adam yang asyik merenung ke wajahku tanpa menyedari dentingan loceng tersebut. 'Yang aku idam-idamkan tadi kini betul-betul terjadi... Anak mata kehijaun yang aku rindu saban hari kini terhidang dihadapan mataku. Dentingan loceng juga sudah hilang. Aku kini mahu hanyut dalam lautan renungan Adam. Aku tidak dapat menipu diriku, aku begitu merindui kasih sayang Adam terhadap diriku.' 

Tangisan Naira mematikan renungan kami berdua. Adam pantas berdiri dan menepuk Naira sambil cuba memujuk. Adam segera melangkah ke arah pintu utama tanpa menoleh kembali ke arahku. Aku segera menutup api dapur menyudahkan gorengan sebentar tadi. 'Nasib baik tak hangus!' 

"Susu yang mana satu yang Naira minum?" Kedengaran suara Adam yang baru tiba di ruangan dapur bersama dengan Naira yang elok  diam dalam dukungan Adam. 'Padahal bukan main kekok lagi papa dia dukung. Tapi eh tak merengek pun. Papa? Tanpa sedar aku sudah memberi gelaran papa untuk Adam. Mengada! Ya Allah.. Banyaknya susu! Dia ni nak bukak kilang susu ke apa.' Bebola mataku membulat melihat deretan susu dengan pelabagai jenama yang tersusun di hadapanku. 

"Yang mana satu?" Adam mengulangi sekali lagi pertanyaan untuk mematikan lamunanku.

"Ahh..Ahh yang tu. Dumex." Jari telunjuk ku menghala ke arah susu Dumex yang berada tidak jauh dariku. 

"Abang Osman bawak susu tu ke kabinet belakang tu." Adam memberikan arahan  sambil melangkah ke arahku tanpa lepas merenung wajahku. Langkah kakinya menuju ke sisiku. 


"Susu kau.... Aku punya.." 

Adam berbisiki perlahan dicuping telingaku. Mulutku sudah terlopong luas. 



6 Bulan Mencari Cinta 2 (On Going)Where stories live. Discover now