SUDAH hampir lima belas hari aku dikurung di rumah besar milik Ezra. Melayani nafsu lelaki itu di atas ranjang, mendengar setiap keluhan mengenai perusahaan dan sikap pekerjanya yang menjengkelkan, dan menemaninya bersarapan seperti pagi ini. Ezra tampak sangat kacak dengan mengenakan kemeja berwarna biru gelap.
"Nanti bila sudah tamat tempoh sewa, tolong jangan pulangkan aku pada Noah." Sudah berpuluh kali aku mengatakan itu pada Ezra, berharap dia menyimpan sedikit belas padaku.
"Aku sewa kau seperti layaknya sebuah barang, jadi aku perlu kembalikan semula pada tuannya." Sahut Ezra. "Tolong jangan bahas soal ni lagi, Hazel."
"Mungkin aku akan mati," aku cuba menyakinkan Ezra.
"Tak ada bukti yang mengatakan isteri dia yang dulu tu mati dibunuh, itu cuma andaian kau." Ezra membanting sapu tangan ke atas meja, lalu dia beranjak dari kerusi.
Dengan cepat aku membuntutinya yang sudah melangkah menaiki anak tangga. Aku akan terus memujuknya.
"Aku merayu,"
"No, enough Hazel!" Potong Ezra, mula terlihat jengkel. "Argh, tengok ni butang baju aku dah tercabut!"
"Tolong, fikirkan lagi." Aku memberikan senyuman seraya menarik laci meja, tempat di mana Ezra menyimpan kotak kecil yang berisi benang dan jarum. Kerana aku tidak punya kerjaan, aku pernah menggeledah satu per satu laci. Jadi aku tahu dimana barang-barang yang disimpan Ezra. "Mana butang tu?"
Ezra meletakkan butang kecil itu di atas tapak tanganku.
"Tak payah bukak baju, takkan ambik masa yang lama pun untuk jahit." ujarku.
Butang yang tercabut itu tepat di bahagian depan dada Ezra. Setelah memilih warna benang yang sama dengan baju kemeja itu, aku berdiri dengan begitu dekat dengannya.
"Sepatutnya kau berkahwin, carilah perempuan, jatuh cinta dan habiskan waktu bersama dia. Takkan selamanya kau nak jadi macam ni?" Ujarku mula menjahit perlahan butang pada kemejanya.
"Peduli ke kau?"
"Aku memang tak kisah, aku cuma nasihatkan daripada terus bergelumang dalam dosa." Aku melepaskan nafas yang dalam.
"Aku? Kau pun sama. Kita berdua sama-sama bergelumang dalam dosa sebab akhir-akhir ini kau cuma menurut dan menikmati setiap kali aku buat dengan kau," ucap Ezra.
Aku mendongak sebentar untuk melihat wajahnya, kemudian aku tertawa kecil. "Aku terpaksa menikmati, aku tak ada pilihan lain kan? Bukan ke aku ni cuma perempuan sewaan kau untuk melayani nafsu kau? Walau aku menolak, kau akan paksa aku dengan kasar. Apa aku boleh buat selain pasrah dan menyerah?" Air mata menitik dari hujung mata. Aku sama sekali tidak menikmatinya, tidak sedikit pun.
Kepalaku mendekat untuk menggigit benang, lalu aku berkata, "Dah siap,"
"Terima kasih,"
"Benda kecil, tak perlu berterima kasih." Jemariku menyeka air mata.
Tangan Ezra menangkup wajahku, dia sedikit menundukkan kepalanya. Menatap aku dengan sangat dalam, aku hendak berundur tapi satu tangannya sudah meraih pinggangku. Kemudian, dia terus menyambar bibirku dengan lembut dan dalam. Lalu berubah menjadi tergesa, hinggakan aku langsung tidak diberikan kesempatan untuk mengambil nafas.
"Tuan Ezra... maaf,"
Ezra melepaskan tubuhku, segera aku menarik diri dan melangkah untuk menyimpan jarum dan benang ke dalam laci semula.
"Ada apa, Hakim?" Soal Ezra sambil meraih beg laptop.
"Kat bawah ada Cik Evelyn," Jawab Hakim.
"Ah, mesti dia bawak gambar-gambar perempuan untuk aku pilih.." keluh Ezra berlalu dari bilik.
YOU ARE READING
HAZEL ELIANA (COMPLETE)
Short StoryShort story yang mengisahkan Hazel Eliana seorang gadis polos yang telah dijual oleh suaminya tepat di malam pertama mereka kepada lelaki yang bernama Ezra Jayden. Hazel terpaksa melayani CEO syarikat itu selama sebulan. Saat dia sudah disahkan meng...