Fourth jalan sendirian di jalan persimpangan. Dia baru sahaja pulang dari perpustakaan. Perasaan takut menjalar di setiap pembuluh darahnya bila melihat sekeliling yang gelap. Meremang bulu romanya lebih-lebih lagi dia pernah kena situasi menyeramkan di tempat ini. Pakcik banduan psikopat itu masih belum ditangkap. Entah ke mana pakcik tua keparat itu melarikan diri.
Fourth menggaru kepalanya sambil memandang hadapan. Malas mahu memikirkan benda-benda yang tak sepatutnya. Fourth berjalan dengan laju. Tiba-tiba ada bunyi orang berjalan di belakang Fourth membuatkan jantung Fourth seperti tergelincir ke bawah. Bibir bawahnya diketap dan nafasnya tersekat-sekat. Memikirkan siapa yang mengikutinya dari belakang ?
" Fourth " panggil satu suara sambil memegang bahunya membuatkan Fourth menjerit kecil.
" Fourth, Fourth ! Aku ni, Gemini ! " Gemini terkejut juga bila mendengar Fourth menjerit tadi.
Fourth menghembus nafas kasar, " Ish Gem ! Kau ni, buat aku takut je. Aku fikir benda tak elok tadi ! " marah Fourth dan dia berdecit perlahan.
Gemini ketawa sambil mengusap rambut Fourth, " Sorry sorry, tak berniat nak buatkan kau takut "
" Kau buat apa kat sini ? " tanya Fourth, aneh bila melihat Gemini berada di jalan persimpangan ini dasarkan ini bukanlah jalan ke rumah Gemini.
Gemini tersenyum simpul, " Hmmmmm.. Nak teman kau pulang ke rumah. Lagipun aku risau " jawap Gemini dengan canggung. Sebenarnya, dia ingin melihat Fourth. Dia merindukan Fourth tetapi takkan dia mahu meluahkan itu. Nanti Fourth ketawakan dia macam mana ? Buat malu tujuh keturunan sahaja.
Fourth senyum lebar bila mengetahui Gemini merisaukannya. Hatinya melonjak kegembiraan.
" Ohh, aku okay je " jawap Fourth dengan senyuman manis. Tak dapat menyembunyikan perasaan sukanya.
Gemini diam seketika sebelum senyuman kecil muncul di wajahnya. Mahu mengusik Fourth.
" Kau cakap kau okay kan ? Jadinya, hmmm.. Aku pergi dulu lah. Bye " Gemini melambaikan tangannya dan mulai berpusing, ingin pergi dari situ.
Mata Fourth terbeliak besar melihat Gemini mahu pergi. Iya, dia memang cakap yang dia okay tapi dia takut jalan sendirian di sini.
" Hey Gem, kau nak pergi mana ? " Fourtj dengan pantas menarik hujung baju Gemini membuatkan Gemini berhenti berjalan.
Gemini menoleh, " Aku nak pergi lah. Kau cakap kau okay " Gemini memulangkan ayat Fourth.
Fourth tersengih canggung. Dia menggaru hujung kening kanannya sambil memegang hujung baju Gemini. Terfikir-fikir mahu katakan apa sebab kata-kata Gemini tadi tepat mengenai batang hidungnya.
" Teman aku pulang ke rumah Gem " pinta Fourth sambil menundukkan wajahnya.
Gemini mengangkat kening tinggi, " Kenapa ? "
Fourth mengetap bibirnya, " Hmmm.. Aku.. Aku takut" jawap Fourth sedikit gagap. Dia menguatkan lagi genggaman tangannya di hujung baju Gemini.
Gemini ketawa kecil melihat sikap Fourth. Telinganya memerah bersama degupan jantung yang laju. Gemini mengangguk perlahan.
" Alrigjt " Gemini senyum memandang Fourth yang tengah menunduk.
Gemini mahu jalan tapi terhenti bila Fourth masih tak lepaskan genggaman di hujung bajunya. Gemini memegang tangan Fourth.
" Fourth, Fourth. Lepas. Nanti koyak " kata Gemini lembut. Dia mahu melepaskan genggaman tangan Fourth di hujung bajunya tetapi Fourth dengan kuat, tetap mengenggam hujung baju Gemini.
" Nanti kalau kau lari, tinggalkan aku macam mana ? " tanya Fourth dengan nada suara merungut. Keningnya berkerut dengan kedua-dua pipinya mengembung kecil.

ANDA SEDANG MEMBACA
Flower and Cigarettes
Storie d'amore" Apakah kau masih simpan bunga itu ? " - Gemini " Iya, aku masih simpan. Kau ? " - Fourth " Masih dan ia sungguh mekar sekali " - Gemini . . . . . . . . . . . .. . . . " Mahu dengar sesuatu yang manis ? " - Gemini " Berhe...