Chapter 9

349 22 1
                                    

Gemini berhenti menaip keyboard MacBook miliknya. Dia memandang sebelah dan nampak Fourth sudah tertidur dalam keadaan duduk dengan kepala berbaring di atas buku-buku pelajaran kimia.

Gemini senyum dan menongkat dagunya, melihat wajah tenang Fourth. Wajah Fourth kelihatan kepenatan. Gemini mengusap-usap ubun-ubun rambut Fourth dengan lembut. Perlahan-perlahan, dia menundukkan kepalanya dan bibirnya bertembung dengan bibir Fourth. Lembut.

Tidak sampai 5 saat, Gemini kembali menarik wajahnya. Dia memandang wajah Fourth dengan pandangan penuh berharap.

" Aku berharap kau rasa apa yang aku rasa " gumam Gemini lirih.

Semasa Gemini fokus mengelus pipi pink milik Fourth, Fourth terbangun daripada tidur secara mengejut membuatkan jantung Gemini luruh kerana terkejut melihat mata Fourth terbuka tiba-tiba. Macam hantu dah.

Fourth menegakkan kepalanya dalam keadaan terpisat-pisat. Dia menguap dan mengeliat, meregangkan otot-otot tubuhnya. Fourth memandang sekeliling sambil menggosok-gosok matanya yang sedikit kabur. Gelap. Itu yang dia nampak saat ini.

Di mana dia saat ini ? Kali terakhir yang dia ingat, dia menutup mata untuk merehatkan diri semasa Gemini memeriksa jawapan-jawapan kimia yang dia buat sendiri.

" Gem ? Gem ? Gem ? " panggil Fourth berkali-kali.

" Hmm ? " gumam Gemini, membalas panggilan Fourth.

Fourth memandang sebelahnya. Dia nampak Gemini yang memakai cermin mata bulat tengah melihat skrin MacBook dengan fokus.

" Lama ke aku tidur ? " tanya Fourth, menongkatkan dagunya dekat siku. Matanya terkelip-kelip seperti bila-bila masa sahaja boleh tutup kembali.

Gemini melihat jam di MacBook nya, " Lama juga. 3 jam. Kau tidur dari pukul 5 petang hingga 8 malam "

" Apa ?! Seriously ?! " tanya Fourth dengan suara yang separuh menjerit.

Gemini mengangguk sahaja, " Jom lah balik. Dah malam. Nanti kau tidur balik, susah. Aku yang kena dukung kau nanti. Kau sekali tidur, tak boleh bangun kecuali kau terbangun sendiri. Nak je aku simbah air kat muka kau kalau kau tak bangun tidur " bebel Gemini, menutup laptop dan memasuki kan laptop ke dalam beg.

Fourth tersengih canggung. Dia mengemas buku-bukunya dan memasukkan ke dalam beg galasnya yang berwarna biru cair.

Gemini dan Fourth keluar daripada kelas. Semasa Gemini berjalan dengan tangan memasuki kocek, tiba-tiba ada satu tubuh menghimpit dirinya dari tepi membuatkan dahinya berkerut. Gemini memandang sebelah, nampak Fourth tengah tersengih memandangnya.

" Kau kenapa ? Tolak-tolak aku dari tadi ni ? " tanya Gemini, kebingungan.

" Takut. Gelap " jawap Fourth. Dia yakin, Gemini sangat mengetahui sifat nya yang sungguh takut dalam keadaan gelap.

Gemini senyum simpul dan menggelengkan kepala, " Kau lapar tak ? Nak dinner ? " ajak Gemini.

" Boleh, boleh ! " jawap Fourth laju. Dia senyum lebar. Dia sangat lapar saat ni.

Gemini mengusap rambut Fourth, " Okay, jom ! "

Fourth mengambil dahulu kad pengenalan nya di pondok pengawal sebelum dia keluar daripada universiti bersama Gemini. Takkan dia nak jadi bangsa asing kat sini, tak ada kad pengenalan ? Masuk penjara nanti sebab menceroboh negara.

" Nak makan apa ? " tanya Gemini, berdiri di tepi jalan, menunggu lampu isyarat untuk melintas berwarna hijau.

" Hmmm ? Kau nak makan apa ? " tany Fourth balik.

Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now