Chapter 51

231 16 0
                                    

Gemini keluar daripada kondominumnya. Dia ingin berjumpa dengan Fourth. Walaupun dia tahu Fourth tidak akan membukakan pintu untuknya, tapi, tidak mengapa.

Dua minggu dia tinggalkan Fourth di Bangkok kerana dia perlu ke Chiang Mai untuk kerja universiti nya.

Baru sahaja dia ingin melangkah masuk ke dalam lif, dia bertembung dengan Love yang seperti mahu melangkah keluar daripada lif.

Mata mereka bertaut sejenak dan Gemini mengalihkan pandangannya.

" Gemini.. " panggil Love, memegang pergelangan tangan Gemini.

Langkah Gemini terhenti, " Lepas lah. Aku tak nak bercakap dengan kau " Gemini merentap tangannya dari cengkaman Love.

Gemini memasuki lif dan dia menekan butang paling bawah sekali. Semasa pintu lif mahu tertutup, Love sempat meloloskan dirinya masuk ke dalam lif.

Gemini hanya diam sahaja bila Love berdiri di sebelahnya. Pintu lif tertutup rapat dan lif mulai bergerak.

" Gemini.. I.. "

Gemini diam sahaja.

Love menghela nafas, " I nak minta maaf dekat you "

Gemini menggeleng, " Tiada guna kau minta maaf selepas semua ini terjadi. Maaf kau bukan boleh memperbetulkan semua ini " balas Gemini dengan datar.

Pedih. Itu yang dirasakan oleh Love saat ini. Dia meminta maaf dengan ikhlas tetapi Gemini tidak mengendahkan permintaan maaf nya. Apakah ini balasan untuknya kerana menghancurkan sebuah hubungan ?

" Iya.. Itu betul tapi I nak minta maaf juga dekat you. I rasa bersalah kerana menghancurkan kebahagiaan you -

" Permintaan maaf kau ni perlu cakap dekat Fourth, bukan dekat aku. Sekarang ni, yang tersakiti adalah Fourth. Fourth lah orang yang mengorbankan cintanya saat ini kerana dia memutuskan hubungan kami untuk menyerahkan aku dekat kau. Fourth pertaruhkan cinta dia dan dia sanggup memilih perpisahan kerana dia anggap dirinya adalah orang jahat di dalam cerita ini dasarkan kau lah orang jahat yang sebenarnya. Maaf kau tu, tidak berguna untuk aku tapi kau perlu ucapkan maaf itu dekat Fourth kerana disebabkan kau lah, Fourth sakit dan terluka teruk " balas Gemini dengan tajam. Dia menjeling Love dan dia mendengus kasar. Kedua tangannya terlipat di dada nya.

Dada Love terasa sesak mendengar itu. Air mata bertakung di tubir matanya.

" Apakah you masih mencintainya walaupun dia sudah memperlakukan you seperti sampah selama seminggu ini ? " tanya Love dengan suara yang serak, menahan tangisan di dada.

Gemini terdiam, " Oh ? Jadi, kau nampak selama seminggu ini aku buat apa di apartemen Fourth ? "

Love diam.

" Dia tidak layan aku seperti sampah. Dia hanya tidak mahu berjumpa dengan aku kerana keadaan hatinya dan emosinya. Iya, aku faham. Aku sangat-sangat faham keadaannya saat ini kerana aku dapat merasakan perasaan sakit Fourth kerana aku juga merasakan sakit yang sama " balas Gemini, selamba. Suaranya datar dan tajam. Matanya memandang pintu besi lif.

Love mengetap bibirnya, sakit. Tubuhnya menggigil kecil.

" You masih mencintainya ? " tanya Love, memandang Gemini dengan biji matanya yang bergetar.

Gemini memandang Love dan dia mengangguk, " Iya.. Aku selalu cintakan Fourth. Setiap hari " jawap Gemini dengan suara yang halus bila menyebut perkataan cinta itu.

Setitis air mata Love jatuh di pipi bila mendengar suara halus Gemini ketika menyebutkan ucapan cinta untuk Fourth.

Ting !

Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now