"KALAU abang tak keluar tadi, mungkin kita dah siap perang dah," sungutku, mengerdipkan mata.
Ezra terlentang. "Abang nak tidur lah."
"Edeyn sorang-soranglah nanti." Protesku.
"Kalau kita tidur, nanti Edeyn akan tidur." Sahut Ezra, dia memiringkan tubuhnya. Mendakap Edeyn. Kedua kelopak matanya menutup perlahan.
Sebenarnya aku juga menahan gelegak yang parah. Evelyn menyarankan bulan madu, tapi aku tidak boleh meninggalkan Edeyn. Kami berdua tidak pernah terpisah sebelum ini.
Aku juga sudah larut dalam mimpi. Lambat laun suara denting jam dinding dan nafas mula pudar.
Tiba-tiba sentuhan hangat pada pipi dan leher menarikku dari lembah tidur. Melihat wajah Ezra yang begitu dekat. Dia kemudian menggendong tubuhku ke bilik sebelah. Merebahkan dengan perlahan di atas katil.
"Edeyn dah tidur dan abang dah letak dalam buaian," bisik Ezra. "Jadi, sampai mana kita tadi?"
"Abang lupa, tolong ingatkan abang semula..." Jemari tanganku mula menelusuri rambut Ezra. Memindai wajahnya yang mula di tumbuhi bulu-bulu halus pada rahang.
"I love you, sayang," ucap Ezra, lalu dia mengungkapkan cinta dengan sentuhan lembut yang membuat hati ini tidak keruan.
Aku terlena. Terbuai hangat. Kedua tangan memeluk tubuh Ezra begitu erat, membiarkan dia menyalurkan hasrat. Menerima gelora yang meninggi. Meluapkan kerinduan yang terpendam. Luruh sudah semua debar.
Diri ini terbangun saat matahari mula terbit. Ezra tidur tertungkup, tubuhnya hanya ditutupi selimut sampai pinggang. Memperlihatkan belakangnya yang lebar. Aku meraih kemeja tidur Ezra di lantai untuk menutupi tubuh, berjingkat perlahan ke bilik sebelah. Edeyn masih tidur.
Setelah mandi. Aku terus ke dapur yang luasnya sama dengan apartmen. Membuka peti sejuk. Ezra mengisi peti dengan sayuran, buah, telur, daging.
"Okay, jom buat omelette..." aku bicara sendiri. Mencampur telur dengan hirisan dadu tomato yang dibuang isinya.
Tidak lupa menyiapkan seteko kopi hitam untuk Ezra. Mulai pagi ini aku menjalani rutin baru, menyiapkan sarapan buat suami.
"Hmm... wanginya..."
Ezra muncul. Rambutnya masih basah dan sedikit serabai, dia mengenakan seluar jeans panjang dan t-shirt yang padan ditubuhnya. Dia terlihat, seksi...
"Sayang, abang ingat nak ajak sayang pergi satu tempat lah hari ni." Ezra duduk di kerusi makan.
"Pergi mana?" Aku bertanya.
"Jalan-jalan, pusing-pusing. Sebab kita kan tak jadi pergi honeymoon." Sahut Ezra.
"Oh, boleh jugak. Hazel naik kejap, tau. Nak mandikan Edeyn." Aku bergegas ke bilik Edeyn.
Tentu saja pagiku akan penuh dengan aktiviti menguruskan bapak serigala dan anak serigala.
"Sayang dah breakfast?" Tanya Ezra yang menyusul.
"Belum." Jawabku.
Ezra mendukung Edeyn yang baru selesai menyusu. "Sini, biar abang yang mandikan Edeyn. Sayang pergi breakfast."
Aku tak mengiyakan arahan Ezra. Lebih baik mengurus Edeyn dulu, baru sarapan pagi bersama Ezra.
"Saya tak percaya ke abang boleh uruskan Edeyn? Abang boleh, sayang, kecuali susukan," Ezra mengerling. "Dah, pergi breakfast dulu,"
Sisi perhatian Ezra sudah mula muncul, aku merasa kehangatan yang luar biasa.
KERETA Audi Rs7 itu meluncur dengan kelajuan yang sederhana. Bukan gaya Ezra memandu dengan sangat berhemah, biasanya dia memandu seperti tak ada hari esok. Agak melulu. Dia mengatakan dia sedang membawa dua nyawa yang sangat berharga dalam hidupnya. Aku dan Edeyn.
YOU ARE READING
HAZEL ELIANA (COMPLETE)
Short StoryShort story yang mengisahkan Hazel Eliana seorang gadis polos yang telah dijual oleh suaminya tepat di malam pertama mereka kepada lelaki yang bernama Ezra Jayden. Hazel terpaksa melayani CEO syarikat itu selama sebulan. Saat dia sudah disahkan meng...