"JOM breakfast, Hazel." Ajak Kak Rina saat aku keluar dari bilik, perempuan yang memakai sweater oversize itu menaruh nasi goreng ke atas pinggan.
Sementara Abang Imran mengisi perut peti sejuk dengan sayuran dan telur.
"Sekejap lagi kami sudah nak balik, Hazel." Ucap Kak Rina. "Tadi lepas subuh Abang Imran sempat pergi beli barang dapur di pasar. Boleh lah tiga hari kedepan buat kamu makan."
"Terima kasih untuk semua itu," aku menarik kerusi. "Maaf Hazel susahkan Kak Rina dengan Abang Im,"
"Hazel..." Kak Rina duduk di sebelahku. "Betul ke kamu mengandung?" Tanyanya dengan berhati-hati.
Aku mengangguk. "Ya, Kak."
"Kamu tak muntah ataupun pening?"
"Tak, Kak."
Tangan Kak Rina tiba-tiba mengusap perutku. "Haih, anak hebat! Langsung tak menyusahkan mama dia, kan? Baguslah, sebab mama awak dah banyak menderita."
Mataku tiba-tiba merasa hangat, aku tidak pening, mual apatah lagi muntah. Benarkah si bayi ini mengerti yang aku sedang mengalami hal terburuk dalam duniaku?
"Hazel, tolong jaga baik-baik anak ini. Jangan lupa periksa dekat klinik atau bidan yang terdekat." Pesan Kak Rina. "Kamu tak berfikir untuk menggugurkan kandungan ini kan?"
"Akak, dosa saya dah banyak. Saya tak nak tambah dosa lagi." Aku menghela nafas panjang.
"Hazel, ini ada sedikit rezeki dari kami." Abang Imran menghulurkan sampul putih padaku.
Sudah dapat ku agak apa isi dalam sampul itu, "Abang Im, tak payahlah..."
"Terima Hazel, gunalah sampai kamu dapat kerja baru," Ujar Abang Imran.
"Terima kasih, terima kasih banyak, Kak Rina Abang Imran," kataku sambil menerima sampul itu.
"Kami balik dulu, Hazel." Kak Rina memeluk dan memberi tepukan pada belakangku. "Kamu gadis kuat, jangan putus asa. Nanti ada masa, kami datang jenguk kamu kat sini."
Aku memperhatikan pasangan suami isteri itu sampai menghilang dari pandangan mataku di balik pintu apartment itu. Tinggallah aku sendiri.
Usai makan, aku mengeluarkan pakaian dari dalam beg dan memindahkannya masuk ke dalam almari. Setelah itu, aku hanya menghabiskan masa seharian suntuk berbaring di atas katil sambil memikirkan apa yang harus aku lakukan. Berkenaan pekerjaan, aku tak mungkin mencuba nasib di kilang kerana aku sedang mengandung.
"HAZEL, Ini duit hasil jualan kerepek kamu selama seminggu, alhamdulillah semua habis,"
Dengan senang hati aku menerima sejumlah wang dari Kak Maira. Dia mengurus sebuah mini market di bawah apartment. Inilah salah satu sumber penghasilan aku selain dari membuat servis menghantar susu segar setiap pagi pada pelanggan. Sebelum matahari terbit, aku sudah mengayuh basikal tuaku dari sebuah rumah ke sebuah rumah lain. Terdapat kira-kira 40 buah rumah. Aku bersyukur pada Tuhan, kerana Dia mengurniakan tubuh dan janin yang sangat kuat padaku.
Aku juga ada membeli sebuah mesin jahit untuk membuat baju blaus dan aku jualnya di dalam media sosial. Tapi sayang, ekspektasiku terlalu tinggi padanya. Bulan ini hanya laku tiga helai sahaja. Mungkin kerana coraknya yang kurang menarik. Atau mungkin juga angan-anganku terlalu tinggi.
"Kerepek yang Hazel buat sedap sangat!" Puji Kak Maira. "Nanti boleh tambahkan stok lagi dari dua puluh bekas kepada dua puluh lima bekas, ya?"
"Boleh Kak, Saya balik dulu." Pamitku. Aku meraih bakulku dan menghayunkan kaki menuju ke lif apartment.
YOU ARE READING
HAZEL ELIANA (COMPLETE)
Short StoryShort story yang mengisahkan Hazel Eliana seorang gadis polos yang telah dijual oleh suaminya tepat di malam pertama mereka kepada lelaki yang bernama Ezra Jayden. Hazel terpaksa melayani CEO syarikat itu selama sebulan. Saat dia sudah disahkan meng...