NISHA tampak sangat tenang sejak kejadian tiga hari lalu. Aku tidak tahu apakah kebakaran itu mempengaruhinya atau tidak. Setelah memesan kopi, Nisha keluar dari kafe.
"Selamat tengah hari, Cik Hazel." Seorang perempuan berambut pendek menyapaku. Dia duduk di kerusi sebelah. "Saya Husna, dari majalah Jelita. Gembira jumpa dengan Cik Hazel."
Husna mengeluarkan buku kecil, pen, dan alat perakam. Sebuah kamera dia letakkan di atas meja.
"Nak order coffee dulu?" Tawarku.
"Boleh, Cik. Cappuccino." Sahut Husna.
"Saya nak black coffee less sugar."
Aku dan Husna sama-sama berpaling ke arah suara itu.
"Encik Farhan, silakan duduk. Cik Hazel, ini Encik Farhan, dia pemilik majalah Jelita kita. Encik Farhan nak join interview kita harini," jelas Husna.
Han duduk di samping Husna. Melepas kaca mata hitamnya. "We meet again, Hazel."
Aku tersenyum nipis. "Ya." Hanya itu yang keluar dari mulutku.
"Shooting next week," ucap Han. "Macam mana? Sebab awak seorang wanita yang cantik dan sangat memberi inspirasi."
"Saya setuju," Tiada peluang kedua untuk tertampal di muka hadapan majalah yang terkenal kan?
Han memesan kopi. Husna pula bersiap untuk menemu ramahku. Saat sedang ditemu ramah, Husna sesekali mengambil gambarku.
"Cik Hazel dah ada anak?" Tanya Husna.
"Iya, dah berusia dua bulan lebih." Jawabku mesra. "Maaf, untuk soalan privasi yang lain, saya tak nak jawab."
"Okay, Cik Hazel."
Aku memandang sekilas ke arah Han. Baru kali ini aku melihat pemilik majalah turut turun padang menemu ramah orang. Dia sedang menikmati kopinya.
Temu ramah hanya berkaitan dengan dunia fesyen yang aku usahakan dari kosong. Husna seorang yang sangat serius. Langsung tiada canda dalam sesi temu ramah. Aku fikir ini akan berjalan dengan sangat cepat.
"Dah siap, Encik Han. Saya balik ke pejabat dulu." Husna memasukkan semua alatannya ke dalam beg. Menyandang beg itu dibahunya. Perempuan itu langsung tidak menyentuh kopinya. Dia meninggalkan kafe.
Aku juga turut meraih beg ku. "Saya pun nak minta diri dulu, Encik Han."
"Masa shooting awak nanti, saya update." Ucapnya.
"Alright, terima kasih."
"Jap, kenapa awak formal sangat ni?" Soal Han.
"Wah, ada yang tengah test market rupanya." Ezra sudah berdiri disamping meja.
"Hazel ni perempuan yang berbeza dengan yang lain. Dan, kau, dah lama tak dengar kau main perempuan. Dah tak laku ke sekarang?" Han menghabiskan kopinya.
"Huh, tu sebab aku dah jumpa cinta aku." Jawab Ezra, menatap tajam ke arahku.
"Ah, i see... tu sebablah kau tak datang fashion show semalam? Biasanya kau orang pertama yang akan muncul, try model-model seksi untuk diajak tidur." Ada nada memerli dalam ucapan Han.
"Ada yang tarik diri aku dari terus terjerumus dalam dunia hitam tu." Lagi-lagi Ezra menatap ke arahku.
"Heh, okaylah Hazel. Saya pun dah nak balik ke pejabat. Be carefull, kawan saya ni playboy bertaraf dunia. Gold medal!" Han bangun dari kerusi, menepuk bahu Ezra.
"Nampaknya Farhan sukakan kau." Ucap Ezra.
"Sesiapa pun boleh sukakan aku." Balasku, melangkah keluar dari kafe.
YOU ARE READING
HAZEL ELIANA (COMPLETE)
Short StoryShort story yang mengisahkan Hazel Eliana seorang gadis polos yang telah dijual oleh suaminya tepat di malam pertama mereka kepada lelaki yang bernama Ezra Jayden. Hazel terpaksa melayani CEO syarikat itu selama sebulan. Saat dia sudah disahkan meng...