Chapter 20

292 18 0
                                    

Cuaca sedikit mendung. Gelap. Berangin. Fourth memakai baju t-shirts nipis warna putih dengan cardigan berwarna pink. Dia memakai seluar jeans warna biru cair dan rambutnya agak berantakan tetapi dia mengabaikan sahaja.

Fourth keluar daripada apartmen bila Gemini chat yang Gemini sudah sampai di hadapan apartemen nya. Fourth senyum manis bila melihat Gemini tengah bersandar di kereta sambil memandangnya.

Gemini memakai baju hitam turtleneck berlengan panjang yang mengikut bentuk tubuh badannya dan seluar jeans  yang sedikit besar berwarna hijau pekat seperti warna lumut. Gemini memakai kasut boot askar berwarna hitam. Kacak dan berkarisma. Gemini kelihatan sungguh dominan saat ini membuatkan jantung Fourth bergetar.

" Ready ? " tanya Gemini dekat Fourth.

Fourth senyum manis dan menganggukkan kepalanya.

Gemini menyuruh Fourth masuk ke dalam kereta. Gemini terus menarik gas dan keretanya bergerak di atas jalan.

Suasana hening seketika.

" Kita nak ke mana ni ? " tanya Fourth, memecahkan tembok kesunyian diantara mereka.

" Naik perahu. Punting "

Fourth senyum lebar. Seronoknya !

" Fourth tak suka ke ? "

" Bila masa Fourth cakap tak suka ? " tanya Fourth balik.

Gemini ketawa kecil.

" Fourth tak pernah naik perahu. Bila Gem kata nak bawak Fourth naik perahu, Fourth excited "

Gemini mengangguk dengan senyuman simpul di bibirnya.




Fourth turun dari kereta bersama dengan Gemini. Fourth memandang sungai di hadapannya.

Kelihatan beberapa buah perahu jalur sedia menunggu penumpang. Gemini menempah sebuah perahu jalur bersama jurumudinya. Setelah pembayaran dibuat, mereka dibawa berlayar sepanjang sungai tersebut. Mereka diberitahu bahawa melalui sungai ini agak lebih dalam airnya dan lebih luas. Mungkin juga, secara tidak langsung, jurumudi ini ingin memberitahu keadaan sungai ini tidak berapa sesuai pada mereka yang inginkan ketenangan. Suasana redup dengan angin yang menerbangkan daun-daun kering yang gugur dari pokok-pokok besar dan rimbun yang berada di sekitar sungai itu.

Fourth ketawa kecil bila melihat ada beberapa daun-daun kering yang terlekat di atas kepala Gemini. Fourth membuang daun-daun tersebut dengan senyuman di bibir.

" Fourth, tengok tu ! "

Fourth memandang Gemini yang duduk di hadapannya. Gemini menunjukkan ke arah sesuatu di sebelah kiri. Fourth melihat ke arah tersebut. Kelihatan sekumpulan anak-anak angsa berenang-renang ke sana ke mari bersama ibu mereka. Anak-anak angsa itu menambahkan keindaham suasana ketika itu. Dan Fourth benar-benar terpaut dengan suasana seperti ini yang hening, tapi cukup mendamaikan perasaan. Tenang. Segala masalah telah jauh ditolak ke tepi. Malah, segala masalah tiada lagi di dalam fikirannya buat masa ini kerana dia lebih fokus menikmati suasana ini bersama Gemini.

" Beautiful right ? " tanya Fourth sambil memegang tangan Gemini.

Gemini mengangguk dan mengucup lembut tangan Fourth.

Gemini dan Fourth menyusuri sungai itu jauh ke hilir. Walaupun tidak banyak perbezaan, namun segalanya bagaikan satu panorama baru yang membuai perasaan. Antara mereka lebih banyak membisu. Mereka menghayati pemandangan indah ini dengan asyik sekali.

Sekumpulan angsa dewasa muncul. Walaupun mereka tidak berenang seperti kumpulan anak-anak angsa tadi, namun tidak pula terlalu jauh jarak mereka sesama sendiri. Sesekali, jari-jari Fourth menepuk-nepuk ke dalam air sungai yang jernih dan bersih itu. Malah, kelihatan beberapa ekor ikan berenang di dalamnya.

Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now