Chapter 27

232 16 0
                                    

Dua jam. Dua jam masa yang diperlukan untuk selesaikan hampir semua perkara. Keluar sahaja Gemini dan Fourth dari bangunan itu, banyak pihak anggota polis di situ sambil menghalakan pistol ke arah mereka berdua. Dan orang yang menerangkan semua kejadian adalah Gemini dan Fourth hanya diam sahaja di tepi. Fourth akan menjawap beberapa pertanyaan jika pertanyaan itu ditujukan ke arahnya.

Fourth bercerita dari awal berjumpa dengan pakcik itu sampai dia diserang di sini. Dia tidak sedar yang dia bercerita sambil mengenggam tangan Gemini, mencari kekuatan dan semangat untuk memceritakan semua perkara ini. Peristiwa ini boleh dijadikan satu trauma bagi Fourth tetapi Fourth berusaha menolak perasaan trauma itu datang kepada dirinya.

Selepas selesai soal siasat Gemini dan Fourth, anggota polis yang lain keluar daripada bangunan sambil membawa pakcik psikopat itu yang kena digari di kedua pergelangan tangan. Selepas beberapa minit, ketua polis meminta diri dan bersalaman dengan Gemini dan Fourth.

Gemini dan Fourth melihat sahaja semua polis pergi dari situ. Gemini menyuruh Fourth masuk ke dalam kereta dan membawa Fourth ke hospital. Sampai sahaja di hospital, Gemini membawak Fourth masuk ke dalam bilik doktor.

Setengah jam kemudian, Gemini dan Fourth berada di dalam kereta yang berjalan di atas jalan. Luka di leher Fourth ditutupi oleh plaster. Luka-luka yang didapati di tubuh Fourth tidak lah serius membuatkan Gemini menghela nafas lega.

Fourth memandang Gemini yang tenang memandu. Fourth mencapai tangan Gemini dan mengenggam dengan erat.

" Thank you Gemini " ucap Fourth dan dia mengucup lembut tangan Gemini dengan senyuman di bibir.

Gemini menjeling Fourth dengan senyuman manis di bibirnya, " Most welcome baby " balas Gemini dan mengusap rambut hitam Fourth.

Pipi Fourth memerah bila Gemini memanggilnya 'baby' .

" Apa yang terjadi dekat Fourth, jangan sesekali bagitahu dekat P'Pond dan mae. Fourth tak nak mereka risau. Boleh ? " Fourth memandang wajah Gemini dengan mata penuh pengharapan.

" Kalau itu yang Fourth mahukan, baiklah. Gem tak akan bagitahu tapi janji dengan Gem, jangan jalan sendirian di situ. Walaupun banduan sudah ditangkap tetapi Fourth masih perlu berhati-hati okay ? " pinta Gemini dengan suara tegas.

" Iya. Fourth minta maaf sebab buatkan Gem risau. Maafkan Fourth "

Gemini mengusap lembut pipi Fourth yang memerah kerana bengkak. Bengkak di pipi Fourth tidak serius mana. Hanya dua atau tiga hari sahaja untuk sembuh.

" Tak apa. Masih sakit ? " tanya Gemini dengan lembut.

Fourth mengangguk, " Sikit lah tapi kadangkala, rasa kebas juga "

Gemini senyum dan menganggukkan kepalanya.

Fourth terhidu sesuatu. Fourth menarik baju Gemini yang membau baju Gemini. Wajah Fourth berubah bila menghidu sesuatu di tubuh Gemini.

Gemini mengerutkan dahinya, bingung melihat tingkah laku Fourth yang menghidu bajunya.

" Apa yang Fourth buat ? " tanya Gemini, memusingkan stereng kereta.

Wajah Fourth datar, " Gem ada keluar dengan sesiapa ke ? "

" Tak ada lah. Kenapa ? "

" Gem jangan tipu "

" Tipu apanya ? Gem tak tipu lah. Gem tak keluar dengan sesiapa pun "

" Habis tu kenapa ada bau perfume perempuan dekat baju Gem ? " tanya Fourth dengan tangan terlipat di dada. Wajahnya cemberut.

Gemini tergamam. Dia menarik bajunya dan menghidu bajunya sendiri. Wajah Gemini berubah bila menghidu bau perfume milik Love. Tidak menyangka perfume Love melekat di bajunya.

Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now