"BUKAN betul-betul cinta, tapi betul-betul benci!" Aku membetulkan ucapan Ezra.
"Jarak antara cinta dan benci tu dekat, Hazel." Ezra mendekatkan wajahnya. "Macam jarak antara kau dengan aku sekarang ni."
Aku menolak tubuh Ezra, lalu keluar dari kereta. Memegang dada yang terasa panas dan berdebar. Sikapnya seperti Adam. Ah, mereka memang satu orang yang sama.
Ezra turut keluar dari kereta. "Jom, masuk. Kesian perut tu lapar."
Aku memilih untuk duduk di meja luar. Cuaca lumayan cerah, kerana langit tidak hitam pekat. Ada bintang yang terlakar di langit.
Ezra memesan espresso dan lamb chop. Aku pula, ice lemon tea, kue tiaw kungfu, waffle strawberry.
"Habis?" Tanya Ezra.
"Confirm!" Aku kembali menatap bidai langit. Menghindari diri dari tatapan Ezra, seolah menyerangku tanpa henti.
"Crux..."
Aku menoleh, wajah Ezra mendongak ke atas.
"Bentuk macam layang-layang, boleh buat penunjuk arah selatan," lanjut Ezra.
Entah bintang yang mana dimaksudkan Ezra. Aku malah menikmati tiap helai rambutnya yang tidak teratur ditiup angin. Dulu dia sangat kejam. Benci tersemat di setiap helaan nafas. Aku tak tahu sejak bila rasa itu mula terhakis. Mungkin sejak dia menjadi Adam. Secara tidak sedar aku sudah menyimpan satu rasa padanya. Tapi, hati ini masih ragu.
"Hazel, Ezra?"
Cik Clara menyapa dengan mimik muka yang tampak kaget.
"Yes, kami tengah dinner." Sahut Ezra.
"Ya, I know, di restoran of course lah makan," ujar Cik Clara, sedikit ada nada sinis. "Selain dinner, bincang soal kerja?"
"Wanna join us?" Tawar Ezra.
"Err, no. I ada janji dengan kawan I. Kebetulan je I ternampak korang, so I tegur lah. I got to go, enjoy your dinner!" Ucap Cik Clara, meninggalkan aku dan Ezra.
Aku dapat menangkap rasa tidak suka dari sikap Cik Clara tadi. Dia biasanya sangat ramah padaku.
"Malam aku accident, aku dapat tahu yang ada orang hantar surat layang dekat beberapa syarikat majalah." Ezra menarik nafas panjang. "Pasal kau..."
"Farhan dah settlekan semua berita pasal aku," kataku, "dia pastikan semua tu tak tersebar,"
"Farhan." Saat mengucapkan nama itu, rahang Ezra mengeras. "Aku tahu dia sukakan kau."
"Dahlah, jom makan." Potongku. Pelayan restoran datang tepat pada waktunya, boleh mengalihkan perhatian Ezra.
Aku mengunyah waffle, Ezra tampak seperti sudah hilang selera.
"Kau nak mengajar semula?" Tanyaku, "and busking dekat kafe,"
Ezra menggeleng. "Maybe no. Kalau aku jadi Adam, aku takut kau tak boleh cintakan aku sebagai Ezra."
"Kalau macam tu, mengajarlah sebagai Ezra." Ucapku.
"Kalau aku buat macamtu, kau akan cintakan aku?" Kening Ezra terangkat.
"Tengoklah macam mana, Tuan."
"Oh, faham, Puan. I hope, ada bintang yang boleh tunjukkan arah ke hati Hazel Eliana untuk aku."
"Hope so," ucapku. Semoga ada bintang yang boleh menunjukkan jalan balik rumah.
Rumah aku adalah, Ezra. Ezra Adam Jayden.
YOU ARE READING
HAZEL ELIANA (COMPLETE)
Short StoryShort story yang mengisahkan Hazel Eliana seorang gadis polos yang telah dijual oleh suaminya tepat di malam pertama mereka kepada lelaki yang bernama Ezra Jayden. Hazel terpaksa melayani CEO syarikat itu selama sebulan. Saat dia sudah disahkan meng...