Gemini mengetap bibirnya dan dia mendengus kasar. Dia mencengkam ubun-ubun rambutnya, serabut. Di tangannya memegang telefon.
Nak call ke tak nak ? Nak call ke tak nak ? Hmmmmmm....
Gemini menghela nafas panjang. Dia terus menekan nama Fourth di dalan list contact dalam telefonnya. Dia melekapkan skrin telefon di telinganya, menunggu seseorang di seberang sana menjawap panggilannya ini.
Fourth yang tengah duduk bersila di hadapan luggage bersama seseorang, memandang ke arah telefon yang berada di sebelah kakinya. Dia mengambil telefon itu lalu dia melihat nama yang call dia. Nama Gemini tertayang di skrin telefon membuatkan jantungnya berdegup kencang.
" Siapa itu ? "
Fourth memandang seseorang yang duduk di hadapannya sedari tadi. Dia mengemam bibirnya.
" Gem " jawap Fourth sepatah.
" Ohh.. Angkat lah kalau macam itu. Tidak mengapa, I boleh tunggu "
Fourth mengangguk sahaja.
Dia menggesekkan butang hijau di skrin. Dia melekapkan telefon itu di telinganya.
" Hello Gem " sapa Fourth terlebih dahulu.
" Hmmm hello Fourth. Fourth tengah buat apa ? " tanya Gemini selepas menjawap sapaan Fourth itu.
Fourth memandang ke arah sekeliling nya bersepah. Dia mengenggam telefon di tangannya dengan lebih kuat, menahan rasa sebak di dada.
" Fourth tak buat apa-apa pun. Kenapa Gem ? " Fourth kembali bertanya.
Gemini mengemam bibirnya, " Malam ini Fourth free tak ? "
Fourth mengerutkan dahinya, " Hmmm.. Free "
Gemini mengukirkan senyuman, " Gem dah habis semester akhir dan akan intern tak lama lagi. Universiti Gem nak buat majlis untuk budak-budak semester akhir malam ini. Pihak universiti Gem melakukan majlis ini di hotel. Boleh Fourth datang malam ini ? " tanya Gemini dengan gugup. Jantungnya berdegup dengan kencang.
Fourth diam sahaja. Dia memandang seseorang yang berada di hadapannya yang tengah duduk dengan diam. Dia memandang satu surat warna putih di pangkuannya. Bucu surat itu dimain-mainkan oleh jari-jemarinya.
" Hmmm.. Baiklah. Fourth akan datang. Kena pakai baju apa Gem ? " tanya Fourth selepas mengambil keputusan.
Gemini tersenyum lebar bila mengetahui Fourth akan datang ke universiti nya untuk menyambut majlis bersama-sama dengannya. Perasaan gembira menusuk-nusuk jiwanya.
" Nanti Gem bagitahu Fourth " balas Gemini dengan ringkas.
" Baik.. Fourth tutup dulu. Bye Gem " Fourth terus menutup panggilan tersebut tanpa mendengar balasan Gemini di seberang sana.
Fourth memandang wajah Love di hadapannya. Dia menggigit bibir bawahnya, menahan perasaan sakit yang menyelubungi jiwanya saat ini.
" Esok.... ke ? " tanya Fourth dengan suara yang bergetar.
Love mengangguk, " Iya esok.. I harap you dapat datang ke majlis perkahwinan I dengan Gemini "
Fourth mengukirkan senyuman hambar, " Tengok lah macam mana. Kalau I ada masa, I datang " jawap Fourth seadanya.
Love mengangguk, " I nak ucapkan terima kasih dekat you kerana memulangkan Gemini kembali " ucap Love dengan senyuman kecil di bibir merah nya.
Fourth ketawa kecil. Ketawa paksa, " Tidak mengapa. Gem itu kan tunang kau. Kau sudah mengikatnya lebih awal daripada aku. Jadinya, iya, aku memulangkan sesuatu yang bukan milik aku " balas Fourth lalu dia menunduk ke bawah, menahan air mata dari jatuh ke pipi.
" Baiklah. I kena pergi dulu. Selamat tinggal " ucap Love dan dia bangun daripada duduk.
Fourth pun turut bangun dan menghantar Love sampai ke muka pintu. Dia bersalaman dengan Love dan Love pergi dari situ selepas melambaikan tangan dekat Fourth.
Fourth mengenggam surat perkahwinan warna putih di tangannya sampaikan surat itu renyuk dan sudah tidak berbentuk sempurna. Dadanya berombak ganas dengan setitis air mata jatuh di pipinya.
Tok ! Tok ! Tok !
Ting ! Tong ! Ting ! Tong !
Gemini yang baru keluar daripada bilik mandi, mengerutkan dahinya. Siapa yang datang ke kondominumnya waktu malam macam ini ?
Gemini terus membuka pintu kondominum tanpa memakai apa-apa pakaian. Hanya tuala di pinggang sahaja. Buka sahaja pintu kondominum, wajah cantik Love menjamah matanya.
" Ohh Love. You nak apa datang malam-malam macam ini ? " tanya Gemini, menyandarkan sisi tubuhnya di bingkai pintu.
Love terkaku melihat badan Gemini. Dia menelan salivanya dengan perlahan. Pertama kali dia melihat Gemini keadaan macam ini membuatkannya gugup. Dia menggigit bibir bawahnya, menahan perasaan malu yang membesar di dalam jiwanya.
" Hmmmmm... Apakah you sudah memberitahu Fourth ? " tanya Love dengan perlahan.
Gemini diam sahaja. Dia tahu ke mana hala tuju perbualan Love ini.
" Belum lagi " jawap Gemini selepas mendiamkan diri agak lama.
Love meramas-ramas tangan antara satu sama lain, gugup.
" Gemini.. I nak cakap sesuatu dengan you "
Gemini menaikkan keningnya, " Okay ? Cakap lah "
Love memandang biji mata hitam Gemini dengan perasaan takut di jiwanya, " I datang ke rumah Fourth tadi petang -
" You buat apa ke sana ?! " teriak Gemini penuh amarah bila mengetahui Love pergi ke rumah Fourth.
Love terkejut bila ditengking sebegitu. Hatinya menangis, sedih.
" I... I dah bagitahu Fourth yang esok kita akan berkahwin.. I dah bagi kad perkahwinan dekat Fourth " bagitahu Love, gagap. Dia menundukkan pandangannya, takut melihat keadaan Gemini waktu sekarang ini.
Gemini mencengkam ubun-ubun rambutnya dengan kasar, " Apa yang you lakukan ini Love ?! "
Bahu Love terenjut mendengar tengkingan tersebut. Jantungnya berdegup kencang, ketakutan.
Gemini mendengus kasar, " You pergi pulang sana. I tak nak cakap dengan you. Pergi pulang ! I ada urusan selepas ini " halau Gemini sambil menunjuk ke arah lif yang tidak jauh daripada tempat dia berdiri.
Love memandang mata hitam Gemini dengan tatapan sayu, " Kenapa cinta you sungguh besar buat Fourth sampaikan you tak boleh cintakan I kembali ? " tanya Love dengan sendu.
Gemini terdiam. Dia menarik nafas lalu nafas itu dihembuskan perlahan. Dia mengenggam tombol pintu dengan erat, menahan perasaan yang bercampur-baur di dalam jiwanya.
" You pergi pulang sana. I tak nak tengok muka you. I benci you " ucap Gemini dan dia terus menutup pintu kondominum nya tanpa mempedulikan Love di hadapan pintunya.
Love tersentak mendengar ucapan Gemini itu. Hatinya terhiris, pedih. Jiwanya menjerit, kesakitan.
Perlahan-perlahan, setitis air mata jatuh di pipi tembam Love. Love mengesat air mata itu dan dia pergi dari situ, meninggalkan kondominum Gemini.
Fourth... Kenapa awak sungguh beruntung sekali ???
YOU ARE READING
Flower and Cigarettes
Romance" Apakah kau masih simpan bunga itu ? " - Gemini " Iya, aku masih simpan. Kau ? " - Fourth " Masih dan ia sungguh mekar sekali " - Gemini . . . . . . . . . . . .. . . . " Mahu dengar sesuatu yang manis ? " - Gemini " Berhe...