Matahari yang memancar terus dari tingkap biliknya menganggu tidur Fourth. Perlahan-perlahan, dia membuka mata. Kepalanya masih terasa berat dan sakit.
Apa yang dah berlaku ?
Fourth sendiri tidak pasti. Dia hanya ingat saat-saat dia terjatuh. Itu sahaja. Tatkala tersedar, Gemini berada di sebelahnya dengan sebelah tangan memeluk pinggangnya dengan erat. Bajunya sudah bertukar, begitu juga dengan pakaian Gemini. Fourth cuba mengingat kembali apa yang berlaku tapi nyata ingatan itu benar-benar tiada dalam mindanya.
Perlahan-perlahan, tabir matanya menayangkan kembali peristiwa semalam. Gemini. Gemini yang mengasarinya dan memaksanya. Gemini yang sangat menakutkannya dan Gemini yang sudah menyakitkan hati dan perasaannya.
Debaran dalam hatinya semakin kuat. Takut. Dia benar-benar takut. Fourth memandang Gemini yang lena tidur dan masa itu setitis air mata Fourth jatuh. Fourth mahu mengusap pipi Gemini. Dia mahu menyentuh Gemini. Dia mengangkat tangannya yang menggigil tapi dalam beberapa senti sahaja, Fourth menjatuhkan tangannya kembali. Dia tidak sanggup menyentuh Gemini. Dia takut. Dia ketakutan dengan Gemini.
Sentuhan lembut Gemini menjadi sentuhan yang kasar. Suara lembut Gemini menjadi suara yang menengking tinggi dan sinis. Pandangan mata Gemini yang penuh cinta menjadi pandangan mata yang penuh amarah yang tinggi. Perasaan cinta Gemini terhadapnya menjadi perasaan cemburu buta yang menggunung. Gemini yang mesra sudah bertukar kepada Gemini yang dingin dan pemarah.
Fourth menangis di situ. Dia meringkuk ketakutan dengan Gemini. Dia takut dikasari. Dan Gemini mengasarinya kerana cemburu.
Suara Phuwin yang mengingatkan sikap Gemini berlegar-legar di telinganya. Berbisik-bisik membuatkan Fourth mahu menjauh daripada Gemini. Dia tidak mahu berjumpa dengan Gemini saat ini.
Tangan Gemini dialihkannya dengan penuh berhati-hati. Kakinya melangkah perlahan untuk turun dari katil. Dia terus mencapai pakaiannya di dalam almari, mengambil hoodie hitam yang besar dan seluar yang longgar. Hoodie dipakai dan tudung hoodie dipakai di kepalanya, mahu menyorokkan plaster yang tertampal di dahinya. Seluar track warna putih dipakai dan tas ransel nya warna biru cair dicapai lalu digalas di bahunya.
Kunci keretanya juga dicapai. Wajahnya yang masih belum dibersihkan dan badannya yang masih belum mandi, semuanya tidak difikirkannya. Dia keluar daripada apartmen itu dan menuju ke arah lif.
Sampai sahaja di lantai paling bawah, dia masuk ke dalam parking kereta dan dia menekan butang di kunci keretanya dan satu kereta berjenama Mini Cooper warna merah bernyala-nyala. Mini Cooper ini sebenarnya Pond punya tapi Pond memberikannya kereta ini sejak Pond membeli kereta Mercedes. Dia pandai membawa kereta tapi tiada sesiapa yang tahu kecuali Pond dan Mae Pui.
Fourth mencampakkan tas ransel biru cair nya di tempat duduk sebelah dan dia mulai menghidupkan enjin kereta. Dia menancap gas dan kereta Mini Cooper itu keluar daripada kawasan apartemen. Dashboard dilihat. Jam menunjukkan pukul 7:35 pagi.
Dia terus berlari meninggalkan apartemen itu. Dia mahu pergi jauh dari situ, jauh dari Gemini. Dia mahu meredakan ketakutannya terhadap lelaki yang mengasarinya dan dia mahu Gemini menghilangkan sikap cemburu nya itu terlebih dahulu, baru dia kembali kepada Gemini.
Gemini sudah meremukkan perasaannya. Hatinya tercalar bila mengingat Gemini berkata-kata sinis dan kasar kepadanya semalam. Sungguh sakit sekali.
Fourth memandu keretanya ke airport dan dia menelefon Mix. Hanya Mix sahaja yang boleh menolongnya saat ini. Dia tidak mahu membebankan Pond dan Phuwin.
" Hello Fourth. Fourth di mana ? " tanya Mix di seberang sana bila talian mereka bersambung.
Fourth mengusap hidungnya, " Fourth dah sampai. Phi di mana ? "
YOU ARE READING
Flower and Cigarettes
Romantik" Apakah kau masih simpan bunga itu ? " - Gemini " Iya, aku masih simpan. Kau ? " - Fourth " Masih dan ia sungguh mekar sekali " - Gemini . . . . . . . . . . . .. . . . " Mahu dengar sesuatu yang manis ? " - Gemini " Berhe...