19 : ANTARA CINTA DAN BENCI

994 30 2
                                    

"HAZEL?"

Mendengar suaranya, ada lega yang menyapa. Dia sudah sedar.

Tubuhku mengendur, bersandar pada birai balkoni. Menahan air mata yang tidak boleh dibendung, aku teresak perlahan. Ada ribuan kata yang ingin aku ungkapkan, tapi tidak terluah. Aku menghembuskan nafas perlahan, lalu mematikan telefon.

Aku tak boleh mendengar suaranya lagi. Ada penolakkan, ada kegelisahan, dan kerisauan. Juga aku rindu, rindu yang teramat besar. Rindu pada siapa? Adam atau Ezra?

Kerdipan bintang dan lampu kota yang terang langsung tidak membuat hati ini merasa tenang. Bagaimana keadaannya? Apa dia parah? Lumpuh? Cacat?

Aku bangkit, mengusap air mata dengan hujung lengan. Melangkah masuk, mengambil beg dan jaket. Aku ingin melihat keadaannya di hospital.

"Kak Rina, tolong jagakan Edeyn kejap. Hazel ada hal sikit." Ujarku seraya menyarungkan kasut tak bertumit.

"Macam mana kalau Noah masih ada disekitar apartmen, Hazel?" Halang Abang Imran, mengalihkan perhatian dari skrin televisyen.

"Jangan risau, Hazel okay." Ucapku membuka pintu apartmen.

"Tapi, Hazel..."

Suara Kak Rina hilang bersamaan dengan pintu yang tertutup. Saat ini aku tidak peduli siapa Adam sebenarnya. Aku hanya ingin tahu keadaan dia yang sesungguhnya.

Aku memasukkan kedua tanganku ke poket jaket. Bilik Adam ada di tingkat dua, aku terpaksa berpura-pura sedikit kesal apabila bertanya di kaunter pertanyaan. Langkah kaki semakin lambat begitu mendekati bilik wad.

Perlahan aku membuka pintu, termangu sebentar kerana ragu. Aku lihat Adam sedang nyenyak. Tiada sesiapa yang menemaninya.

Dia Ezra, bukan Adam. Tiada rambut panjang dan jambang di wajahnya.

Dia tampak seperti tidak cedera parah. Terdapat kesan lebam pada tangan dan sedikit calar di pipi. Atau mungkin ada luka dalam? Nafasnya sangat teratur, sehelai rambutnya jatuh di kening. Aku semakin mendekat, tiada kuasa menahan perasaan yang bergelonjak.

Kenapa kau mendekatiku sebagai Adam? Apa sebab aku terus menolak kau? Kenapa kau perlu menipuku, Ezra?

Air mata kembali menitis. Ah, aku sangat bencikan perasaan ini. Aku jatuh hati pada Adam, bukan Ezra. Tapi, ada yang menarikku semakin dekat. Sehingga jari tanganku menyentuh lengan atasnya. Aku sangat ingin memeluk tubuh yang sedang berbaring itu.

"Maaf, saya nak check bp."

Seorang jururawat mengagetkan aku, aku segera mundur beberapa langkah.

"Patient ni okay ke, nurse?" Tanyaku dengan suara yang perlahan.

"Tak ada yang perlu dirisaukan, Puan. Bahu dia terseliuh, tapi tak teruk pun." Jawab jururawat dengan suara yang kuat, setelah selesai dia berjalan keluar dari wad itu.

Semoga Ezra tidak terbangun dari tidurnya dan melihatku disini.

"Oh, syukurlah..." lirihku perlahan.

Aku kembali mendekati katil. Kedua sudut bibirku tersenyum. Tidak ada yang perlu dikhuatiri lagi.

"Aku minta maaf, Hazel..."

Mata itu terbuka, aku tidak bersuara, tertangkap basah sedang merenung wajahnya.

"Aku dah tipu kau, aku buat semua tu sebab aku nak selalu dekat dengan kau."

"Kita bincang pasal ni lepas kau sihat nanti, A-aku balik dulu."

"Tunggu..."

Aku tidak memperdulikan Ezra. Berjalan cepat keluar dari situ. Berlari. Ketika menatap manik matanya, ada yang menyergap perasaanku. Mata hitam kelam itu sudah hilang.

HAZEL ELIANA (COMPLETE)Where stories live. Discover now