Chapter 13

286 15 0
                                    

Seminggu.... 7 hari... Fourth tidak berjumpa dengan Gemini.

Fourth membuka tingkap apartemen. Satu daun dari pokok terbang disapa angin memasuki apartemen nya melalui tingkap. Angin pagi yang dingin menyelubunginya.

Dia rindukan Gemini. Gemini seperti menjauhi dirinya. Dia setiap hari pergi ke kondominum Gemini tetapi setiap kali dia pergi ke kondo itu, Gemini tiada di kondo. Dia ada juga beberapa kali ke rumah Mae Ning, menanyakan tentang Gemini tetapi Mae Ning cakap yang Gemini tidak pulang ke rumah selama seminggu ini. Di universiti pun tiada.

Ke mana Gemini menghilang ?




" HOI BUDAK !!! " teriak pengawal lelaki, mengejar Fourth yang berlari masuk ke dalam kawasan universiti Chulalongkorn.

Fourth yang memakai uniform sekolah menengah tinggi, berlari masuk ke dalam universiti.

" Maafkan saya pakcik ! Saya tidak bawak kad pengenalan saya hari ini ! " jerit Fourth tanpa mempedulikan banyak mata memandang mereka.

Jika ada orang asing mahu masuk ke dalam universiti ini, kena memberikan kad pengenalan. Selalunya dia akan membawak kad pengenalan tetapi hari ini dia terlupa mahu membawanya. Jadinya, dia masuk secara senyap-senyap dan tak sangka boleh ditangkap. Dah ditangkap, apa lagi, dia lari lah dari guard  lelaki ni.

Ramai student  perempuan dan lelaki memandang Fourth yang dikejar oleh pengawal lelaki itu.  Sesetengah student perempuan jerit bila melihat wajah comel Fourth.

Fourth mengabaikan jeritan-jeritan perempuan itu. Dia sekarang ini fokus mahu larikan diri dari pakcik pengawal itu yang memegang cota besi.

" Hey budak ! Keluar dari sini ! " perintah pakcik pengawal itu sambil mengayun-ayunkan cota besi di udara, menghalau Fourth.

" Saya nak berjumpa dengan seseorang ! Penting ni pakcik ! Maafkan saya ! " teriak Fourth dan terus berlari dengan sekuat hati, meninggalkan pakcik pengawal itu yang tertinggal jauh di belakang.

Fourth yang sudah jauh berlari, memandang ke belakang, mahu melihat pakcik pengawal itu yang sudah menghilang dari pandangan matanya. Fourth tidak sedar yang ada seorang lelaki berjalan bertentangan dengannya. Dan Fourth terlanggar lelaki itu. Timbunan kertas dan fail milik lelaki itu berterbangan di udara bila dirempuh kuat oleh Fourth. Fourth terkejut dan dia tergelincir bila terpijak satu kertas.

" Warghh !! " jerit Fourth bila dia hampir jatuh terlentang.

Lelaki yang dilanggar Fourth pantas menarik tangan Fourth. Fourth terdorong ke hadapan dan terpegang dada lelaki itu manakala lelaki itu kemas merangkul pinggang Fourth.

Fourth memandang wajah lelaki itu. Matanya membesar, " Gem... " sebut Fourth, terpaku. Jantungnya berdegup laju. Lelaki yang dirindui selama seminggu berada di hadapannya.

Gemini melepaskan pinggang Fourth dan terus menunduk, mengutip kertas-kertas dan fail-fail nya yang berterabur.

Fourth pun menolong Gemini mengutip barang-barang tersebut.

" Maafkan aku, Gem " ucap Fourth perlahan. Dia menundukkan wajahnya.

Gemini tidak memandang Fourth, " Hmm.. "

Baru sahaja Fourth nak mengangkat kertas-kertas dan fail-fail Gemini, Gemini dengan kasar mengambil barang-barangnya dari tangan Fourth membuatkan Fourth terdiam seketika. Fourth melihat Gemini mengangkat timbunan kertas dan fail lalu timbunan itu dihempaskan di meja, kuat.

Gemini duduk dan menghela nafas, kepenatan.

' Apa yang terjadi ? ' tanya Fourth di dalam hati. Fourth terus duduk di sebelah Gemini dan meletakkan beg biru cair nya di atas meja.

Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now