PAGI hari, aku mengetuk pintu apartmen Adam. Dua puluh minit sudah berlalu, dia masih tidak muncul. Telefonnya juga sudah tidak aktif sejak subuh tadi.
Keningku menempel dipintu. "Adam..." aku mengetuk perlahan. "Jangan berguraulah, Adam!"
"Hazel, rasanya Adam tak balik lagi." Ujar Kak Iraa, jiran yang bertentangan dengan apartmen Adam. "Cuba tengok motor dia dekat parking bawah." Perempuan itu meneruskan langkah kakinya.
Seumur hidup aku belum pernah segelisah ini. Jantung aku berdegup rasa tidak berdaya. Aku menarik nafas panjang, lalu menghembuskan perlahan. Belum sehari Adam hilang tanpa khabar. Aku perlu tenang.
Aku berlalu dari depan pintu apartmen Adam.
"Ecehhh, ada yang dinner romantik lah malam tadi..." Ejek Alisya.
Aku berbalik badan. Gadis itu sudah rapi dengan kemeja berwarna merah dan seluar slack hitam. "Maksudnya? Dinner? Lisya dengan Hafiz, anak tauke kedai runcit tu ke?"
"Eleh, Kak Hazel dengan Abang Adam kan yang dinner semalam. Aih, dah couple, ya..."
"Kami tak dinner pun. Dari semalam akak tak jumpa dia. Akak ketuk pintu rumah dia pun tak ada orang." Sahutku.
"Takkanlah. Sebab semalam Lisya jumpa Abang Adam dekat kedai mie. Dia beli dua mie soto. Abang Adam cakap, Kak Hazel tengah merajuk. Dia beli bunga ros jugak tau. Romantik gila! Ada cium-cium tak semalam, kak?" Mata Alisya berkerdip-kerdip.
"Lisya jumpa Adam pukul berapa?"
Alisya terdiam sejenak. "Dalam pukul tujuh lebih macamtu, tak sure sangatlah."
"Oh," Jadi Adam memang sudah dalam perjalanan pulang ke apartmen. Tapi, dia tak datang ke rumahku. Dia juga tak kelihatan sampai pagi ini.
"Kak Hazel takyahlah sorok-sorok adegan sweet-sweet tu. Dahlah, Lisya nak pergi kerja dah ni, bye Kak Hazel."
Aku tidak menyahut, membiarkan gadis itu menghilang ditelan lif.
Jangan fikir negatif, Hazel. Mungkin Adam ada hal kecemasan. Dia pasti okay.
Aku masuk ke apartmen. Edeyn masih tidur. Semalam tidurnya terusan diganggu, dia sering bangun dan menangis tanpa henti. Aku termangu di depan dapur yang menyala. Suara air mula mendesis. Ingin sekali minum kopi supaya boleh mengendurkan urat saraf yang tegang. Tapi, aku sedang menyusu. Aku putuskan membuat segelas coklat panas. Kemudian duduk di sofa sambil menikmati acara televisyen.
Kak Ani muncul dari balik pintu. Dia memang sudah aku percaya untuk memegang kunci duplikat apartmen.
"Morning, Kak Ani."
"Pagi, Hazel," balasnya. "Tadi Kak Ani masak nasi goreng dengan sayur sawi. Ni untuk Hazel."
Aku melihat sekilas Kak Ani yang meletakkan bekas di atas meja.
"Kamu dah sarapan?"
"Tak ada selera lah, kak."
"Ibu menyusu kena banyak makan yang berkhasiat."
"Hazel tahu, Kak Ani." Ujarku. Lalu menghirup aroma coklat panas. Sementara fikiranku masih berkutat pada Adam.
PEJABAT majalah milik Farhan bertemakan moden. Tiada satupun meja ruang yang menyekat para staf. Jendela-jendela kaca besar yang memberi kecerahan sebenar. Warna-warna cerah yang mendominasikan perabot. Pembantu peribadi Han mempersilakan aku masuk ke ruang kerja. Lelaki itu menyambutku dengan senyuman lebar.
"First of all, saya nak minta maaf sebab ganggu masa awak. Silakan duduk, Hazel."
Aku duduk tepat berhadapan dengan Farhan. Kali terakhir aku bertemu dengannya di rumah Cik Clara.
YOU ARE READING
HAZEL ELIANA (COMPLETE)
Short StoryShort story yang mengisahkan Hazel Eliana seorang gadis polos yang telah dijual oleh suaminya tepat di malam pertama mereka kepada lelaki yang bernama Ezra Jayden. Hazel terpaksa melayani CEO syarikat itu selama sebulan. Saat dia sudah disahkan meng...