"TAKPELAH, Kau memang nampak dah mengantuk. Aku balik apartmen dulu. Goodnight, Cinta." Ezra melambaikan tangannya sebelum melangkah keluar dari apartmenku.
Aku menggigit kuisyen sofa. Setelah berbual berejam-jam, meluahkan semua isi hati yang terpendam, reaksinya hanya begitu? Sekurangnya berilah aku sedikit perhatian. Waktu dia menjadi Adam, dia sangat prihatin padaku. Manja macam kucing, sekarang sudah kembali menjadi serigala kutub utara.
Aku berjalan perlahan menuju ke bilik, mataku sudah berat menahan rasa mengantuk. Terus merebahkan diri di atas katil. Baru hendak memasuki alam mimpi, Edeyn menangis.
Sambil melayan kepala yang sudah pening, aku menyusui Edeyn. Setelah itu, Edeyn kembali tertidur di sebelahku, tidak punya daya untuk meletakkan Edeyn ke dalam buaian. Aku mencium lembut ubun-ubunnya, lantas melanjutkan mimpiku.
Bunyi getaran telefon menganggu telinga. Siapa yang menelefon pada waktu begini? Sumpah, aku perlukan rehat.
"Hmm..."
"Cik Hazel, kita ada masalah!" Pekik Hawa dari corong telefon.
"Masalah apa...?"
"Nelly, influencer TikTok tu, nak baju nikah dia sekarang."
Aku langsung tersedar, mataku terbuka luas. "Majlis akad dia empat hari lagi. Hari Isnin, kan?" Tanyaku, lantas bangkit dari baringan.
"Akad nikah dia dicepatkan ke hari Jumaat ni, pukul lapan malam. Dia bertegas nak ambik baju nikah dia sekarang, Cik Hazel." Jelas Hawa.
Aku memutarkan bola mata, kesal dengan sikap Nelly. Baju nikahnya sudah siap, dua hari lalu perempuan genit itu sudah datang untuk fitting, namun perlu membuatkan pengubahsuaian mengenai fitnya lagi.
"Kalau dia bertegas, bagi aje lah. Suruh dia datang Butik." Putusku. "Biar saya siapkan bahagian yang tengah baiki tu."
Aku tak mungkin menyuruh Raisya yang sedang hamil datang ke Butik malam-malam begini.
"Adik Nelly dah ada depan Butik kita, Cik Hazel..."
"Apa?!" Jeritku. Gila. Pukul dua pagi sudah ada di depan Butik.
"Sekarang ni, saya dah ada dekat lobi apartmen Cik Hazel. Tengah tunggu Cik Hazel. Kunci butik kan ada dengan Cik Hazel." Ujar Hawa. "Kita boleh gerak sekali."
Rupanya Hawa sudah bersedia untuk menjemputku. Sudah tentu dia langsung boleh pergi ke butik, dia tak punya anak. Mana mungkin aku membawa Edeyn ke butik waktu begini.
"Kejap lagi saya turun." Aku mematikan panggilan telefon. Menatap Edeyn yang terlelap dalam keadaan mengiring.
Aku memutuskan untuk meminta bantuan Ezra. Dia muncul dari balik pintu apartmennya setelah beberapa kali aku menekan loceng pintu. Ezra hanya mengenakan seluar pendek paras peha. Dadanya yang tegap membuatkan aku terpersona.
Pipinya menempel di pintu. "Rindu?"
"Aku ada emergency dekat Butik, boleh tolong jagakan Edeyn?"
"Malam-malam buta macam ni? Bahaya kan kalau keluar." Dia menegakkan tubuhnya.
"Hawa dah ada dekat bawah, kami gerak sekali. Sebelum pukul enam aku balik." Ucapku cepat.
"Okay." Ezra keluar dari apartmennya dan segera mengunci pintu.
"Baju? Kau tak pakai baju lagi tu."
Ezra mengabaikan ucapanku. Dia juga tidak memakai stokin di kakinya. Sampai di bilik, dia segera merebahkan diri di sebelah Edeyn. Mendakap tubuh kecil itu. Dia segera memejamkan matanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/350532869-288-k446091.jpg)
YOU ARE READING
HAZEL ELIANA (COMPLETE)
Short StoryShort story yang mengisahkan Hazel Eliana seorang gadis polos yang telah dijual oleh suaminya tepat di malam pertama mereka kepada lelaki yang bernama Ezra Jayden. Hazel terpaksa melayani CEO syarikat itu selama sebulan. Saat dia sudah disahkan meng...