Fourth mengemas buku-bukunya dan barang-barang dimasukkan ke dalam tas ransel nya. Dia zip beg nya dan beg itu digalas di bahu kanannya. Kerusi ditolak ke bawah meja.
Fourth mahu melangkah tetapi langkahnya dihalang oleh seseorang. Fourth tahu siapa yang menghalang jalannya saat ini. Seseorang yang dia tidak mahu berjumpa saat ini. Seseorang yang dia jauhi.
Satang.
" Fourth... " panggil Satang, ingin memegang tangan Fourth tetapi Fourth dengan pantas, melarikan tangannya dari Satang.
" Kau nak apa dari aku ? " tanya Fourth datar. Dia tidak memandang Satang. Matanya lebih tertarik melihat tali kasut nya yang cantik ikat reben.
" Aku nak minta maaf dekat kau " ucap Satang dengan lirih.
Fourth diam sahaja.
" Gemini cakap sendiri dekat aku yang kau adalah boyfriend dia "
Kata-kata Satang itu menyentakkan Fourth. Fourth mendongakkan kepalanya, memandang Satang yang lebih tinggi daripadanya. Tangannya mengenggam erat tali beg.
" Aku minta maaf sebab tak percaya masa majlis di hari Valentine tu. Aku ingatkan kau hanya menciptakan alasan untuk tidak menerima cinta aku yang kau ada kekasih tetapi nampak nya, kau memang sudah mempunyai nya masa itu" kata Satang dengan lirih.
" Dan kau sesukahati melakukan itu di hadapan Gem. Kau tahu tak yang Gem nampak apa yang kau buat kat aku ! " bentak Fourth dengan kasar. Dia teringat Satang yang mendesak nya dan tidak mempercayai kata-katanya lalu terus mencium dia.
Satang terdiam. Hatinya sakit.
" Apakah kau tahu, disebabkan kau lah. Aku dengan Gem saat ini mempunyai masalah di dalam hubungan kami. Kau punca nya !! " marah Fourth dan dia mendengus kasar.
" Tapi aku cintakan kau, Fourth. Sebab itu aku melakukannya -
" Dengan memaksa aku macam itu ? " potong Fourth dengan marah.
" Aku tak cintakan kau, Satang. Aku hanya cintakan Gem sahaja. Walaupun saat itu aku masih single, aku rasa aku tak akan terima kau. Sebab aku tak cintakan kau. Aku tak dapat balas perasaan kau dekat aku. Aku tidak suka bagi orang harapan palsu " sambung Fourth lagi dengan mata yang kosong, tidak memberikan apa-apa reaksi.
Satang terus mencapai tangan Fourth dan kedua tangan Fourth digenggam dengan erat.
" Aku tahu aku dah tak ada peluang tapi kau kena tahu sesuatu Fourth, apa yang aku cakapkan pada kau masa majlis tari-menari itu tidak pernah berubah. Cinta bukan sesuatu yang mudah untuk dialihkan, Fourth. Bila ia dah menyapa hati, ia akan terus melekat di dalam hati seperti digam. Itulah yang aku rasakan saat ini. Bukan aku tak cuba melupakan apa yang pernah aku katakan pada kau tapi mustahil semua itu boleh hilang dalam sekelip mata kan, Fourth ? " tanya Satang, mengharapkan pengertian dari Fourth. Wajahnya sayu dengan mata yang mulai berkaca-kaca. Dia meramas-ramas tangan Fourth yang berada di dalam genggamannya.
Fourth terdiam. Lidahnya kelu. Dia tidak tahu mahu membalas apa. Dia menepis tangan Satang dan dia terus pergi dari situ tanpa membalas apa-apa.
Satang memandang ke arah Fourth dengan sendu. Dia hanya melihat sahaja Fourth keluar dari kelas tanpa ada niat ingin menahan Fourth pergi. Hatinya sakit saat ini. Terluka teruk.
Fourth membuka kunci di pintu apartemen nya. Baru sahaja tombol pintu dipusing, seseorang memanggilnya daripada belakang membuatkan Fourth sedikit terkejut.
Fourth segera memandang ke arah belakang dan dia menghelakan nafas lega bila melihat Love yang berdiri di belakangnya. Dia fikirkan orang asing mana entah yang mengetahui namanya. Risau juga tadi.
YOU ARE READING
Flower and Cigarettes
Romance" Apakah kau masih simpan bunga itu ? " - Gemini " Iya, aku masih simpan. Kau ? " - Fourth " Masih dan ia sungguh mekar sekali " - Gemini . . . . . . . . . . . .. . . . " Mahu dengar sesuatu yang manis ? " - Gemini " Berhe...