Chapter 56

226 14 0
                                    

Fourth berhentikan keretanya di hadapan kondominum tempat duduk Gemini. Tanpa mempedulikan hujan lebat, dia terus lari keluar dari dalam kereta dan dia memasuki lif.

Butang nombor ditekan dan dia menunggu lif bergerak naik. Tubuhnya sedikit menggigil dengan pakaiannya yang bertompok-tompok basah. Bibirnya menggeletar perlahan, menahan hawa sejuk kerana hujan yang lebat tidak henti-henti dari pagi.

Ting !

Pintu lif terbuka dan Fourtu keluar dari lif. Beberapa titik hujan nengenai Fourth semasa Fourth berjalan di koridor. Rambutnya lembab terkena hujan.

Sampai sahaja di hadapan pintu, Fourth menghela nafasnya perlahan, mengurangkan kegugupan di dalam dirinya. Dia memusingkan tombol pintu tetapi pintu itu terkunci dari dalam.

" Eh ? " Fourth kebingungan. Gemini selalu lupa mahu mengunci pintu kondominum tetapi kenapa sekarang ini Gemini mengunci pintu ? Nak cakap Gemini keluar, kereta Gemini berada di tempat parking kenderaan.

Aneh.

Kring !

Pish !

Bruk !

" Arghh ! "

Bunyi-bunyi aneh dan teriakan Gemini dari dalam mengejutkan Fourth yang berada di luar pintu.

" Gem ! Gem !! " teriak Fourth kuat. Dia memusing-musingkan tombol pintu itu dengan kasar. Jiwanya mulai risau dengan keadaan Gemini. Fourth dengan pantas, mengeluarkan kunci dari kocek seluar nya. Kunci berwarna perak itu dicucuk masuk ke dalam lubang tombol pintu lalu tombol pintu itu diputar dengan ganas.

" Gem !!! " panggil Fourth dengan nafas terburu-buru. Pintu terbuka lebar dan Fourth masuk ke dalam kondominum yang gelap itu. Sampai sahaja di ruang tamu, dia terdiam melihat keadaan Gemini.

Gemini yang berdiri dengan memegang dinding. Tangan Gemini yang memegang sebatang rokok menyentuh perutnya. Rambut Gemini panjang separas bahu sungguh kusut dengan tubuh itu yang semakin mengurus.

Fourth menutup mulut dan hidungnya. Kerongkong nya mual dengan bauan yang memenuhi ruang itu. Dia melihat puluhan botol-botol arak dan batang rokok bersepah di sana sini. Dia nampak ada sebotol champagne jatuh di hadapan kaki Gemini.

Gemini memandang ke arah Fourth dengan pandangan yang kabur. Matanya memerah kerana terlalu banyak meminum arak. Pakaiannya basah dengan rambutnya yang masih menitikkan air hujan.

" Fourth ke tu ? " tanya Gemini dengan kebingungan. Kepalanya terteleng ke kiri dan ke kanan dengan kerutan di dahinya. Tiba-tiba Gemini ketawa terkekeh.

" Gemm.. Ini Fourth " Fourth melangkah ke hadapan, ingin mendekati Gemini.

Gemini ketawa sambil menggelengkan kepala. Dia bersandar di dinding lalu dia menghisap rokok di tangannya.

" Tidak. Kau bukan Fourth. Fourth tidak akan kembali ke aku. Fourth sudah memutuskan hubungan kami. Kau siapa ? " tanya Gemini dengan ketawa menghiasi bibirnya yang pucat kebiruan.

" Gemm.. Ini Fourth. " Fourth menunjuk dadanya dengan pandangan yang berkaca-kaca. Sedih dia melihat keadaan Gemini yang tidak terurus. Dia cuba menahan bau yang menusuk-nusuk hidungnya itu. Asid di dalam perutnya bergejolak panas, ingin memuntahkan isi perutnya.

Gemini mendekati Fourth. Baru selangkah dia berjalan. Tiba-tiba..

" Uwek !! " Gemini muntah angin. Gemini terus berlari terhuyung-hayang, pergi dari situ.

" Gem !! " panggil Fourth dan dia mengikuti larian Gemini.

Bruk !

" Aduh !! " Gemini terjatuh di atas lantai kerana pinggangnya terlanggar bucu meja.

Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now