11 : EDEYN HAZZAR

956 31 1
                                    

"TAK mungkin Hazel pemilik butik itu. Dia mana pernah belajar tinggi atau..." perkataan Puan Nawra berjeda. "Jurusan fesyen lagilah, dia tu cuma pekerja kilang."

"Ya, mama. Mana mungkin." Timpal Nisha bersungut-sungut. "Jomlah ma, kita pergi dari sini. Banyak lagi butik lain."

"Tak nak! Dah jauh-jauh datang, sejam kut perjalanan. Penat. Sebenarnya mama dengan Nisha ni ada masalah apa dengan owner butik ni?" Perempuan berambut lurus itu menolak.

"Kiera, kami..." Nisha kesulitan menjelaskan situasi yang pernah terjadi.

Aku menikmati kebingungan yang jelas terlihat di wajah Puan Nawra dan Nisha. Sementara Adam meletakkan sikunya di meja, menungkat dagunya dengan tangan, dia juga mengamati tiga orang perempuan di hadapan kami.

"Kiera tetap nak beli yang Miss Hazel buat," Kiera bertegas.

Aku hampir tertawa mendengar sebutan Miss.

"Noah takkan suka, Kiera. Suami kamu akan marah nanti." Ujar Puan Nawra, menghela nafas.

Oh, ternyata Kiera isteri Noah. Dia beruntung, bukan anak yatim piatu. Kalau tidak salah dia anak seorang pengusaha terkenal. Noah menemukan lombong emas tanpa perlu menggali tanah. Seandainya dia menghilang atau mati, pasti keluarganya tidak berdiam diri. Berbeza keadaan dengan diri aku dan isteri Noah yang pertama.

"Kenapa Noah nak kena marah pulak?" Kiera bertanya.

"Saya bekas isteri Noah," ucapku tanpa mengungkapkan fakta yang lain. Bahawa aku tertipu dan dijual. Cerita tu untuk lain masa saja. Pasti akan sangat menyenangkan.

Kiera ternganga. Sepertinya dia mencerna ucapanku tadi. "For me, it is not a big problem, yang lepas biarlah lepas." Katanya kemudian.

"Tak boleh macamtu, Kiera Syahila!" Sergah Puan Nawra.

"Biar nanti Kiera sendiri explain dekat Noah," Kiera melepaskan ikatan rambutnya. "Kiera tak nak ketinggalan trend, jenama E.LOVE sedang hit sekarang ni."

"Okay, apa yang boleh saya tolong?" Aku menarik nafas.

Kiera menyeret kerusi hingga cukup dekat denganku. "I nak baju dari kain brokat, boleh pakai masa event formal ataupun tak formal. Dress yang hanya dibuat untuk I sorang aje!"

Aku mengetuk-ngetuk pensil di meja. "Bahan macam tu boleh mencecah tiga ratus, enam ratus, atau boleh sampai seribu lima ratus per meter. Atau yang tiga puluh ringgit per meter. Atau seratus setengah per meter?"

Kiera tersentak. "Ofcourselah I nak yang seribu setengah tu!"

"Lah, kenapa pilih yang paling mahal?" Protes Nisha.

"Mama pun rasa yang tu mahal sangat, Kiera." Timpal Puan Nawra.

Aku menatap tajam Puan Nawra. "Puan dah tak jual barang-barang mahal lagi, ke? Saya dengar satu barang yang Puan jual atau sewakan boleh mencapai sampai puluhan juta? Setakat untuk seribu setengah per meter, saya rasa Puan lebih dari mampu beli kan?"

Wajah Puan Nawra merah padam. Dia menahan geram seperti kucing kecil.

"Memang mama jual barang apa?" Kiera memandang Puan Nawra. "Sejak jadi isteri Noah, mama tak ada kerja apa-apa pun,"

"Itu..." Kilat amarah tampak berkobar di mata Puan Nawra.

"Permata. Dulu, mama jual barang-barang kemas macam batu permata." Cepat-cepat Nisha menyampuk.

Aku tersenyum sinis. Barang yang mereka jual harganya tiada tandingan. Ada harga luka, sakit, perih, pilu dan air mata. Hati aku kembali merasakan pedih yang lama terkubur.

HAZEL ELIANA (COMPLETE)Where stories live. Discover now