"MAAF tau, Hawa, Lina. Korang terpaksa balik lambat hari ini." Ucapku. Dua hari lagi aku akan sertai satu event fashion show yang sangat besar. Untuk meningkatkan hasil penjualan dan merupakan media yang paling efektif bagi jenamaku. Jadi, aku memerlukan persiapan yang sangat sempurna.
"Lina mintak diri dulu tau, Hawa." Lina keluar butik sementara Hawa masih mengemas meja kerjanya.
Aku kemudian menanyakan keadaan Edeyn melalui panggilan video, yang sedang berada di dalam asuhan Kak Ani. Seorang perempuan yang mengasuh Edeyn saat aku bekerja pada siang hari. Kadang aku membawa Edeyn ke butik. Anak kecil yang baru berusia dua bulan itu selalu membuat hati aku berbunga-bunga.
"Edeyn tengah tidur, Hazel." Kak Ani memberitahu. Dia mengarahkan telefon ke arah buaian bayi yang sedang bergerak menggunakan alat elektronik automatik. Edeyn tampak sangat lena dibuai mimpi.
"Okay, Kak Ani." Aku menutup panggilan video.
"Encik Adam datang, Cik Hazel," ujar Hawa.
Aku mendongak, dari kaca jendela butik aku melihat Adam turun dari teksi. Dia menyandang beg gitar pada bahu. Memakai kemeja biru muda dan seluar jeans yang sedikit gelap warnanya. Seperti biasa, jika tidak bekerja, penampilan Adam jauh dari perkataan rapi. Kali ini rambutnya diikat separuh, jam tangan dan dua gelang yang berwarna hitam ditangan kanannya.
"Encik Adam tu handsome jugak, kan? Tapi, kadang tu dia tak boleh nak tutup mulut dia." Hawa kemudian menutup mulutnya. "Maaf, Cik Hazel."
"Sudah, tak perlu minta maaf." Aku tersenyum. Mungkin Adam perlu merapikan sedikit giginya.
"Saya balik dulu, Kak Hazel," pamit Hawa. Berlari kecil keluar butik, dia sempat bersapa dengan Adam di pintu masuk.
"Awak bawak gitar ni, nak pergi mana?" Tanyaku sambil menutup laptop.
"Busking," jawab Adam singkat.
Dahiku berkerut. "Busking?"
Adam melihat jam di tangannya. "Dalam sejam lagi dekat kafe, nak ikut tak?"
"Sejak bila awak busking dekat kafe?"
"Dah lama, tiap weekend. Saje, hobi."
"Saya tak boleh ikut, maaf. Edeyn dah tunggu." Aku menolak ajakan Adam. Sekarang hampir pukul enam petang.
"Hm, I think Edeyn takkan keberatan. Jomlah, Hazel, saya tak pernah tengok awak happy-happy. Asyik rumah butik, rumah butik." Komen Adam. "Okay, saya janji kita akan balik sebelum pukul sembilan."
Aku berfikir. Aku memang tidak pernah bersantai dalam hidupku, bahkan sekadar jalan di mall. Lebih suka membeli barang melalui kedai online saja.
"Hm okay, baiklah. Saya nak bagitahu Kak Ani dulu. Dan, dah tentu saya kena bayar upah lebih dekat dia." Aku mencapai beg di atas meja.
AKU duduk di dekat jendela yang mengadap ke pentas kecil. Melihat Adam bernyanyi. Lagu yang di nyanyikan, semuanya lagu inggeris. Tiba-tiba ada seorang gadis naik ke atas pentas, memeluk dan mencium pipi Adam. Lalu berteriak 'YEAYY!'. Dia kembali ke mejanya disambut teman-temannya dengan ketawa.
"Dia ada ramai peminat tau," seorang lelaki dengan apron warna maroon duduk di kerusi sebelah. Namanya Danial, pemilik kafe ini. Tadi Adam sempat memperkenalkan kami.
"Nampaknya macam tu lah," aku menyedut jus oren di dalam gelas.
"Selama setahun Adam busking kat sini, ini baru kali pertama saya tengok dia bawak perempuan. Mesti awak ni special kan?" Ujar Danial, memeluk tubuhnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/350532869-288-k446091.jpg)
YOU ARE READING
HAZEL ELIANA (COMPLETE)
KurzgeschichtenShort story yang mengisahkan Hazel Eliana seorang gadis polos yang telah dijual oleh suaminya tepat di malam pertama mereka kepada lelaki yang bernama Ezra Jayden. Hazel terpaksa melayani CEO syarikat itu selama sebulan. Saat dia sudah disahkan meng...