Gemini melihat telefonnya. Telefonnya mati. Bateri habis. Argh ! Dia ingatkan Fourth yang mematikan panggilan rupanya telefonnya yang mati. Idiot !
Gemini terus mencapai kunci keretanya dan berlari keluar daripada kondominum. Nasib baik dia tidak pergi ke Pattaya lagi. Dia masih di Bangkok kerana ingin mengambil beberapa assignment yang tertinggal di kondominum nya. Kalau dia sudah bergerak ke Pattaya, mesti lama dia ingin kembali ke sini.
Gemini menghidupkan enjin keretanya dan keretanya meluncur laju di atas jalan. Gemini mengenggam stereng kereta dengan kuat bersama rahang yang diketap.
Apa yang terjadi dekat Fourth ? Apakah Fourth sudah ditangkap oleh psikopat itu ? Bagaimana kalau dia terlambat menyelamatkan Fourth ?
Gemini mendengus kasar dan dia melajukan keretanya tanpa mempedulikan peraturan jalanan. Dia mengabaikan bunyi-bunyi hon kereta. Dia tidak peduli kemarahan ramai orang. Di fikirannya saat ini hanya Fourth seorang sahaja. Fourth, Fourth dan Fourth. Fourth seperti nyawanya sekarang ini.
Dia harap Fourth tidak apa-apa...
Gemini berlari ke arah jalan persimpangan itu. Jalan persimpangan ini tidak boleh dimasuki oleh kereta dab lori kereta jalan ini sungguh sempit. Hanya basikal dan motor sahaja yang boleh melalui jalanan ini.
" Fourth !! Fourth !! " teriak Gemini, memandang ke kiri dan ke kanan. Rambut hitamnya bergerak dibuai oleh angin malam yang dingin. Peluh mengalir di tepi muka Gemini. Nafasnya memburu laju sambil dia berpusing-pusing, melihat sekeliling dengan perasaan cemas.
" Fourth ! Fourth di mana ?! " jerit Gemini lagi. Kepenatan mencengkam dirinya saat ini tetapi dia tidak mempedulikannya. Dia hanya mahu mencari Fourth sampai jumpa.
Tiba-tiba pandangan mata Gemini tertuju dekat sesuatu. Dia berjalan laju ke arah benda itu dan nafasnya seperti terhenti melihat tas ransel warna biru cair milik Fourth tergeletak di atas tanah, di hadapan sebuah bangunan lama yang mempunyai 3 tingkat.
" Fourth ! " Gemini mengambil tas ransel itu dan terus memasuki bangunan lama tersebut. Dia berlari sekeliling bangunan di lantai 1 tetapi tidak menjumpai sesiapa pun di situ.
Gemini mendengar jeritan yang sayup-sayup di telinganya. Dengan pantas, Gemini terus berlari menaiki tangga menuju ke lantai 2. Dan perasaan kecewa menusuk di dalam dirinya bila melihat lantai 2 kosong. Tiada apa-apa kecuali simen dan zink yang bersepah di sana sini.
" Em... "
" Gem... "
" Gemini !! "
Teriakan Fourth sungguh kuat membuatkan Gemini tersentak di lantai 2. Hati Gemini sayu bila mendengar Fourth meminta pertolongan darinya. Gemini tanpa membuang masa, terus menaiki tangga dan dia berada di lantai paling atas, lantai 3.
Mata Gemini terbuntang melihat seorang pakcik tengah mengendus leher Fourth.
" Keparat !!! " teriak Gemini penuh amarah. Dia terus menendang pakcik itu dari atas tubuh Fourth. Pakcik itu terpelanting ke tepi.
Gemini melihat Fourth yang tidak memakai baju. Di bahagian leher, dada dan perut Fourth banyak hickey yang pekat. Bibir Fourth bengkak dan mempunyai luka di hujung bibir. Darah mengalir perlahan di sudut bibir hingga ke dagu. Pipi Fourth kelihatan bengkak kemerahan seperti ditampar banyak kali. Kelihatannya pakcik ini menggunakan kekasaran ketika Fourth melawan untuk melepaskan diri.
" Dasar pakcik tua keparat ! " Gemini terus menumbuk pakcik psikopat itu berkali-kali dengan penuh amarah. Gunung berapi di dalam jiwanya meletup begitu sahaja, mengalirkan lava yang terkandung di dalamnya.
YOU ARE READING
Flower and Cigarettes
Romance" Apakah kau masih simpan bunga itu ? " - Gemini " Iya, aku masih simpan. Kau ? " - Fourth " Masih dan ia sungguh mekar sekali " - Gemini . . . . . . . . . . . .. . . . " Mahu dengar sesuatu yang manis ? " - Gemini " Berhe...