Chapter 6

270 11 6
                                    


Adam P.O.V


Panggilan telefon daripada Kak Lah sebentar tadi menghentikan amukanku sebentar tadi. Berita yang aku terima sangat mengejutkan diriku. Aku jatuh terduduk di atas sofa sambil cuba memproses segala maklumat yang baru aku terima. Sudah hampir 8 bulan aku menghentikan proses pencarian Nadia. Selepas aku bertemu kembali dengan Jasmine. Aku cuba memberi Jasmine peluang selepas Jasmine tanpa jemu mencuba untuk memikat hatiku kembali. Aku meraup wajahku dengan kedua belah telapak tanganku. 

'Nadia....' Aku tidak dapat menipu hati dan perasaanku. Hatiku masih lagi mahukan Nadia. Perlahan air mataku yang sudah lama tidak menitis kini kembali mengalir perlahan. Terasa kelopak mataku menjadi hangat. Namun mengingatkan apa yang Nadia telah lakukan terhadap diriku membuatkan perasaanku bercampur baur antara marah, kecewa, geram, gembira, duka. Terlalu banyak perasaan bercampur baur menjadi satu. 

'Anak' Masih segar  dalam ingatanku Kak Lah ada menyebut 'anak Nadia'. 'Anak Nadia demam, Nanti tolong hantarkan dia ke hospital.' Anak Nadia dengan ku? Tidak dapat tidak, hatiku sangat gembira menerima khabar tersebut. Itulah senjata aku. Aku tersenyum lebar selepas beberapa lama aku tidak lagi tersenyum. Nadia bukan sahaja membawa lari dirinya malah hati dan perasaanku turut dibawa pergi. 

"Zarul.. Kau pergi ambil Nadia dekat location yang aku sent tadi. Bawak dia pergi hospital. Anak dia... Ehem.. Anak aku sakit. Pergi sekarang." Aku segera mematikan talian. Bibirku menguntum senyuman.  'Anak aku?' Perasaan bahagia sempat bertandang tanpa aku pinta. 

Aku segera menekan interkom. 

"Bella.. Cancel board meeting. I ada meeting yang lagi penting this afternoon."

"Tapi Dato'.." Aku segera mematikan panggilan. Nadia lagi penting... Ya Nadia lagi penting dari segala-galanya. Aku listed sebagai Asian of the Year oleh The Times kerana kejayaanku mengukir nama dalam dunia perniagaan. Company ku berkembang pesat semenjak dua menjak ini. Namun semua itu tidak dapat membahagiakan diriku. Walau sesaat. 


_______________________________________________________________________


"Puan Nadia dah sampai" Suara Zarul mematikan lamunanku. Aku sedikit gemuruh apabila terlihat wajah Nadia daripada pantulan cermin kabinet di hadapanku. Aku berkira-kira untuk menoleh ke belakang namun melihat Nadia yang hanya tertunduk memandang ke bawah membuatkan aku berfikir yang Nadia terpaksa untuk ke sini. Aku kekal  merenung Nadia yang sedang mendukung Naira melalui pantulan cermin. Aku sempat call doktor yang merawat Naira, panjang lebar arahan yang aku berikan sebelum rawatan diberikan. Doktor tersebut juga memaklumkan sendiri keadaan Naira kepadaku. Aku berasa lega kerana hanya demam biasa  sahaja.  

Wajah Nadia masih seperti dulu. Tiada yang berubah. Seperti menggambarkan Nadia langsung tidak terkesan dengan perpisahan kami berdua. Sedang aku pula, seperti orang gila. Hari-hari mengamuk di pejabat. Memaki hamun dan menghempas atau membaling objek sudah menjadi rutin harian hidupku semenjak ketiadaan Nadia. Nadia memang tidak pernah menyayangi diriku! Hatiku remuk. Aku melihat Nadia mula mengangkat wajanya untuk berbicara namun pantas aku memotong sebelum Nadia yang membuat keputusan untuk meninggalkan diriku sekali lagi! 

"Kau tinggal Naira kat sini. Dan kau boleh berambus.." Aku cuba sedaya upaya mengawal intonansi suaraku supaya kedengaran bersahaja. Memek muka juga aku cuba kawal. Degupan jantung ku kencang. Aku berharap Nadia mempertahankan Naira. Supaya dia tidak berpisah dengan Naira. Dan Nadia berusaha untuk terus berada di sisi Naira. Di sisi Naira maknanya disisi ku juga! Namun Nadia hanya mendiamkan diri. 

'Dia tak sayang Naira ke? Sebab Naira anak dia denganku jadi di turut membenci Naira? Please Nadia.. Please cakap kau nak stay dengan Naira....' 

Hanya sedu sedan yang cukup perlahan di pendengaranku yang terungkap. Tiada kata-kata meniti di bibir yang rindu untuk cumbu itu. Tiada sepatah kata dari bibir Nadia yang aku dapat dengar setakat ini. Benci sangatkah dia terhadap diriku? Besar sangatkah kesalahan diriku? Mungkin juga sebab dia tahu aku dah bertunang dengan Jasmine? 

Pelbagai sangkaan mula menerjah ke dalam kotak fikiranku. Aku melihat Nadia mengucup dahi dan kening Naira sebelum perlahan-lahan meletakkan Naira yang sedang tidur di atas sofa yang terletak di tengah-tengah ruangan pejabat tersebut. Aku sempat melihat mata Nadia yang berkaca menatap Naira tanpa lepas. Sebelum Nadia melangkah laju menuju ke pintu keluar.

Sempat aku mendengar kata-kata yang meniti di bibir Nadia sebelum dia melangkah keluar. Akhirnya suara yang aku rindu itu kedengaran! 

"Selamat tinggal Naira" 

"Selamat tinggal SAYANG..." Aku dapat merasakan 'sayang' dimaksudkan oleh Nadia adalah untuk diriku.


____________________________________________________________________

"Zarul! Kau follow Nadia. Follow Nadia nak pergi mana tu. Wallet dia still ada dengan aku ni. Jangan bagi dia perasan kau follow dia." Tangan kiriku memegang telefon pintar yang aku lekap di telinga sambil tanganku mencempung Naira dalam pelukanku. Mataku tanpa lepas melihat wajah Naira yang seakan-akan seperti Nadia. Warna kulitnya mewarisi warna kulitku. Aku mematikan telefon dan segera membuka beg yang ditinggalkan Nadia sebentar tadi. Naira masih lagi kemas dalam pelukanku. Sesekali dia menggeliat perlahan mungkin berasa kurang selesa. Aku terlihat surat beranak yang tersimpan rapi. Tidak dapat aku menahan senyuman yang mula terukir dibibir apabila melihat nama ku berada di belakang nama Naira. Naira Isabelle binti Adam Iskandar. Hatiku berbunga bahagia. Perlahan-lahan dahinya ku kucup. 

'Macam mana ye papa nak buat mama jatuh cinta kat papa?' Aku bertanya perlahan kepada Naira sambil tersenyum. 

Telefon pintarku berdering mematikan lamunanku. Aku meletakkan Naira perlahan-lahan kembali ke atas sofa. Mak Mah dalam perjalanan ke sini untuk menjaga Naira. Dahulu Aiden, sekarang Naira. Tugas yang sama aku  berikan kepada Mak Mah. 

"Hari dah hampir senja ni tuan. Puan masih lagi berjalan seorang diri ni kat tepi jalan. Nak saya bawak Puan balik ke ni tuan?" Aku berfikir seketika sebelum menjawab. 

"Send kat aku location. Nanti aku uruskan." Aku mematikan panggilan. 

Segera aku mendail nombor telefon Bella. Panggilanku segera dijawab. 

"Hello Dato'.. Anything.." Kedengaran suara gugup Bella dihujung talian. 

"You berlakon jadi gelandangan... "

"Haaa?!" Terdengar suara Bella separa menjerit di hujung talian.

"Listen!!! If you want to keep your job, you better do whatever I told you! Suruh 2 3 orang yang lain berlakon jugak. Kalau tak the whole team yang you ada sekarang I will sack!" Suaraku sudah mula naik 1 oktaf. 

Aku mula menerangkan segala plan ku kepada Bella. Bella hanya berkata okay sepanjang perbualan.

"Remember all her favorites that I told you. I don't care how you will do it. But make sure jangan sampai dia tahu semua tu tricked!" Aku segera mematikan talian. 

"I won't let you go sayang... You will always be mine! Forever! " 

6 Bulan Mencari Cinta 2 (On Going)Where stories live. Discover now