AKU menyumbat pakaianku ke dalam beg, tidak lupa juga perjanjian pembelian tanah rumah. Sudah aku putuskan untuk pergi meninggalkan kampung dan rumah yang penuh kenangan ini. Bukan aku menyerah, hanya aku mahu menjaga kewarasan. Semua jiran sudah menjadi satu rutin bagi mereka mengejiku, tiada satu pun warung yang mengizinkan aku masuk. Selama dua hari aku tinggal disini, rumahku selalu menjadi tempat lemparan telur busuk. Bahkan, pagi tadi kotoran manusia dioleskan pada tiang rumah.
Esok baru aku pergi, hari ini aku hendak ke pusara ibu dan ayahku, lantas membeli tiket bas.
Selesai menaruh pakaian, aku keluar dari bilik. Meratapi tiap sudut rumah yang sudah bertahun-tahun aku tumpang berteduh. Mataku terpaku pada skrin televisyen yang sedang menyala. Ada rancangan yang melibatkan Ezra sedang merasmikan sebuah kedai.
Hati ini tiba-tiba bergelenyar pelik saat melihat lelaki itu sedang tersenyum. Para wartawan yang menemu ramah beliau menanyakan keadaan papanya yang sedang dirawat di sebuah hospital yang berada di Australia.
Aku pun teringat ucapan Hakim, bahawa Ezra akan tinggal lama untuk menemani papanya. Tapi, pada kenyataannya Ezra sudah pulang. Apakah Hakim menipuku?
"Ah, sudahlah..." aku menghela nafas, tidak perlu memikirkan yang sudah berlalu. Aku terus mematikan televisyen.
Melihat kalendar yang ada di atas televisyen, aku bergeming pada lingkaran berwarna merah di tanggal. Fikiranku dijajah dengan pertanyaan. Sepatutnya seminggu yang lalu aku sudah didatangi tetamu bulananku. Mungkin aku terlalu penat dan berusaha menepis semua fikiran negatif yang sudah mula menerjah fikiran.
Bergegas aku menyambar beg tanganku, dengan hoodie untuk menutup kepalaku, berjalan ke arah pinggiran kampung. Melintasi kebun jagung, mendung membuat jalan terbingkai sedikit gelap.
Suasana terasa sendu saat kaki aku mula melangkah memasuki kawasan pemakaman. Aku duduk bersimpuh di depan dua pusara. Meletakkan segenggam bunga yang kupetik di halaman rumah.
"Ibu, ayah..." aku memejamkan mata. "Hazel mintak diri. Hazel kena pergi untuk sementara waktu. Satu hari nanti Hazel pasti akan balik semula. Hazel nak bersihkan nama..." aku tergagap.
"Dan, membuat perhitungan dengan keluarga Noah, mereka kena bayar semula tiap luka, air mata dan darah..."
Dadaku terasa sesak, air mata sudah tidak mampu aku bendung lagi. Sakit sungguh, menangis menjadi pelepas nyeri yang tidak berkesudahan.
"Hazel janji akan balik semula," lirihku seraya bangkit dari dudukku. Memandangi sayu dua pusara yang akan aku rindui untuk kali terakhir.
Aku akan kembali.
DARI agen bas, aku menuju ke ATM. Jumlah tabunganku sudah tidak mencapai lima ratus ringgit, setidaknya boleh untuk bertahan hidup sampai aku mendapatkan kerja baru. Keluar dari ATM, aku melihat farmasi di seberang jalan.
Jemari tanganku menggenggam erat tali beg yang bersilang di tubuhku, ingin sekali aku melenyapkan rasa curiga yang melingkar di kepala. Akhirnya aku menyeberangi jalan, masuk ke farmasi. Dengan ragu dan malu, aku membeli dua alat pemeriksaan kehamilan.
Sambil melangkah keluar farmasi aku menyimpan alat itu di dalam beg. Menarik nafas gelisah. Semoga tidak ada apa-apa yang berlaku padaku.
Di dalam pengangkutan awam, perasaanku menjadi semakin tidak menentu. Tepat didepanku, duduk seorang perempuan yang sedang hamil tua, bersandar manja pada suaminya. Dari perbualan yang sempat kudengar, mereka membicarakan nama dan semua keperluan bayi.
Aku memandang ke luar jendela, pada sawah yang terhampar hijau. Cuba mengusir rasa panik yang timbul.
"Wah, baru balik kerja ya, Hazel?" Tanya Mak Ilah saat kami bertembung di jalan kampung. "Tengah hari macam ni, boleh main juga eh..."
"Dasar tak tahu malu!" Tambah Mak Siti.
"Eh, kalau main waktu tengah hari mungkin penuh berghairah, kut. Siti, cuba la guna cara ni dengan suami kau," aku tersenyum kecil, mendapati wajah dua perempuan separuh baya di depanku berubah kecut.
"Wuu, kau ni memang dasar perempuan murah!" Geram Mak Siti.
Aku melanjutkan lagi langkah, tidak henti-henti para tetangga menghujatku. Tidak boleh menyalahkan mereka yang sudah termakan dengan hasutan tidak betul tentang aku. Aku memang murahan dan menjijikkan, tapi itu bukan di atas keinginanku sendiri.
Sampai di rumah tepat pukul tiga siang. Aku merebahkan tubuhku ke atas tilam tidur. Tidak sabar menunggu hari esok. Tidak sabar menunggu siang berubah malam lalu pagi. Dan, selamat tinggal rumahku.
Aku hampir terlelap ketika suara ketukan pintu terdengar. Melihat Abang Imran, si tuan rumah, dan empat orang kampung di luar rumah, membuatku tergagap kaget.
"Ada apa ni, Abang Im?" Tanyaku.
"Boleh kami masuk?" Abang Imran berbalik tanya.
"Ya, silakan." Sebenarnya ada perasaan takut sedang menjalar.
"Begini, Hazel. Orang kampung sudah tidak boleh menerima dengan kehadiran kamu disini," ucap Abang Imran. "Mereka nak kamu pergi dari kampung ini, sebab apa yang sudah kamu buat boleh mempengaruhi anak gadis disini,"
Aku mengambil tiket bas dibilik, kemudian menunjukkan tiket itu pada mereka yang sedang duduk di ruang tamu.
"Esok pagi saya akan pergi dari kampung ni, saya dah beli tiket," ucapku. "Jadi, jangan risau. Sampah yang berbau ini akan pergi,"
"Entah tiket tu palsu," tuduh seorang dari mereka.
"Untuk apa saya nak memalsukan tiket bas? Konyolnya fikiran." Suaraku meninggi. "Tengok semua barang di sana, semuanya saya sudah siap,"
"Baiklah, Hazel. Kami percaya dengan kamu. Kami mintak diri dulu," Abang Imran keluar dan diikuti mereka.
Sementara Abang Imran berhenti di muka pintu rumah, dia berbalik tubuh. "Hazel, betul ke apa yang kamu katakan?"
"Ya, esok saya pergi," sahutku.
"Bukan itu, maksud abang yang kamu ceritakan pada Kak Rina, pasal Noah dengan Puan Nawra," abang Imran meralat.
"Oh, ya. Nampaknya Abang Im dah dengar apa yang Kak Rina ceritakan. Betul la tu. Saya dijual oleh Noah dan sekarang saya difitnah,"
Abang Imran mengangguk. "Keputusan pergi dari kampung ini sudah tepat, Hazel. Abang kenal dengan perangai Puan Nawra, dia takkan duduk diam selagi musuhnya tak tumbang,"
"Jadi, Abang Imran tahu?"
"Abang kenal ibu dan ayah kamu, abang kenal kamu dari kecil, abang percayakan kamu, Hazel. Berhati-hati, jaga diri kamu," Abang Imran tidak menjawab soalanku. "Abang balik dulu,"
Abang Imran yang sudah berjalan tiga langkah, tiba-tiba berbalik semula. "Abang doakan kamu bahagia di tempat baru, Hazel. Maaf Abang tak boleh tolong!"
Lelaki itu berjalan cepat meninggalkan kawasan rumah.
Aku menutup pintu. Seandainya aku tetap bertahan disini, itu sama saja dengan aku menggali kuburku sendiri.
Saat menyimpan semula tiket ke dalam beg, mata aku melihat ke arah bungkusan kecil yang berisi alat pemeriksaan kehamilan.
"Okay, let see..." aku berbicara sendiri sambil melangkah ke bilik mandi.
Biar tidak berfikir terus, aku perlu lakukannya. Aku mengeluarkan alat pemeriksaan kehamilan dari kotaknya. Dengan perasaan yang bercampur baur, aku membaca petunjuknya.
"Oh, ya Tuhan...." Lirihku perlahan.
Semoga firasatku salah, semoga hasilnya negatif. Semoga, semoga dan semoga.
Setelah menunggu hampir tiga puluh saat, aku juga belum berani melihat hasilnya seperti apa, mata ini masih terpejam rapat. Tengok sekarang atau tidak sama sekali. Detak jantung aku nyaris terhenti saat garis kedua muncul secara perlahan-lahan.
Positif!
Aku keluar dari bilik mandi dengan fikiran yang menyesakkan otak. Apa yang akan terjadi denganku? Apa yang perlu aku lakukan? Aku tak pernah terbayangkan bahawa aku akan hamil.
Dan, Ezra, bagaimana reaksinya kalau aku memberitahunya soal ini?
YOU ARE READING
HAZEL ELIANA (COMPLETE)
Short StoryShort story yang mengisahkan Hazel Eliana seorang gadis polos yang telah dijual oleh suaminya tepat di malam pertama mereka kepada lelaki yang bernama Ezra Jayden. Hazel terpaksa melayani CEO syarikat itu selama sebulan. Saat dia sudah disahkan meng...