Chapter 37

213 14 0
                                    

" Fourth ! Fourth !!! " tubuh Fourth dipeluknya kemas. Nama Fourth dipanggilnya beberapa kali. Nadanya cemas dan kesalnha menggunung.

Rambut Fourth yang berantakan itu, diselak ke belakang. Gemini terus mengangkat Fourth ke katil. Bergegas dia mencapai tuala putih yang elok tersangkut di sebelah pintu ke kamar mandi. Dia mengelap luka Fourth yang mengeluarkan beberapa titisan darah merah. Terketar-ketar tangan Gemini membersihkan wajah Fourth yang sudah terpalit darah.

" Fourth... I'm sorry... " sambil tangannya sibuk mengelap dengan penuh berhati-hati, tangan sebelah kirinya pula, mencapai telefon untuk menelefon Doktor Tae, doktor peribadi keluarganya. Mujur lah Doktor Tae cepat menjawab panggilannya.

" Doctor, there is an emergency. Are you at home ? "

" Yes "

" Good. My family driver, Sakma will fetch you very soon. Please get ready. My loved one knocked her head and the bleeding is pretty bad. Anything I should to stop the bleeding ? "

" Luka teruk ke ? Deep cut ? "

" No, just the bleeding is still there "

" Dah tutup tempat luka ? Put some pressure on it with your hand or cloth "

" Oh, no I didn't. I'm doing it now "

" Hold it there. If  dalam 10 minit masih tak berhenti, maknanya luka tu teruk. Kalau tak, he will be okay "

" Thanks, doctor. But please come and check in him "

" Yes. Of course "

Talian dimatikan. Gemini menelefon Sakma dan mengatakan menyuruh mengambil Doktor Tae dan bawak ke apartemen milik Fourth. Sakma yang selalu bersedia, menyetujui dan panggilan dimatikan.

Setelah agak lama dia melekapkan tuala di tempat luka dekat dahi Fourth, dia mengangkatnya perlahan. Dia mahu memastikan sama ada masih ada pendarahan pada luka Fourth itu.

Kering.

Gemini menghela nafas lega. Dia mula mengukirkan senyuman. Tapi dia sendiri masih belum pasti adakah luka tersebut benar-benar tidak serius. Debarannya kembali menghimpit. Ilmu medicine yang diambilnya di universiti saat ini, langsung tidak digunakannya kerana terlalu cemas sampaikan Gemini tidak boleh berfikir apa-apa. Di otaknya saat ini, hanya mahu Fourth bangun dan memandangnya. Dia mahu melihat bayangan dirinya di dalam biji mata coklat pekat Fourth.

" God, save him please. I will do anything ! "

Air mata Gemini menitis di pipi. Dia takut kehilangan Fourth. Rambut Fourth diusap penuh kasih sayang.

" Sayang... Bangun.. I'm terribly sorry. Please be mine... Totally mine... I want marry you.. Marry me please my little one. I will not treat you this way again. I won't ! " tangan Fourth dicapainya kemudian dikucup dan digenggamnya dengan erat. Gemini memandang wajah pucat Fourth.

Bunyi loceng apartemen mengejutkan Gemini. Gemini mengusap air mata yang mengalir di pipinya dan dia segera membuka pintu apartemen. Doktor Tae, doktor peribadi yang telah dihubunginya tadi muncul di hadapan pintu apartment bersama Sakma.

Gemini segera mendapatkan Doktor Tae dan membawa Doktor Tae ke bilik tidur Fourth. Sakma pula disuruhnya untuk duduk di ruang tamu.

" Thanks doctor for coming. Saya dah bersihkan luka di kepalanya tapi hanya dengan air. Couldn't find antiseptic " Gemini membawa Doktor Tae ke katil dan menunjukkan Fourth yang masih terbaring lesu.

Gemini mengesat wajahnya dengan kasar. Wajahnya kelihatan kusut dan stres. Fikirannya berserabut sekarang ini.

Doktor Tae memeriksa luka di dahi Fourth, matanya, kemudian tekanan darah dan pernafasan Fourth. Tiada kesan lebam. Pendarahan juga sudah terhenti. Luka juga tidak teruk.

" Is he okay ? " tanya Gemini, kurang sabar.

Doktor Tae memandang Gemini, " He is okay. Don't worry, Norawit "

" Oh, thank God... " Gemini segera memegang tangan Fourth. Rambut Fourth diusapnya penuh kasih.

" Him injury is not severe. Tak teruk. Tapi tekanan darahnya agak tinggi. Mungkin dia stres. Jadi seeloknya bagi dia berehat sepenuhnya dan jangan bagi tekanan pada dia " pesan Doktor Tae. Dia mencari sesuatu di dalam kotak yang dibawaknya bersama.

Gemini mula menyalahkan dirinya sendiri. Sikap cemburu nya memang teruk. Dia terlalu ingin memiliki Fourth untuk dirinya seorang sampaikan dia tanpa sedar, memaksa dan mengasari Fourth. Jika sesuatu yang buruk berlaku kepada Fourth lagi dan itu disebabkan dirinya, dia memang tidak akan memaafkan dirinya sendiri.

Doktor Tae mula mengeluarkan Alcohol Free Cleansing Wipes. Nasib baik Gemini tak menyapu dengan antiseptik, kalau tidak, rosak tisu kulit lelaki manis di hadapannya ini. Wajah lelaki ini memang memukau dan mempesonakan. Patutlah Gemini bagai kucing kehilangan anak. Tidak pernah sepanjang lima tahun dia bertugas sebagai doktor peribadi keluarga Gemini, dia diarahkan untuk mengubati mana-mana kekasih Gemini.

Usai itu, dia meletakkan plaster dan mula mengemaskan alat pemeriksaannya. Fourth tidak memerlukan apa-apa ubat. Hanya perlu berehat dengan cukup sahaja.

" Ermmmm.. Norawit, please remove him clothing. Gantikan dengan something lighter supaya ada pengudaraan. Jangan gunakan penyejuk udara dan buka tingkap. Jangan selimutkan dia juga, dia perlukan pengudaraan yang baik. Oh, ya, if him wearing lense, please put that off too "

Gemini mengangguk faham. Fourth tidak memakai kanta lekap pada anak mata jadinya senang dirinya, tidak perlu mengeluarkan kanta lekap dari mata Fourth.

" Kalau macam itu, sudah selesai " ucap Doktor Tae dengan senyuman. Dia sudah bersiap sedia untuk meninggalkan apartemen Fourth.

" Oh, thanks doctor. Shall we ? " Gemini mengiringi doktor yang sudah mencecah usia 40 tahun itu keluar dari bilik.

Sakma yang masih bersantai di sofa, terus bangun bila nampak Gemini keluar dari bilik bersama Doktor Tae.

Doktor Tae dan Sakma sudah berdiri du luar pintu manakala Gemini hanya berdiri diam di bingkai pintu.

" Thanks again doctor for coming. Will pay you double for this and don't tell anything about it near my dad " kata Gemini dan Gemini menghulurkan beberapa keping duit bernilai besar dekat Sakma, " Dan Sakma, terima kasih kerana menghantar Doktor Tae. Duit ni, ambil lah, belanja makan dan minum. Terima kasih banyak-banyak " ucap Gemini dengan senyuman manis di bibirnya.

" Terima kasih, Norawit. Saya pergi dulu " Sakma memohon diri, begitu juga dengan Doktor Tae.

Doktor Tae memandang Gemini sekali lagi. Riak wajah Gemini nampak lebih lega dari tadi. Sayang betul Gemini kepada lelaki tadi sampaikan mahu menambah gajinya. Rezeki jangan ditolak meskipun dia tertanya-tanya tentang hubungan Gemini dengan lelaki muda yang terbaring di atas katil itu. Gemini pun menyuruh dia merahsiakan tentang lelaki muda itu daripada ayah nya sendiri.

Apa yang berlaku di antara mereka ? Katil tempat yang Fourth baring itu sungguh berselerak seperti ada pergaduhan tapi dia tidak mahu bertanya lebih lanjut. Tugasnya hanya merawat. Jika dia bertanya yang lebih-lebih, nanti hilang punca pendapatannya.

Doktor Tae dan Sakma masuk ke dalam kereta lalu mereka pergi dari situ, meninggalkan Gemini yang sudah menutup pintu kondominum itu.

Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now