ADAM dengan perlahan menurunkan tubuhku. Keringat membasahi kening. Nafasnya terdengar berat dan tercungap-cungap. Aku seakan telah menyeksa Adam, tapi aku tak menyuruhnya membantuku.
"Terima kasih, Adam."
"Sama-sama." Adam mengesat peluh dengan belakang tangannya.
"Saya ada beli roti bakar tadi," aku terdiam sejenak. "Masuklah, saya buatkan air untuk awak." Ajakku.
"Okay," Adam terlihat bersemangat.
Aku menolak pintu apartmen. Area yang bersih hanya disekitat sofa. Aku kebelakangan ini sering dilanda rasa malas yang melampau.
Adam memperhatikan tiap sudut apartmen yang penuh dengan kain. Dia duduk di sofa sambil bertanya, "kenapa tak berhenti hantar susu? Kenapa tak fokus dekat menjahit aje?"
Tanganku berhenti mengaduk air di dalam gelas. "Dari mana awak tahu saya hantar susu?"
"Err... saya pernah nampak awak hantar susu pagi-pagi." Jawab Adam.
Setelah meletakkan segelas teh ais dan sepiring roti bakar, aku pun duduk di hujung sofa. Meluruskan kaki dan meregangkan pinggang. Kemudian menjawab, "saya perlukan duit untuk bersalin nanti. Saya tak ada insurans, saya tak ada saudara, saya sendirian dalam dunia ni. Hidup ini keras, Adam. Hidup saya yang keras."
Adam meneguk teh ais sampai habis ke perut. "Saya ada info pasal pameran pasal KL FesyenFest dua hari. Macam mana, nak ikut tak? Boleh lah awak promotekan baju-baju yang awak buat ni,"
"Sewa tapak mesti mahal, kan Adam?" Aku menimang gelas di tangan.
"Kalau awak tertarik, saya boleh tolong awak. Enam puluh ringgit sehari bayar sewa tapak di pameran tu,"
Aku terdiam. Aku ada duit itu, tapi...
"Kalau nak jadi peniaga, jangan banyak berfikir. Kalau baju-baju yang tergantung tu laku semua, awak boleh balik modal. Dan, ada kemungkinan jenama awak ni dikenal orang." Ucap Adam, seperti orang yang tengah mengajarku.
"Kalau tak laku..."
"Rugi pun tak. Awak boleh belajar dari pengalaman, awak boleh intai peluanga lain, awak boleh tahu apa yang tengah trending. Saya daftarkan, tau?"
Masih saja aku bertimang. Satu tarikan nafas, lalu menyahut, "okay, tapi..."
"Tapi, apa?"
"Siapa yang nak tolong saya."
"Saya lah! Hari sabtu, saya cuti. Tak payah bayar, cukup bagi makan siang hehe..." Adam memainkan keningnya naik turun.
"Betul ni? Ikhlas ke nak tolong ni?" Aku menelengkan kepalaku.
"Iya, ikhlas lah ni."
AKU mengamati kedai yang tidak besar dengan cat biru muda. Pokok anggur bougenville di atas tingkap dan pintu kaca yang luas, menimbulkan coraj yang sangat feminin. Setelah mengikuti pameran dan setelah baju aku buat dipakai oleh Cik Clara. Aku menerima limpahan pesanan.
Betul kata Adam, promosi di pameran-pameran boleh membuat produkku dikenali banyak orang. Dan, aku perlu mencari tempat untuk kelangsungan perniagaan yang kulakukan. Butik sekaligus tempat untuk menjahitnya.
"Silakan tengok di dalam," Encik Faruq, pemilik kedai mengajak masuk.
"Jom, Hazel." Adam menarik perlahan lenganku.
"Dulu, kedai ini bekas butik. Sebab tu lah masih ada patung manekin, tempat pergantungan baju...." Jelas Encik Faruq. "Setahun empat ribu,"
Aku menelan liur. Bahkan baki simpananku tidak mencapai dua ribu. Itupun hasil penjualan baju di pameran, yang perlu aku putar lagi. Siapa suruh cari kedai?
YOU ARE READING
HAZEL ELIANA (COMPLETE)
Short StoryShort story yang mengisahkan Hazel Eliana seorang gadis polos yang telah dijual oleh suaminya tepat di malam pertama mereka kepada lelaki yang bernama Ezra Jayden. Hazel terpaksa melayani CEO syarikat itu selama sebulan. Saat dia sudah disahkan meng...