Chapter 42

205 14 0
                                    

" Fourth ! Fourth !! " teriak Gemini dengan kuat. Wajahnya serius dengan kening yang menukik tajam. Tangannya sudah kepanasan mengenggam palang-palang besi di hadapannya saat ini.

Jantungnya berdegup laju membuatkan darahnya mendidih panas. Darahnya menyerbu naik ke ubun-ubun rambutnya membuatkan dia hampir meledakkan kemarahannya dekat pagar putih ini. Amarahnya menaik bila melihat pintu utama rumah itu langsung tidak terbuka.

" Fourth Nattawat Jirochtikul !!! " jerit Gemini kuat dan dia menendang pagar besi itu membuatkan goncangan nyaring menusuk setiap telinga yang mendengar. Bunyi goncangan pagar tua itu mampu mengoyakkan indra pendengaran sesiapa yang berjalan di situ.

Pintu kayu terbuka dan menampakkan adik perempuan Fourth. Front menghela nafas dan memakai selipar. Dia berjalan ke arah pagar besi itu dan menghadap di hadapan Gemini.

" Berbaik lah dengan benar dengan phi. Saya akan membukakan pagar ini tanpa diketahui oleh phi. Phi tidak mahu berjumpa dengan kamu tapi saya mahu kamu dan phi membetulkan hubungan ini. Saya tahu, phi akan memarahi saya kerana membenarkan kamu masuk tapi saya tiada pilihan lain " ujar Front dengan wajah yang serius. Rambut panjang nya disanggul tinggi dan beberapa helaian rambut berjatuhan di hadapan muka Front.

Gemini memandang serius ke arah Front yang tengah membuka kunci pagar. Kelihatan kesusahan.

" Maaf, pagar ini sudah lama. Jadinya, susah mahu membuka kunci nya kerana kunci nya always tersekat sebab sudah berkarat " beritahu Front dan dia membuka pintu pagar itu.

Gemini tanpa mengucapkan terima kasih kepada Front, terus masuk ke dalam rumah untuk bertemu dengan Fourth.

Front hanya menghela nafas sambil menggelengkan kepalanya sahaja. Untung ibu tiada di rumah kerana pergi ke luar kota untuk bercuti dengan kawan-kawannya. Jika ibu ada di rumah, dia tidak tahu mahu jawap apa dekat ibunya ketika nampak Gemini menggila di hadapan rumah.

Mata hitam Gemini meliar di setiap pelosok rumah. Dia menaiki tangga dan menuju ke lantai dua. Sampai sahaja di lantai dua, dia nampak ada dua pintu yang saling bersebelahan. Satu pintu berwarna pink dan satu lagi pintu berwarna biru cair.

Gemini memegang tombol pintu biru cair itu dan membukanya dengan kasar. Pintu itu tidak dikunci membuatkan Gemini senang masuk ke dalam kamar tersebut.

Fourth yang tengah memegang t-shirt hitam turtleneck berlengan pendek, terkejut memandang Gemini berada di hadapan pintu biliknya.

" Ge... Gem... " panggil Fourth dengan suara yang bergetar. Tangannya mengenggam erat baju di tangannya, melampiaskan ketakutan di baju tersebut.

Gemini memandang Fourth dengan tajam. Dia melangkah ke arah Fourth dan tangan Fourth ditarik kuat membuatkan Fourth terdorong ke hadapan.

Fourth terlanggar tubuh Gemini dengan kuat kerana Gemini menariknya. Badannya sudah menggigil kecil. Kerongkong nya kering dan bibirnya mulai bergemetar.

" Kenapa kau lari dari aku ?! " tanya Gemini dan merangkul erat pinggang ramping Fourth. Pipi Fourth dicengkam kuat dengan tangannya yang menggigil kerana menahan amarah yang meninggi.

Fourth menelan salivanya. Kakinya sudah menjadi jeli. Mata Fourth meliar, memandang sekeliling. Dia tidak mahu bertatapan mata dengan Gemini. Itu membuatkannya gerun.

" Pandang mata aku ketika aku tengah cakap, Fourth ! " bentak Gemini, penuh amarah.

Mata hitam yang berkaca-kaca itu bergulir perlahan, memandang mata hitam yang lebih tinggi daripada nya. Matanya kelihatan bergetar, ketakutan bila melihat wajah bengis si dominan saat ini.

Gemini mencengkam erat pinggang Fourth membuatkan Fourth meringis kesakitan lebih-lebih lagi dia belum memakai baju. Dia mengetap bibirnya, menahan kesakitan di hatinya.

" Gem... Ini sakit.. " ucap Fourth dengan suara yang bergetar, menahan tangisan di dalam jiwanya. Di mana Gemini yang lembut dengannya ? Saat ini, dia melihat Gemini yang penuh amarah.

Gemini tidak mempedulikan ucapan Fourth yang penuh getaran ketakutan. Dengan rakus, dia mengucup leher Fourth membuatkan Fourth menjerit kecil, kesakitan bila kulit lehernya digigit oleh taring Gemini.

Gemini menjilat bahu Fourth dan dia mengucup dada Fourth dengan kasar. Tangannya mulai meramas-ramas pinggang Fourth.

Tubuh Fourth terasa sakit bila Gemini mengasarinya. Fourth dengan kuat, menolak Gemini dengan teriakan yang meninggi.

" Tidak !!!!! " suara Fourth melengking kuat membuatkan Gemini terkejut. Nafas Fourth memburu laju dengan dadanya yang berombak ganas. Setitis air matanya jatuh di pipi dengan perasaan sebak di dadanya. Gemini menimbulkan luka baru di atas luka nya.

" Aku tak suka sikap kau macam ni ! Aku benci ! Aku benci kau !! " teriak Fourth dengan perasaan marah yang membara di hatinya.

" Gem aku bukan macam ni ! Don't touch me ! I hate you !! " jerit Fourth dan dia menjauh daripada Gemini. Baju yang dipegang, dirapatkan ke dadanya, menutupi tubuh atas nya yang telanjang. Wajah Fourth menunjukkan kemarahan dan kesedihan. Matanya basah dengan buliran kristal yang jernih.

Aura gelap mulai keluar daripada tubuh tinggi Gemini. Mata Gemini memandang Fourth dengan tajam. Gemini dengan pantas, memasukkan semua barang-barang Fourth di dalam tas ransel biru cair yang elok berada di atas kerusi. Zip tas ransel biru cair itu ditutup dan baju turtleneck itu dirampas dari tangan Fourth.

Gemini dengan kasar, memakaikan baju turtleneck itu di tubuh Fourth. Selepas memakaikan baju di tubuh Fourth, Gemini terus menarik tangan Fourth, memerintah Fourth mengikutinya tetapi Fourth mengeraskan tubuhnya.

" Gem... Gem nak bawak Fourth ke mana ? " tanya Fourth dengan nada perlahan. Dia menunduk, memandang lantai. Dia lemah jika dengan Gemini. Dia tidak boleh melawan Gemini kerana perasaan cintanya kepada Gemini sungguh kuat sekali membuatkan dia tidak mahu menyakiti Gemini tetapi saat ini, Gemini tengah menyakiti perasaannya.

Dia boleh sahaja melawan Gemini tetapi kekuatan Gemini lebih besar daripadanya. Lihat sahaja tubuh Gemini. Gemini lebih tinggi dan besar berbanding dirinya membuatkan dia kelihatan kecil di mata Gemini. Lagi satu, dia tidak mahu melawan Gemini kerana dia masih mempunyai perasaan hormat dekat Gemini. Gemini lebih tua daripadanya.

" Jangan banyak tanya. Ikut sahaja " pinta Gemini kasar. Dia menarik tangan Fourth kuat supaya Fourth tidak dapat melarikan diri daripadanya.

Gemini menuruni tangga dengan keadaan tergesa-gesa membuatkan Fourth terkial-kial menuruti langkah Gemini yang besar-besar. Fourth hampir tergelincir tetapi dia dapat mengimbangi tubuh badannya bila dia memegang pemegang tangga.

Front yang masih berdiri di depan pagar, memandang ke arah Gemini yang tengah membawa tas ransel biru cair sambil menarik tangan Fourth. Terpancar wajah kerisauan di muka cantik Front.

" Phi nak pergi mana ni ? " tanya Front, memegang bahu Fourth. Perlakuannya itu menghentikan langkah Gemini.

Fourth memandang ke arah Front dengan pandangan sayu, seperti meminta pertolongan daripada Front.

" P'Gemini, lepaskan phi. Phi kelihatan kesakitan " pinta Front dan cuba meleraikan tangan Gemini yang mengenggam pergelangan tangan Fourth.

" Not your business !! " bentak Gemini dan menolak bahu Front, menjauhkan Front dari Fourth supaya Front tidak menghalang jalannya.

Front terdorong ke belakang. Dia hampir jatuh di atas tanah tapi dia sempat memegang pagar besi yang menjadi pembantu nya untuk menanggung beban tubuhnya.

Fourth menatap hiba ke arah Front. Fourth menggelengkan kepalanya dan dia hanya mengikuti langkah Gemini ke arah kereta.

" Phi ! Phi ! " teriak Front, mahu mengejar Fourth tetapi bila melihat pandangan tajam Gemini bak helang membuatkan hati Front bergetar penuh ketakutan melihat sang dominan yang mengintimidasi nya.

Gemini terus menolak Fourth masuk ke dalam keretanya dan dia turut masuk ke dalam perut kereta. Dia terus menancap gas dan kereta Mercedes Benz itu meluncur laju, meninggalkan kawasan perumahan itu.

Front hanya nencengkam ubun-ubun rambutnya dengan kasar. Dia memandang sendu jalan yang dilalui oleh kereta Gemini tadi.

Saya harap phi tidak apa-apa, batin Front, berdoa sambil memandang langit yang biru cerah.

Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now