AKU melihat mancis api lalu beralih kepada Adam. "Ma-macam mana kalau ada orang kat dalam rumah ni? Saya tak nak bunuh orang, Adam."
Walaupun aku sangat ingin membunuh Noah, tapi tangan ini tidak mahu berlumuran darah. Ada Edeyn yang telah menjadi penguat hidupku.
Akan tetapi aku akan membuat mereka menderita. Sangat menderita!
"Tak ada orang dalam rumah," sahut Adam sambil memasukkan kedua tangannya ke dalam saku jaket. "Semua cctv yang ada dekat rumah ini dipadamkan,"
Seorang lelaki yang berseragam guard rumah, muncul dari belakang pagar rumah. "Encik Adam, sudah selamat. Dua orang pembantu sudah saya arahkan mereka keluar petang tadi," ucapnya.
"Pergilah korang ke alamat yang dah aku bagi dalam whatsapp. Korang boleh dapatkan kerja baru kat sana," kata Adam. "Dan kau, jangan pernah berani untuk buka mulut pasal ni. Kau tahu kan apa akibat dia nanti?"
"Saya tahu, Encik Adam. Saya tak mungkin khianat Encik," lelaki itu kemudian berlalu pergi dengan motor.
"Sejak Noah kahwin, dia duduk dekat rumah isteri dia. Papa Noah, Encik Elman pulak ada dekat kondo perempuan simpanan dia. Puan Nawra dengan Nisha baru on the way nak balik, diorang pergi party tadi," Jelas Adam. "Keputusan ada di tangan awak, Hazel,"
Aku kembali memandang Adam. Siapa sebenarnya lelaki yang sedang berdiri di sampingku ini? Dari mana dia boleh dapatkan semua info tentang Noah dan Puan Nawra malam ini.
Adam menoleh. "Kenapa awak suka sangat tengok saya? Saya handsome ke?"
"Semua lelaki handsome," sahutku.
"Tapi, yang boleh buat hati awak tak keruan tu cuma saya..." sambung Adam.
Seketika wajahku terasa hangat dan tidak boleh berkata apa-apa.
"Masa awak tak banyak lagi, Hazel. Sekarang atau tak selamanya," Adam menepuk bahuku, senyum terukir dibibirnya.
Pemandu yang membawa kereta BMW tadi, mengeluarkan empat tong yang berukuran dua liter dari but kereta, seperti itu adalah minyak tanah. Rumah Noah berada di hujung mukim, kanan, kiri dan bahagian belakang langsung tidak ada kejiranan. Adakah orang yang membuat jahat akan berfikir apa akibatnya? Aku rasa, tak.
Mulai dari malam ini sampai tuntas membalas, aku akan menjadi seorang yang jahat bagi keluarga Noah.
"Jom, masuk." Ajak Adam.
Aku mengikuti langkah Adam, dia dibantu si pemandu menuang isi tong di beranda dan disisi rumah. Kedua tapak tanganku berpeluh.
"Hazel..."
"Sa-saya... Adam..." aku menatap Adam. Aku membenci diriku yang rasa bersalah.
Adam mengambil mancis api dari tanganku. "Kalau macam tu, biar saya yang buat. Ingat Hazel, diorang dah bakar rumah awak. Diorang kena rasa apa yang awak rasa dulu, Hazel."
Api mula marak setelah Adam melempar sebatang mancis. Dengan cepat kami bertiga kembali ke kereta.
Kereta itu menjauh dari rumah Noah. Adam meminta pemandu untuk menepikan kereta.
"Tengoklah, Hazel... api dah makin besar." Kata Adam, lalu dia meraih tanganku, seolah tahu aku merasa gugup. "Tenang, Hazel. Tak ada yang boleh sentuh awak lagi."
Aku menggenggam tangan Adam lebih erat. Gejolak rasa takut dan puas melihat api yang marak itu menjadi satu. Aku terimbas kembali saat rumahku yang dibakat oleh mereka setahun yang lalu.
Tidak lama, warga sekitar mula muncul. Berteriak. Aku seperti sedang menonton filem. Mereka berusaha untuk memadamkan api dengan alat seadanya.
Sebuah kereta sedan putih melewati kereta yang kami tumpangi.
![](https://img.wattpad.com/cover/350532869-288-k446091.jpg)
YOU ARE READING
HAZEL ELIANA (COMPLETE)
Short StoryShort story yang mengisahkan Hazel Eliana seorang gadis polos yang telah dijual oleh suaminya tepat di malam pertama mereka kepada lelaki yang bernama Ezra Jayden. Hazel terpaksa melayani CEO syarikat itu selama sebulan. Saat dia sudah disahkan meng...