AKU menuang air suam ke dalam gelas, mengaduk-aduk susu perisa coklat dengan fikiran yang melayang pada Ezra. Semalam bertemu di hotel, pagi ini terjumpa di kawasan perumahan.
Aku duduk termangu, melihat bil elektrik, bil air dan barang keperluan rumah. Simpananku yang sedikit sudah habis. Nanti petang ada temujanji dengan bidan.
Ketukan pintu membuat lamunanku terhenti, aku mengelap sisa susu di sudut bibir dengan tisu. Kemudian membuka pintu.
"Kak Hazel, kawan saya nak be... tengok baju-baju yang Akak buat. Hehe, kalau berkenan baru beli. Gitu..." Alisya, jiran di hujung koridor datang dengan seorang temannya.
"Mari, mari masuk. Maaf rumah bersepah," aku mempersilakan mereka masuk.
Keduanya memilih-milih blaus yang ada di tempat gantungan. Kira-kira ada lima belas helai blaus. Keduanya berbisik-bisik entah apa.
"Kak Hazel, bagi diskaun, boleh? Kitorang nak beli dua, empat puluh lima, tau?" Tawar Alisya.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Sehelai blaus berharga dua puluh lima ringgit. "Ya, boleh lah. Ambillah."
Lumayanlah boleh buat tambah bil elektrik. Kedua gadis itu keluar apartmen dengan senang. Aku memutuskan membeli bahan kain untuk pesanan Cik Clara.
Setelah membeli bahan jahitanku, aku singgah di pasar. Membeli kacang tanah dan tepung beras. Pasar cukup lengang, beberapa khemah sudah tutup.
"Hei, Hazel!"
Aku menoleh, Hakim berdiri dengan rokok yang terselit di antara jarinya. Ketika aku hendak bergegas pergi, seorang lelaki bertubuh besar menghalangku.
"Kau nak apa, Hakim?" Aku tersudut ke arah khemah.
"Sepatutnya Noah bunuh je kau, kau ni cuma menyusahkan orang!" Hakim membuang puntung rokok.
Kening aku bertaut rapat. "Apa maksud kau menyusahkan orang?"
"Kau dah menyusahkan tuan aku, dia jatuh cinta dekat perempuan macam kau. Sampai nak kahwin dengan kau, bahkan dah siap beli cincin. Tapi, aku boleh gagalkan niat Tuan Ezra tu," Ungkap Hakim.
"Habistu kenapa kau masih nak ganggu aku?" Aku mundur satu langkah, musuh aku bukan cuma Noah dan Puan Nawra. Tapi, aku tak tahu apa motif Hakim sebenarnya. Hanya kerana Ezra jatuh cinta dekat aku?
Hakim menarik plastik, melempar ke lantai pasar yang lecak dan kotor. Kacang tanah berterabur. Tepung beras juga sudah berselerak. Ah, modal aku!
"Tuan Ezra berubah lepas kau pergi, dia murung, panas baran dan menolak semua perempuan berkelas cuma demi Hazel yang miskin," Ujar Hakim. "Matilah kau dengan anak haram kau ni, Hazel. Mati jelah!"
"Jadi, hanya sebab Ezra jatuh cinta dekat aku, kau nak aku mati?" Tanyaku, memastikan.
"Kau dah rosakkan rancangan Cik Evelyn yang nak jodohkan Tuan Ezra." Hakim semakin terpesong.
"Hakim, aku suruh kau cari alamat Hazel." Ezra tiba-tiba muncul membuatkan Hakim tergamam. "Aku bukan suruh kau menakut-nakutkan dia. Pergi Hazel. Cepat."
Aku segera berlari, meninggalkan lorong pasar yang sepi. Aku berhenti sejenak setelah tiba di luar kawasan pasar.
AKU memasang dua kancing besar pada baju mengandung berwarna pastel, mungkin dua hari lagi bajunya sudah boleh dikirimkan. Punggungku terasa kaku, aku memutuskan untuk berbaring sebentar. Saat kaki hendak menuju ke bilik, pintu rumah diketuk dari luar. Terpaksa aku memutar tubuh. Mungkin jiran.
"Ya?" Aku menguap panjang, mengusap-usap perut. Lalu, mata terbelalak melihat siapa yang datang. Kali terakhir melihatnya saat di pasar hampir seminggu yang lalu.
YOU ARE READING
HAZEL ELIANA (COMPLETE)
Short StoryShort story yang mengisahkan Hazel Eliana seorang gadis polos yang telah dijual oleh suaminya tepat di malam pertama mereka kepada lelaki yang bernama Ezra Jayden. Hazel terpaksa melayani CEO syarikat itu selama sebulan. Saat dia sudah disahkan meng...