Chapter 19

258 20 0
                                    

Fourth terbangun daripada tidur bila ada sesuatu menghempap dirinya. Fourth membuka mata dan melihat sekeliling yang mempunyai cahaya yang samar-samar. Fourth melihat tangan Gemini melingkar di pinggangnya, memeluknya semasa tidur. Fourth mengeliat kecil dan bangun dari baring. Jam dilihat. Pukul 6:30 pagi.

" Gem.. Gem.. Bangun " Fourth menepuk-nepuk lembut bahu Gemini.

" Hmmm.. " gumam Gemini, masih menutup matanya.

" Gem.. Bangun.. " Fourth dekatkan wajahnya dekat bibir Gemini.

Cup !

Satu kucupan hinggap di hujung bibir Gemini. Gemini terus membuka matanya dan mengeliat, meregangkan otot-otot tubuhnya.

" Pagi Fourth " ucap Gemini dan mengucup pipi tembam Fourth.

" Pagi Gem " balas Fourth dengan senyuman manis, " Fourth nak mandi dulu. Nak bersiap pergi sekolah " Fourth bangun dan mengambil tuala putih.

" Jangan kunci pintu " pinta Gemini, sedikit menekan nada suara nya.

Fourth mengerutkan dahinya, " Baik " Fourth terus masuk ke dalam bilik mandi. Seperti perintah Gemini, dia tidak tutup pintu bilik mandi.

Fourth membuka baju dan seluarnya. Dia terus masuk ke dalam pancuran air bila tiada satu benang di badannya. Dia membawak semua rambutnya yang basah ke belakang sambil menggosok-gosok badannya di bawah pancuran air yang suam-suam dingin.

Krekk..

Pintu bilik mandi terbuka membuatkan Fourth terkejut. Fourth segera berpaling ke belakang dan matanya membesar bila melihat Gemini masuk ke dalam bilik mandi dengan hanya tuala di pinggang sahaja.

Fourth terus menutup bahagian 'kelelakiannya'. Wajahnya memerah sampai ke telinga bila nampak seringai nakal di bibir merah Gemini.

" Kenapa mahu malu ? Gem dah tengok lebih dari itu " ucap Gemini dan membuka tualanya.

Fourth menelan salivanya bila melihat tubuh tinggi Gemini yang tidak memakai apa-apa pakaian. Gelora panas mulai bermain-main di dalam perutnya membuatkan asid perutnya bergoncang hebat.

Gemini menghampiri Fourth dan tubuh Gemini basah bila kena pancuran air. Gemini dan Fourth mandi bersama di bawah pancuran air.

" Kenapa Gem masuk ? " tanya Fourth, malu bila merasakan Gemini menyentuh kedua bahunya.

Gemini meletakkan dagunya di bahu Fourth, " Kenapa ? Gem tak boleh mandi sama-sama dengan Fourth ke ? " tanya Gemini manja. Dia mengucup lembut tengkuk Fourth.

Fourth hanya diam sahaja.

" Sini.. Gem bantu Fourth mandi " Gemini mengambil sabun badan yang berbau susu kambing.

" Eh ! Fourth boleh mandi sendiri. Fourth tak sakit lah Gem. Anggota badan Fourth masih berfungsi ni " Fourth menghalang Gemini.

Gemini mengangkat keningnya, " Jangan malu dengan saya. Diam sahaja ! " pinta Gemini dengan sedikit kasar. Matanya tajam memandang wajah bersih Fourth.

Fourth terdiam. Perlahan-perlahan dia mengangguk dan membelakangi Gemini. Gemini mulai menggosok badan belakang Fourth dengan sabun badan di tangannya.

" Fourth.. Hari ni Gem dapat cuti "

" Ha ? Gem dapat cuti ? Habis, kerja-kerja universiti Gem macam mana ? " tanya Fourth, kehairanan.

" Tangguhkan sekejap. Gem penat lah. Nak rehatkan otak. Fourth tak penat ke always study sepanjang masa ? "

Fourth diam seketika, " Penat lah juga. Kadangkala, Fourth rasa pening. Kalau Fourth rasa tak larat nak sambung study, Fourth akan rehat jap "

Gemini menganggukkan kepalanya, " Hari ni Fourth pergi sekolah ke ? "

Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now