EZRA membelai rambutku lembut, lalu memeluk erat. Berkali-kali mencium hujung kepalaku. Sementara aku membenamkan kepala didadanya, menghidu aroma yang menggeletek jiwa. Hanya ada kami berdua, diantara angin dan atap yang hening. Aku dapat rasakan detak-detak jantungnya.
"Abang akan siapkan semua dengan cepat," ujarnya. "Sayang cuma perlu siapkan baju kita."
"Abang?" Tanyaku pelik. Ezra hanya tersenyum memandang wajahku yang keliru. Dia mengangguk lalu mencium dahiku. Aku tersenyum. Hatiku bertambah berbunga-bunga.
"Hazel taknak majlis yang besar, Hazel nak majlis kita hanya orang-orang terdekat je." Sahutku.
"Okay, kalau macamtu kita buat apa yang sayang nak je lah. Oh, ya, mesti harini sayang cari abang, kan?"
"Mana abang tahu Hazel cari?" Aku mengurai pelukan, mendongak melihat wajah Ezra semula.
"Abang ada baca status Clara dalam Insta. Abang tahu mesti sayang resah." Kembali Ezra membelai rambutku. "Abang takkan biarkan sesiapa rosakkan jenama sayang."
"Hazel sebenarnya sayang Cik Clara tu, dia baik. Dia cuma emosi sebab Hazel tolak dijodohkan dengan Han." Ungkapku.
"Kenapa sayang tolak Farhan?" Ucap Ezra.
Aku memutar bola mata, mencubit perut Ezra. "Nanti kalau Hazel terima orang lain, ada lah orang tu bunuh diri pulak, kan?"
"Takdenya abang nak bunuh diri, abang akan teruskan hidup tapi dah tak ada tujuanlah." Ucap Ezra, matanya melihat ke depan. "Ah, esoklah abang settlekan Clara tu."
"Jangan nak buat benda bukan-bukan." Aku mengingatkan. Ezra cukup terkenal dengan baran dan dinginnya dan kadang tu... kejam.
"Jangan risau, sayang. Abang tak pernah ada masalah dengan Clara, abang settle cara elok, okay..." Ezra menepuk bahuku.
"Jom turun. Sejuklah." Ajakku.
Ezra malah mendepakan kedua tangannya. "Sini peluk abang, biar panas."
"Mengada!" Dia tidak tahu rasanya menahan gelora yang sedang meledak. Setiap dekat dengannya kaki seolah kehilangan tulang. Aku melangkah meninggalkan atap apartmen.
"Sayang, tunggu." Ezra merangkul bahuku. Kami berdua berjalan menuruni tangga, lalu menyusuri lorong. Berpisah di depan pintu apartmen masing-masing.
"Goodnight." Kataku.
"Goodnight, Cinta. Thank you sebab terima abang. Thank you jugak sebab sudi bagi abang peluang. I love you. Tak ada yang boleh abang balas kalau nak dibandingkan dengan perasaan sayang dekat abang." Luah Ezra. "Rasa macam mimpi, tapi ini kenyataan!"
"Sama-sama kasih." Aku tersenyum, kemudian menolak pintu, masuk apartmen.
"Kak Hazel!" Alisya melompat dari sofa dan memelukku. "Tahniah tau. Lisya nak jadi bridesmaid!"
"Boleh, Lisya. Sekarang lepaskan pelukan ni." Aku merasa sesak saat didakap oleh Alisya. "Eh tapi, dari mana kamu tahu yang serigala tu nak lamar Akak?"
"Hee... Abang Adamlah yang cakap, kan dia perlukan bantuan Lisya susun bunga mawar tu jadi bentuk love." Alisya meraih tanganku, memandang cincin di jari. "Cantik cincin ni, nampak simple tapi ada satu je permata kecil yang cantik."
"Terima kasih tau, tolong jagakan Edeyn kejap."
"Sama-sama, Kak Hazel. Lisya balik dulu lah." Alisya keluar apartmen.
Aku merenung cincin di jari manis. Selangkah lagi aku boleh bersama Ezra.
WAJAH Noah terpapar di skrin televisyen. Dia baru keluar dari mahkamah, diiringi menuju ke kereta tahanan. Berita mengenai Noah tersebar ke seluruh negeri. Jasad Alice yang sudah berupa tulang, ditemukan di rumah Kiera. Noah sempat memindahkan untuk menghilangkan bukti. Dia lebih kurus, tapi senyuman sinis di wajahnya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda penyesalan.
YOU ARE READING
HAZEL ELIANA (COMPLETE)
Historia CortaShort story yang mengisahkan Hazel Eliana seorang gadis polos yang telah dijual oleh suaminya tepat di malam pertama mereka kepada lelaki yang bernama Ezra Jayden. Hazel terpaksa melayani CEO syarikat itu selama sebulan. Saat dia sudah disahkan meng...