Chapter 39

214 12 0
                                    

Fourth berdiri di hadapan pantai yang indah. Dia menutup matanya, menikmati deburan ombak yang saling memukul antara satu sama lain. Dia menarik nafas dan menghembuskan nafasnya, melepaskan berat beban di bahunya.

Tiba-tiba wajah Gemini terbesit di mindanya. Fourth membuka matanya dan memandang langit yang dihiasi jutaan bintang dan bulan sabit yang ditutupi oleh lapisan-lapisan awan gelap.

" Gem... " sebut Fourth perlahan sambil memandang ke arah lautan. Dia menyebut nama Gemini dalam satu nafas membuatkan rindunya terhadap Gemini sedikit berkurang.

" Phi.. " panggil Front. Rambut panjang nya terbuai lembut diterpa oleh angin lautan. Dia berdiri di sebelah Fourth.

" Phi nak cakap apa-apa ke ? " tanya Front, memandang ke arah lautan yang indah disimbahi sinaran cahaya bulan sabit.

Fourth pandang Front dan dia mengukirkan senyuman nipis, " Front tahu Gem kan ? " tanya Fourth sambil melangkahkan kakinya. Dia berjalan di tepi pantai sambil memainkan pasir putih yang halus.

Front berjalan bersebelahan dengan Fourth, " Hm.. Walaupun Front tak pernah nampak P'Gemini di depan mata tapi phi selalu bercerita tentang P'Gemini. Kadangkala, phi bagi gambar P'Gemini tapi Front lebih teringin nak tengok muka P'Gemini di depan mata. Kenapa dengan P'Gemini ? Kalian gaduh ke ? " tanya Front sambil melihat-lihat pantai yang diterangi beberapa tiang lampu.

Fourth memandang ke arah pasir pantai yang menyelit di sela-sela jari-jemari kakinya. Dia hanya diam sahaja. Susah mahu menceritakan perihal yang sebenarnya.

Front mengenggam tangan Fourth dengan erat, " Cerita dekat Front. Phi tak ada sesiapa selain Front. Front sedia mendengar luahan phi. Ceritakan phi. Front nak tahu masalah phi sampai membawa phi ke sini. Front tahu phi ada masalah. Phi boleh menipu semua orang tapi phi tak boleh menipu Front "

Fourth menghela nafasnya dan dia berhenti berjalan. Dia memandang ke arah pantai yang tenang, " Pertama kali, phi jumpa Gem di airport dekat Perancis. Phi terlanggar Gem " Fourth mengukirkan senyuman manis bila menggamit kenangan perjumpaan dia dengan Gemini.

Dan Fourth menceritakan semua kisahnya dan Gemini. Dari perjumpaan sampai lah sekarang yang membawa dia ke sini. Dia meluahkan semuanya. Perasaan cinta, perasaan rindu, perasaan risau dan perasaan takut dengan sikap Gemini yang cemburu buta itu. Satu pun tidak tertinggal.

Front mendengar dengan seksama. Dia mengenggam lebih erat tangan Fourth bila kelihatan Fourth susah mahu meluahkan semuanya kepadanya.

" Dan... Phi ada dekat sini untuk menenangkan fikiran sekejap " Fourth selesaikan ceritanya sambil menghela nafas. Dia mengusap air matanya yang turun di pipi. Dia menghela nafas kasar.

Front terdiam. Dia masih terkejut mendengar kisah cinta antara abang nya dengan Gemini. Front berdiri, menghadap Fourth. Dia menyentuh pipi Fourth yang kelihatan memerah kerana bengkak.

" Phi okay kan ? " tanya Front dengan nada yang risau.

Fourth senyum nipis dan mengangguk, " Hm... Okay je.. "

Front memeluk Fourth, " Tak apa. Front tahu yang phi kuat "

Fourth menenggelamkan wajahnya di himpunan helaian rambut hitam milik Front, " Rasa bersalah kerana meninggalkan Gem "

" Tak apa. Tidak perlu risau. Tapi... phi betul-betul cintakan P'Gemini kan ? " tanya Front, mendongak, melihat biji mata hitam Fourth.

Fourth senyum dan mengangguk. Perasaan cinta yang paling besar di dalam dirinya.

" Phi masih berikan P'Gemini peluang selepas semua ini terjadi ? " tanya Front dengan perlahan.

Fourth mengusap kepala Front, " Phi always berikan peluang dekat Gem. Setiap masa, setiap saat dan setiap hari phi akan berikan peluang Gem untuk menebus kesalahannya tapi jika satu kesalahan itu melepasi batas di dalam diri phi, mungkin phi tak akan memaafkan Gem dan tak berikan peluang dekat Gem " ucap Fourth sambil menghela nafas yang berat.

Front diam, " Jika phi tak ada tempat untuk pulang, di sini, Front dan mae, mengalu-alukan kepulangan phi. Jika phi tak ada tempat untuk menangis dan meluahkannya, Front ada, setiap masa di samping phi "

Fourth senyum manis mendengar itu. Dia memeluk kepala Front dengan sungguh erat, " Terima kasih Front. Phi sayang Front "

Front ketawa kecil. Dia melepaskan pelukannya terhadap Fourth. Front dengan nakal, mencampakkan air pantai ke arah muka Fourth membuatkan Fourth menjerit.

" Shit ! Front !! " Fourth mencampakkan air asin itu ke muka Front membuatkan Front menjerit kecil kerana air garam itu memasuki matanya.

Front menendang air pantai dekat Fourth dan dia ketawa melihat Fourth yang basah. Front ingin lari tapi Fourth dengan pantas, menarik baju Front membuatkan Front terjatuh di dalam air pantai.

" Phi !! " teriak Front dan dia menarik pinggang Fourth dengan kuat membuatkan Fourth tergelincir. Fourth terjatuh dalam air pantai dan ombak menerpa mereka berdua yang berseronok bermain pantai di waktu malam.

Ketawa meletus di keheningan malam yang indah.

" Fourth ! Front ! " satu teriakan membuatkan ketawa dua adik beradik itu terhenti.

" Mae !!! " teriak Fourth dan Front dengan wajah yang cemas. Mereka terburu-buru keluar daripada air pantai tetapi kaki mereka tergelincir membuatkan Fourth terjatuh kembali di dalam air pantai dengan Front yang terhempap Fourth.

" Arhhh !! " teriak Fourth kesakitan bila badan Front menghentam dirinya.

Mae Pui muncul di dalam kesamaran malam. Dia mencekak pinggangnya sambil memandang tajam wajah dua anak nya yang masih bergelut di air pantai.

" Keluar kalian berdua. Sini ! " Mae Pui memanggil Fourth dan Front dengan garang.

Fourth dan Front bangun lalu mereka berdiri di hadapan Mae Pui dengan baju mereka yang basah kuyup.

" Kenapa main pantai malam-malam macam ni ? Bahaya tahu tak ? Kalau antara salah seorang yang hilang macam mana ? Siapa yang susah ? Tidak baik berenang di malam hari. Nanti masuk angin, sakit ? " bebel Mae Pui dekat dua anak nya yang tengah menunduk di hadapannya.

Fourth dan Front menjeling antara satu sama lain lalu senyuman terukir di bibir mereka berdua, teringat akan kenangan masa kecil. Jika mereka berdua nakal, Mae Pui yang membebel mereka.

Tanpa disedari Mae Pui, dua adik beradik itu terkekeh geli hati tanpa mengeluarkan suara.

Hati Fourth yang resah kerana mengingat tentang Gemini, menghilang begitu sahaja bila dia sampai di sini. Pilihan yang tepat dia pulang ke sini.

Fourth tersenyum manis melihat Front dan Mae Pui. Dia sangat-sangat berterima kasih kepada dua wanita ini yang menyinarkan hidup nya masa dia dalam kesedihan dan duka.

Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now