"PAKAI ni," Noah menghulurkan lingerie merah. "Biar tambah hot!" Ucapnya lagi sambil mengerdipkan mata.
Aku mengambil lingerie itu, aku tertunduk malu. Wajahku pasti sudah kemerahan seperti warna lingerie ini.
"Abiy tunggu kat sini," Ujar Noah sambil menepuk-nepuk tempat tidur.
Dengan perasaan yang bercampur baur, aku melangkah ke bilik mandi untuk memakai lingerie itu. Pantulan diri aku pada cermin membuat aku semakin malu. Lekuk tubuhku terlihat samar dibalik lingerie itu.
Aku menarik nafas yang dalam. Noah adalah suami aku, jadi tidak perlu malu. Membayangkan malam pertama yang bakal kami lalui, membuatkan jantung aku berdegup sangat laju. Dengan mendadak hasrat itu meledak dengan sempurna.
Dengan perlahan aku menguak pintu bilik mandi. Sekali lagi, aku tertunduk dengan langkah yang perlahan menuju ke tempat tidur. Namun, sosok tubuh suamiku tidak ada disitu.
"Abiy," panggilku bingung, aku cuba mencari di mana lelaki itu.
"Abiy..."
Mana dia? Apa mungkin dia keluar? Aku mencapai jubah mandi yang tersidai di kerusi.
Tiba-tiba lampu bilik itu mati ketika kakiku hendak melangkah menuju ke pintu. Hembusan hangat pada leher dan tangan yang melingkar di pinggang membuatku terkejut setengah mati.
"Noah, pergi mana?" Soalku.
Noah tidak menjawab, dia malah membawa tubuhku ke ranjang. Sentuhan demi sentuhan dari Noah membuatku terseret dalam letupan indah yang tidak ada kesudahannya. Nafas kami berkejaran pada malam yang sunyi itu. Debaran di dada nyaris saja terbakar.
Tapi, aku tersedar dengan aroma minyak wangi. Seingat aku minyak wangi Noah beraroma seakan Chris Pine. Dan, ketika tanganku cuba menyentuh rambut. Rambutnya sangat tebal, seperti sedikit bergelombang. Rambut Noah hanya pendek kemas seakan anggota beruniform.
"Siapa kau?" Aku menolak tubuh lelaki yang tidak aku kenali itu, menyambar selimut untuk menutupi tubuh, dan menyalakan lampu meja di samping katil.
Lelaki itu hanya tersenyum lebar. "Aku?"
Aku turun dari katil, memegang selimut dengan erat dan kemas.
"Aku lelaki yang akan merasmikan malam pertama kita," ucapnya dingin.
"Noah!" Teriakku sekuat hati.
"Suami kau dah pergi,"
"Tak mungkin!" Aku mengambil beg di atas meja. Telefonku tidak ada di dalam beg, sehingga aku menumpahkan semua isi beg di lantai. Tetapi, telefonku tidakku temui. Aku mencari ke setiap sudut bilik dengan bingung dan takut.
"Hazel, Noah menjual kau seharga sebiji kereta dan menyewakan kau selama sebulan untuk melayan aku," kata lelaki yang bermata coklat itu.
"Mana kau tahu nama aku?" Aku merapat ke pintu, mencuba untuk membuka pintu. Aku sangat takut. "Noah, tolong saya!"
Berkali-kali aku menggoncang pegangan pintu berharap ada keajaiban yang berlaku pada saat itu.
"Noah takkan datang, Hazel sayang. Dia dah pergi dari villa ni,"
Aku menoleh, lelaki yang tubuhnya tidak tertutup dengan sehelai benang itupun terus melangkah mendekatiku.
"Noah tolong! Noah Eimer!!" Aku memukul pintu dengan kuat.
"Kalau kau ikut cakap aku, aku takkan kasar dan kau takkan sakit, Hazel." Wajah itu sangat mengerikan. Kedua tangannya sudah mencengkam kuat belakangku.
YOU ARE READING
HAZEL ELIANA (COMPLETE)
Short StoryShort story yang mengisahkan Hazel Eliana seorang gadis polos yang telah dijual oleh suaminya tepat di malam pertama mereka kepada lelaki yang bernama Ezra Jayden. Hazel terpaksa melayani CEO syarikat itu selama sebulan. Saat dia sudah disahkan meng...