16 : KEGELISAHAN

736 27 2
                                    

LYDIA Rylee. Gadis yang sangat manis itu, melihat diri di depan cermin besar. Berputar beberapa kali. Ini adalah kali pertama aku membuat baju untuk majlis bertunang.

"Ah, i love it! Terima kasih Cik Hazel." Ucapnya. "Perfect!"

Gaun modern biru muda dengan sulaman bunga berwarna perak sangat sesuai dengan warna kulit Lydia yang putih. Mata ini berpindah pada jam tangan. Aku ada sesi bergambar dengan majalah Jelita.

Dari semalam aku tidak melihat Adam. Mungkin dia masih tidur. Padahal petang nanti dia berjanji akan menemani aku melepaskan Nisha. Kenapa aku jadi bergantung padanya? Kalau dia tak boleh, aku boleh uruskan Nisha sendiri.

"Hawa, saya nak pergi sekarang. Tolong handle butik untuk saya, ya?" Ucapku.

"Okay, Cik Hazel." Sahut Hawa.

"Hai, Kak Hazelku sayang!" Alisya masuk ke dalam butik dengan sapaan yang menurutku malas sekali hendak melayan.

"Hilang dari rumah ke?" Tanyaku, bercanda.

"Lisya datang ni, nak claim upah," katanya dengan penuh muslihat, seperti biasa. "Masa Lisya teman Akak bersalin haritu, Akak janji nak bagi baju dari butik ni."

"Oh, itu." Aku tak berjanji, tapi dia yang minta. "Pilihlah, akak nak keluar ni. Satu je..."

Alisya tersengih. Dia mula memilih baju yang tergantung. Saat aku keluar dari butik, Adam sudah duduk di atas motor.

"Saya hantar."

"Pergi mana?"

"Kan awak ada shooting harini?"

Aku mengerutkan kening. Sejak bila aku memberitahu Adam pasal shooting tu? Atau aku yang lupa? Terlewat dari jejak memoriku. Aku menerima helmet yang dihulurkan Adam.

Hari ini ada yang berbeza. Perfume yang Adam pakai sama dengan milik Ezra. Sepanjang perjalanan ada yang bermain di otakku. Aku sedar, ada beberapa ciri yang sama antara mereka berdua. Tinggi, kening, dan suara juga hampir sama. Sikap mereka berbeza, Adam lebih banyak tersenyum dan lucu, sedangkan Ezra, dingin dan sangat serius.

Di bahu Ezra ada tanda lahir kecil yang berbentuk seakan petir. Apa perlu aku memeriksa bahu Adam? Dan, orang yang membantu Adam untuk menolongku, dia belum mahu memberitahuku. Kenapa aku berfikir kalau Adam dan Ezra adalah orang yang sama? Atau mereka ni bersaudara?

Semalam, aku melihat cara Ezra menggendong Edeyn sama dengan cara Adam. Edeyn sangat selesa dipangkuan Ezra, padahal itu baru pertama kali dia menyentuh Edeyn.


ADAM setia menunggu selama empat jam sesi bergambar itu. Dari aku dimekapkan, memilih pakaian, sampailah melihat beberapa hasil tangkapan dari si fotografer. Rupanya tidak mudah untuk menjadi seorang model, penggaya busana sering kesal. Dan aku hanya boleh tersengih kuda seperti anak kecil.

"Penat?" Tanya Adam.

"Boleh lah... tapi, kita kena lepaskan Nisha."

"Status Noah masih ada, dia sekarang tengah ada masalah dengan keluarga mertua dia." Ungkap Adam.

Aku meneguk air putih sampai habis. "Awak tahu dari mana? Awak ni semua tahulah, Adam."

Adam menyengetkan kepalanya, memandang aku dengan tatapan yang serius. "Dari mana saya tahu? Bukannya penting pun."

"Tapi, penting bagi saya." Aku bermain dengan botol mineral yang sudah kosong. "Siapa sebenarnya awak ni, Adam?"

"Kenapa, Hazel? Kenapa awak tanya macam tu?"

"Haih, dah, lupakan. Saya penat kut." Sahutku lantas berdiri dari kerusi. "Jom, kita pergi sebelum gelap. Atau awak tak nak? Saya boleh pergi sendiri."

Adam tersenyum. "Sape kata saya tak nak ikut?"

HAZEL ELIANA (COMPLETE)Where stories live. Discover now