Gemini menepuk-nepuk lembut pipi Fourth membuatkan Fourth terjaga daripada tidurnya.
" Kenapa ni ? " tanya Fourth yang masih belum terjaga sepenuhnya. Dia terpisat-pisat bangun sambil menggosok matanya yang sedikit pedih.
" Bangun.. Kita tidur di dalam " kata Gemini dan mematikan enjin kereta.
Fourth hanya menganggukkan kepala. Dia terus membuka seatbelt dan keluar dari kereta sambil memeluk beg galas nya yang berwarna biru cair.
Mata Fourth yang baru buka separuh terus terbuka besar bila memandang sekeliling nya yang asing. Terus tak mengantuk bila melihat kawasan kondominum mewah ini. Segar !
Fourth melihat sekeliling yang gelap-gelita membuatkan dia sedikit takut. Okay, dia memang takut hal-hal yang berkaitan gelap sebab nanti fikirannya akan negatif. Tahu-tahu sahaja dia fikir apa. Apa lagi kalau bukan hantu......
Mulalah dia berfikiran negatif sekarang ini. Dia mahu balik. Gemini pun hilang entah ke mana ni. Mana Gemini ? Dia tak nampak pun Gemini keluar dari kereta. Gemini masih di dalam kereta ke ?
Fourth menjeling ke dalam kereta Gemini tapi Gemini sudah tidak ada. Mana Gemini pergi ?!
Tiba-tiba ada tangan mencengkam pergelangan tangannya membuatkan Fourth menjerit, terkejut.
" Ahh ! " jerit Fourth ketakutan. Dia cuba merentap tangannya tetapi tidak boleh kerana cengkaman orang itu terlalu kejap dan kuat.
" Hey Fourth, ni aku lah " Gemini memandang Fourth dengan risau. Keningnya berkerut.
Fourth memandang Gemini yang memeluk banyak buku. Dia berdecit, " Hish ! kau ni ! " marah Fourth.
Gemini hanya ketawa kecil melihat perubahan sikap Fourth. Sungguh menghiburkan hatinya.
" Jom " ajak Gemini, menarik tangan Fourth.
" Nak pergi mana ? " tanya Fourth sedikit cemas.
" Masuk kondo " jawap Gemini dengan dahi berkerut.
" Kondo siapa ? "
" Kondo aku lah "
" Nak buat apa masuk kondo kau ? Aku ada rumah sendiri. Hantar aku balik "
" No ! It's late ! Masuk je lah "
" Tak nak. Aku nak balik "
" No Fourth. Ikut aku " pints Gemini dengan tegas.
" Tak nak. Aku nak balik. Banyak lagi homework yang aku tak buat " Fourth memberi alasan. Dia sudah patah balik ke arah kereta tapi ditarik oleh Gemini membuatkan dia kembali berhadapan dengan Gemini.
" Fourth, aku bukan nak buat aneh-aneh kat kau. Ikut je lah. It's nothing " desak Gemini, menarik tangan Fourth.
Fourth menggaru lehernya dengan senyuman canggung. Jari telunjuknya mencucuk-cucuk lembut kulit lehernya yang mempunyai rasa pedih.
" Hmmmmm.. Ini Gem ? "
Gemini menelan salivanya. Kenapa Fourth boleh mengingati hal itu ? Dia fikirkan Fourth tidak mengingatinya memandangkan waktu itu Fourth seperti antara sedar dan tidak. Dia tidak boleh mengawal dirinya kalau berdekatan dengan Fourth. Tangannya nakal mahu menjalar di tubuh Fourth. Apakah Fourth sudah tidak mempercayai nya ? Bagaimana kalau Fourth memutuskan perkawanan dengannya kerana tidak tahan dengan sikapnya yang suka mengambil kesempatan?
Bagaimana ini ?!
" Apa.. Apakah kau sedar waktu itu ? " tanya Gemini dengan tergagap.
Fourth mengangguk perlahan, " Iya ? Aku tidak tidur " jawap Fourth dengan senyuman nipis.
![](https://img.wattpad.com/cover/346861953-288-k609142.jpg)
YOU ARE READING
Flower and Cigarettes
Romance" Apakah kau masih simpan bunga itu ? " - Gemini " Iya, aku masih simpan. Kau ? " - Fourth " Masih dan ia sungguh mekar sekali " - Gemini . . . . . . . . . . . .. . . . " Mahu dengar sesuatu yang manis ? " - Gemini " Berhe...