Adam P.O.V
Setelah selesai mandi aku melangkah keluar dari kamar mandi tanpa langsung menoleh ke arah Nadia yang sedang melipat pakaian di hadapan almari yang aku memang sediakan untuk pakaian miliknya. Tubuhnya menghadap almari sambil melipat pakaian di atas sofa. Meskipun kerap kali aku menyuruh Nadia hanya membiarkan sahaja pakaiannya tergantung menggunakan penyangkut baju di dalam almari, namun Nadia masih tetap mahu melipat pakaiannya dengan rapi sebelum di susun kemas mengikut susunan warna daripada warna yang paling gelap kepada yang paling cerah.
"Biarlah saya nak lipat baju saya. Kalau tergantung nanti saya ingat hantu yang bergayut dalam almari saya. Hahaha."
Nadia menjawab sambil ketawa manis setiap kali aku cuba argue tentang habitnya yang satu itu. Entah ya entah tidak aku pun tak pasti. Aku hanya melirik menggunakan hujung ekor mata sambil mengeringkan rambutku yang masih basah. 'Marah lagi ke dia?'
Aku yang masih berdiri hanya berseluar pendek tanpa baju melempar keras tuala yang berada di tanganku ke dalam bakul pakaian kotor yang berada di tepi pintu bilik air. Sengaja nak minta perhatian daripada Nadia! Terlihat bahu Nadia terhenjut sedikit menandakan dirinya dalam keadaan terkejut sebentar tadi. 'Padan muka!'
Tubuh Nadia berpaling perlahan menghadap ke arahku. Aku segera memalingkan wajahku ke arah cermin yang melekat di dinding dihadapanku. Pantulan figura Nadia yang terhasil di kaca cermin aku tenung. Terlihat riak wajah Nadia sambil air mata masih lagi mengalir di pipi. Kedengaran sesekali bunyi hingusnya ketika dia menarik nafas.
"Adam... "
Kedengaran suara serak nadia yang sedang lirih membuatkan hatiku mula diserang rasa bersalah. 'Nak merayu nak teruskan kerja dengan Jasmine la tu! Degil!'
Namun aku perlu kuatkan hatiku. Supaya terus melarang daripada Nadia untuk terus berkerja dengan Jasmine. Rasa bersalah yang terbit dalam hatiku tadi, aku cuba untuk pendam sedalam mungkin. Aku hanya mendiamkan diri tanpa menyahut panggilan daripada Nadia sebentar tadi. Aku merapikan rambutku sambil mata terus memandang raut wajah Nadia yang sugul.
"Adam... Saya.. nak mintak maaf... Sebab tinggikan suara tadi... I'm so sorry..."
Nadia menundukkan wajahnya sambil bermain dengan jari jemarinya antara satu sama lain. Memang habit Nadia kalau di nervous. Segala gerak geri Nadia bagaikan sudah di simpan rapi di dalam memori aku. Segala perbuatannya. Segala tingkah lakunya. Segala kelakuannya. Segala habitnya. Segala perangainya sudah melekat kemas dalam ingatanku. Bahkan kalau Nadia tiada di depan mataku sekalipun, aku dapat membayangkan segala gerak geri miliknya tanpa sebarang cacat cela. Termasuk mimik muka dan posture badannya sekali.
Ingin sahaja aku melangkah ke arah Nadia dan memeluk tubuhnya sambil membisikkan 'Everything is okay' namun aku matikan niatku kerana untuk kali ini sahaja aku perlu bertegas dengan Nadia. Untuk kali ni sahaja!
Aku masih lagi mendiamkan diri sambil otakku memproses dengan ligat jawapan yang aku mahu tuturkan supaya tidak menggores perasaan Nadia atau setidak-tidaknya membuatkan situasi menjadi lebih buruk. Pantulan tilam bersaiz king daripada cermin aku lihat. ' Tolonglah tuhan... Aku taknak tidur tanpa Nadia dalam pelukanku malam ni!'
"How much do you want?" Tanpa sempat berfikir secara mendalam, sekali lagi pertanyaan bodoh terpacul keluar di hujung bibirku kerana tertekan melihat Nadia yang masih menitiskan air mata.
"Huh???!" Tanpa sempat membetulkan pertanyaanku. Nadia sudah mengangkat wajahnya memandang ke arah belakang tubuhku. Riak wajahnya sukar untuk aku mengertikan. 'SHIT! Here we go again! Bodoh lah aku!'
"What did you meant by how much I want??!" Nadia sudah bangkit berdiri. 'Ah sudah!'
"Errr..." Tekakku sudah berasa kesat untuk menjawab kerana Nadia sudah melangkah ke arahku. Walaupun langkahnya perlahan namun aku merasakan kelajuannya seperti degupan jantungku sekarang.
"After all these years... 2 tahun.. 2 tahun Adam! Awak still tanya soalan yang macam ni kat saya?!!"
'Nadia kalau dah speaking memang dia betul-betul marah! Habislah aku!' Aku masih membatukan diri sambil tanpa sedar meraup rambut ku beberapa kali. Sumpah seumur hidupku tidak pernah aku berasa panik seperti ini! Aku buntu untuk jawab pertanyaan Nadia. Bukan maksudku untuk menilai Nadia dengan wang ringgit!
" You still thinking what I want is money, huh??! I thought you already changed. But I'm totally wrong!"
"I'm still a cheap whore in your eyes..."
Ayat terakhir yang terkeluar daripada mulut Nadia merobek perasaanku. Hatiku bagai disiat-siat. Nadia pantas berlari tanpa sempat menyeka air mata dipipinya dan terus keluar dari bilik meninggalkan diriku yang masih berdiri di hadapan cermin.
Kalau itu yang membuatkan Nadia berhenti daripada terus berkerja dengan Jasmine, aku rela. Aku rela terus terusan dipersalahkan Nadia. Aku rela cintaku terhadap Nadia dipertikaikan. Aku rela sayangku dipandang enteng.
Kerana keselamatan Nadia lebih penting daripada diriku sendiri. Lebih penting daripada nyawaku sendiri. Lebih penting daripada segala-galanya.
YOU ARE READING
6 Bulan Mencari Cinta 2 (On Going)
RomanceAkibat salah faham Nadia menyebabkan cinta Adam dengan Jasmine bertaut kembali. Namun dendam Adam terhadap Nadia membuatkan Adam tidak akan melepaskan Nadia meskipun hatinya telah tertutup untuk Nadia. Mampukah Nadia memperbetulkan keadaan dan mereb...