POV Ezra...
AKU membuka pintu bercat coklat, seorang lelaki berbaring di tilam usang langsung bangun. Rambut dan jambangnya tumbuh dengan kusut. Tubuh yang dulunya berisi, berubah kurus. Dia berdiri dengan dua tangan yang diikat kemas, wajah tertunduk ke lantai.
"Aku akan bebaskan kau, lepas aku kahwin dengan Hazel, nanti." Ucapku. "Andai kata aku tak boleh dapatkan Hazel, jadi kau, aku akan biarkan kau mati membusuk kat sini."
"Saya cuma nak Tuan dapatkan perempuan yang setaraf dengan Tuan. Maafkan saya, Tuan."
"Kau tak ada hak nak tentukan hidup aku, Hakim. Aku percayakan kau tak bermakna kau boleh suka hati je masuk campur urusan hidup aku." Aku menepuk bahu Hakim. Langsung tidak yakin dengan alasannya. Tak boleh dipercayai. Ada orang yang mengupah Hakim, bahkan sampai aku siksa dia ditahap inipun dia masih mengunci mulutnya.
"Macam mana dengan anak bini saya? Mereka mesti cari saya. Tolong, bebaskan saya. Saya janji takkan ganggu Hazel lagi." Rayu Hakim.
"Keputusan aku muktamad, Hakim." Aku melangkah keluar dari ruang yang tak berjendela itu. Menapaki tangga, keluar dari ruang bawah tanah.
"Tuan Ezra." Felix, orang yang menggantikan Hakim berjalan dibelakangku. "Puan Eliya dan Cik Evelyn ada di ruang tamu. Mereka baru sampai."
Dua perempuan berbeza generasi, tapi wajah mereka hampir serupa, menoleh serentak saat aku melangkah masuk ke ruang tamu.
Aku mencium pipi mama, "Jarang mama nak datang rumah Ezra," ujarku kemudian. Selama ini kami memang jarang bersua. Kali terakhir kami bertemu dalam lima bulan lalu.
"Sorry sayang. Mama decided untuk stay Aussie. Mama akan muncul dalam teater." Jelas mama.
Dulu, masa muda Mama adalah berlakon. Kariernya terhenti saat dia berkahwin dengan Papa. Eliya Sulaiman menjadi Datin Eliya Jefran. Mama dilarang untuk kembali ke dunia seni lakonan menjadikan letupan kecil dalam rumah tangga mereka. Pada akhirnya berakhir dengan penceraian yang menyakitkan.
Keluarga besar Papa tidak menerima kehadiran seorang pelakon. Terutamanya Tokpa, bahkan sampai ke hari ini hubungan Mama dan Tokpa tidak baik.
"Eve pun akan pindah," Celah Evelyn. "Eve nak sambung karier Eve sebagai model dan berlakon. Pedulilah dekat Papa dengan Tokpa tu."
"Ya, have a best luck for you guys! Ezra akan pergi melawat korang kat sana bila ada masa nanti." Aku duduk di sebelah Mama.
Aku dan Evelyn mewarisi darah seni dari Mama. Aku sukakan Muzik dan Evelyn sama macam Mama.
"Bini muda Papa minta cerai. You knowlah, Papa tu kan dah tua, banyak sakit dah sekarang ni, and of course lah dah tak kuat macam dulu lagi." Evelyn tertawa.
Papa tidak pernah beruntung dalam masalah pasangan. Sedangkan Mama, dia seperti sudah menemukan kebahagiaannya. Aku akui, beliau terlihat lebih bahagia dengan suami barunya. Bebas. Tak tertekan.
"Ezra masih mengajar dekat kelas muzik dengan busking?" Tanya Mama mengambil secawan teh.
"Itu je satu-satunya cara Ezra lepaskan hasrat nak main muzik." Jawabku.
"Dan sudah pasti dengan samaran tu, kan, Adam Hazri?" Evelyn meninju perlahan bahuku. "Tahu tak, kau lebih handsome dengan jambang dan rambut palsu tu."
"Macam tu, eh?" Mungkin kerana itu juga Hazel jatuh hati pada Adam. Atau kenapa Adam itu bukan aku?
"Kau still kejar Ha... siapa nama dia tu?" Tanya Evelyn.
"Hazel Eliana." Sahutku, menghela nafas panjang. Setiap kali menyebut namanya ada yang membelenggu hatiku. Rasa tidak berdaya.
Mama dan Evelyn ingin bertemu Hazel, namun aku melarangnya. Buat masa ini.
YOU ARE READING
HAZEL ELIANA (COMPLETE)
Short StoryShort story yang mengisahkan Hazel Eliana seorang gadis polos yang telah dijual oleh suaminya tepat di malam pertama mereka kepada lelaki yang bernama Ezra Jayden. Hazel terpaksa melayani CEO syarikat itu selama sebulan. Saat dia sudah disahkan meng...