PUAN Nawra memegang daguku, wajah dengan lapisan mekap tebal itu tersenyum sinis. "Aku dapat untung besar sebab jual kau," bisiknya perlahan di telingaku.
"Kau gila!" Sumpahku.
"Ya, aku memang gila Hazel. See you in one month!" Puan Nawra masuk ke dalam kereta tanpa berpaling ke arahku lagi.
"Bawa Hazel ke bilik aku," Perintah Ezra tegas.
Kali ini aku tidak melawan, aku cuma menurut seperti anak kecil yang tidak punya tenaga. Sia-sia saja aku melawan dua lelaki yang bertubuh tegap ini dengan tenaga wanitaku.
Dengan kasar mereka menolak tubuhku masuk ke dalam bilik. Aku tersungkur di atas karpet, lalu pintu ditutup rapat. Bunyi dari langkah mereka semakin menjauh dari bilik.
Aku memukul dadaku sendiri, pedih yang sangat pedih. Aku menangis teresak-esak, kini hidup aku sudah musnah! Aku dijadikan pelepas nafsu binatang untuk lelaki kejam bernama Ezra. Impian untuk mempunyai pernikahan yang bahagia, suami yang setia dan penyayang, hanya tinggal sebatas impian. Tiada yang tersisa, yang tinggal hanya aku merasa ingin mati.
"Apa yang kau nangiskan sangat tu?" Ezra mencangkung di depanku.
Aku mengalihkan pandangan. Muak dan benci melihat wajah jijik lelaki itu.
"Pergilah mandi, tukar baju yang dah kotor tu." Ezra meletakkan baju dan seluar pendek di ribaku. "Pakai baju aku dulu, sebab kau kan tak ada baju. Oh ya, ini beg kau,"
Tidak ada sepatah kata yang keluar dari mulutku. Aku terus menyeka air mata yang terus menerus mengalir di pipi.
"Noah dengan ibu dia, mereka macam pemburu. Mereka suka memburu perempuan dara dalam kilang dan universiti. Tentu saja golongan kami tahu selok belok bisnes dunia hitam ini," Kata Ezra, dia berdiri menjauhiku.
Ekor mataku melihat dia sedang menyarungkan kot, kemudian dia merapikan rambutnya.
"Bahkan, mereka pernah tawarkan budak bawah umur..."
"Dan, kau salah satu binatang yang suka budak bawah umur!" Potong aku benci.
"Aku masih waras, aku tak suka berhubungan dengan budak kecil. Jadi, masa Noah tawarkan kau tiga hari lepas, aku terus terima." Terang Ezra dengan tenang.
Tenyata aku sudah disasarkan oleh Noah, aku terjebak dengan hal jijik ini kerana aku yang bodoh terpesona dengannya. Aku masuk perangkap lelaki itu.
"Nikmatilah bilik aku, Hazel. Sistem security di rumah ini sangat ketat. Kau takkan ada lubang untuk larikan diri." Ezra segera meninggalkan bilik.
Aku merebahkan diri di atas karpet. Aku benci dengan air mata yang terus mengalir tanpa henti. Aku benci dengan tubuh aku yang sudah kotor dan menjijikkan. Aku seperti seorang pelacur!
Pintu bilik terdengar seperti dibuka dari luar, mungkin Ezra yang masuk semula ke bilik. Tapi bukan, seorang lelaki yang berbadan sederhana dan berkulit putih membawa makanan bersamanya.
"Tuan Ezra suruh makan," katanya.
"Aku tak lapar," Tolakku.
"Baiklah, aku letakkan di sini saja," dulang yang berisi nasi goreng dengan segelas air teh diletakkan tepat di depanku.
"Boleh tak kau tolong aku?" Pintaku dengan penuh harapan.
"Tolong aku keluar dari rumah bos kau ni,"
"Maaf, aku tak boleh,"
"Aku mohon," aku menarik tubuhku menjadi duduk.
"Aku takkan mengkhianati majikan aku sendiri," sahutnya.
YOU ARE READING
HAZEL ELIANA (COMPLETE)
Short StoryShort story yang mengisahkan Hazel Eliana seorang gadis polos yang telah dijual oleh suaminya tepat di malam pertama mereka kepada lelaki yang bernama Ezra Jayden. Hazel terpaksa melayani CEO syarikat itu selama sebulan. Saat dia sudah disahkan meng...