TAWA Ezra memudar, dia melangkah semakin dekat. "Kau cakap apa tadi, Hazel?"
Aku menunduk malu. "Tak dengar, eh?"
Ezra mendekat selangkah lagi. Aku mendongak, dia sudah tersenyum nakal. "Cinta apa tadi?" Tanyanya.
Bibirku tertutup rapat. Jantungku berdebar-debar. Ezra menarik tubuhku ke dalam pelukannya. Sementara aku, membeku. Kehangatan yang menjalar membuatkan jantung aku semakin kencang.
"Terima kasih, Hazel," bisik Ezra. "Aku akan jaga cinta kau sampai bila-bila."
Dengan perlahan tanganku mula melingkar di pinggang Ezra. Membenamkan kepala di dadanya. Awal pertemuan kami tidak begitu menyenangkan. Dia buat aku menderita dan tersakiti, tapi dia juga yang sangat mencintaiku dengan cara dia menunjukkan ketulusan dan kegigihannya dalam merubah sikapnya.
"Kalau aku boleh putar balik waktu, aku takkan buat kau..." Ucapan Ezra terhenti, dia menarik nafas dalam. "Aku takkan buat kau sakit, Hazel."
Aku meleraikan pelukan, merenung wajah Ezra. Dia menitiskan air mata. Dengan cepat dia menyeka air mata itu dengan jarinya. Hatinya begitu rapuh, sangat berbeza dengan sikapnya yang dingin.
Jemariku mengusap lembut pipinya. "Tinggalkan semuanya, Ezra. Aku nak mulakan semuanya semula dengan kau. Mulai malam ini."
"Terima kasih, Hazel." Sahut Ezra. "Kita nak pergi mana?"
"Balik apartmen."
Aku perlu membiasakan diri dengan sikap Ezra yang terkadang acuh tak acuh. Dia melangkah masuk ke dalam kereta tanpa membukakan pintu untukku. Sedarlah, Hazel Eliana. Ini bukan drama dalam televisyen.
Saat hendak melangkah masuk ke dalam kereta, mataku menangkap sosok Farhan dari kejauhan. Tak pasti sudah berapa lama dia berdiri di balkoni rumah itu, mengawasi aku dan Ezra? Seseorang yang selalu terlihat ramah, sekarang bak raja api. Seolah ada kobaran api panas sedang marak di tubuhnya itu.
"Hazel?" Tegur Ezra.
Aku terus masuk ke dalam kereta. Hubungan antara aku dan Ezra sudah diketahui oleh orang-orang yang hadir di majlis malam ini, termasuklah Cik Clara. Dia pernah bertanyakan siapa ayah kandung Edeyn, tapi aku tetap mengunci mulutku.
Aku memasang tali pinggang keledar. Menghembuskan nafas dengan perlahan. Aku harap tiada lagi halangan.
"Ni, hadiah dari Mama untuk Edeyn." Ezra menyerahkan sebuah beg kertas, lalu menghidupkan enjin kereta. "Nasib baik tak hilang masa accident haritu."
Tanganku menyelongkar ke dalam beg kertas itu, ada baju panas yang dikait, sangat kemas. "Mama tahu pasal Edeyn?"
Ezra mengangguk. "Sebenarnya Mama nak sangat jumpa kau, tapi aku selalu larang. Sebab, aku tak nak dia masuk campur dalam usaha aku kejar cinta kau."
Aku ketawa kecil.
"Kalau dia jumpa kau, dah sah-sah dia akan pujuk kau. Dah macam aku mintak tolong dia pulak. Baju tu, Mama kait sendiri tau." Terang Ezra kemudian.
"Cantik sangat." Ujarku. "Terima kasih."
"Nanti cakap sendiri dekat dia masa jumpa dengan dia. Dia sekarang dekat Aussie." Ezra melihatku sekilas.
Macam manakah ibunya Ezra? Aku harap dia seorang yang ramah dan baik. Baju panas inipun dikaitnya sendiri.
"Pasal Tokpa pulak... kau tak payah risau, Hazel." Ucap Ezra yang fokus pada pemanduannya.
"Atuk kau tak suka aku, jelas sangat." Aku memasukkan kembali baju itu ke dalam beg kertas.
"Tak ada yang boleh halang kita. Apa pun jadi, aku takkan menyerah." Tegas Ezra.
YOU ARE READING
HAZEL ELIANA (COMPLETE)
Short StoryShort story yang mengisahkan Hazel Eliana seorang gadis polos yang telah dijual oleh suaminya tepat di malam pertama mereka kepada lelaki yang bernama Ezra Jayden. Hazel terpaksa melayani CEO syarikat itu selama sebulan. Saat dia sudah disahkan meng...