Chapter 35

209 16 0
                                    

Gemini bersandar pada dinding yang agak tersorok yang berada di tepi kediaman Fourth. Sedari tadi, dia menunggu Fourth di situ. Selepas dia nampak Fourth berpelukan dengan seorang lelaki dan ia tahu itu adalah Satang, dia terus pergi dari situ dan di sini lah dia sekarang. Kecemburuan dan amarahnya sungguh tinggi saat ini.

Derapan tapak kasut pantofel semakin menghampiri kawasan dia berdiri. Gemini mengintai dari situ. Susuk tubuh Fourth semakin jelas. Kelihatan Fourth menuju ke arah apartemen kemudian dia nampak Fourth menyeluk kocek seluarnya untuk mencari kunci. Fourth membuka kunci di gril apartemen nya. Pintu gril terbuka.

Belum sempat Fourth menolak pintu gril untuk menutup kembali, Gemini menghalang dan memegang pintu gril itu membuatkan Fourth terkejut.

" Gem.... " panggil Fourth dengan suara yang bergetar bila melihat wajah Gemini yang serius. Jantungnya mulai berdegup laju.

Gemini terus merebut kunci di tangan Fourth dan dia menyelinap masuk di celahan pintu gril yang belum tertutup dengan sempurna.

Pintu apartemen Fourth dibuka dan tangan Fourth ditarik dengan kuat. Fourth masuk ke dalam apartemen dan tubuhnya dicampak oleh Gemini. Dia hampir jatuh di atas lantai tetapi dia dapat mengimbangi tubuhnya.

Gemini mengunci pintu apartemen dengan cepat tanpa bisa Fourth halangi. Tidak memberikan peluang Fourth melarikan diri daripadanya.

Susuk tubuh Gemini yang berdiri malas di hadapan pintu rumah diperhatikan oleh Fourth dengan penuh rasa debar. Gemini langsung tidak bercakap, wajah Gemini tiada perasaan tapi mata Gemini itu memandangnya dengan tajam membuatkan dia getar. Membuatkan adrenaline nya meningkat secara tiba-tiba.

" Gem... Fourth boleh tera-

" No ! No, I don't want to hear any explanation ! " bentak Gemini, memotong percakapan Fourth.

Tersentak Fourth mendengar bentakan Gemini itu. Fourth mula menggigil. Peluh sejuk mulai merencik di tubuhnya membuatkan Fourth gelisah. Perasaan takut menyelubungi dirinya. Dia tidak mahu Gemini mengasarinya.

Matanya liar memerhatikan sekeliling, mencari peluang untuk meloloskan diri. Dia mahu melarikan diri melalui pintu rumah tapi dia perlu melalui Gemini. Jika mahu terjun dari balkoni itu seperti membunuh diri pula. Kalau menjerit sekelipun, tiada sesiapa pun yang dapat mendengarnya.

" Kenapa, Gem ? " Fourth bertanya, risau. Suaranya juga dilembutkan, cuba mencurah air pada api yang sedang marak.

Gemini mendekati Fourth setapak demi setapak. Wajahnya semakin sinis.

Fourth semakin gemetar dan dia turut menapak ke belakang perlahan-perlahan. Fourth menundukkan kepalanya dengan tubuh yang sedikit menggigil bila Gemini mendominasi keadaan ini dengan tubuh tingginya itu. Fourth seperti terintimidasi oleh aura Gemini saat ini.

" Gem... what's wrong ?! " akhirnya Fourth menjerit.

Gemini tersenyum sinis. Dia berhenti beberapa langkah sahaja dari Fourth yang sudah hampir menghimpit dinding bersebelahan bilik.

" Puas berpelukan dengan Satang ? Apakah kau meninggalkan Satang selepas Satang puas menciumi kau ? Seronok dengan Satang sampaikan tidak mempedulikan perasaan orang lain ? " Gemini bertanya dalam keadaan mengejek. Pandangannya sinis dengan senyuman miris di bibirnya.

" Apa yang Gem cakapkan ni ? Satang yang memulakan dahulu. Bukan Fourth. Percaya lah pada Fourth " rayu Fourth dengan wajah yang muram.

Gemini ketawa sinis lalu menapak lagi ke hadapan. Dia memaksa Fourth untuk turut sama berundur lagi ke belakang. Hingga belakang Fourth tersentuh dinding batu apartment nya.

Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now