"AKU merayu, Hazel." Puan Nawra menggosok-gosok kedua tapak tangannya. "Tolong..."
"Huh, okay." Aku mengambil telefonku. "Cepat pergi jelaskan dekat orang kampung kat luar sana tu yang aku ni bukan perempuan murah! Dan, kau Noah, tunggu apa lagi? Cepat buat status di Facebook kau tu dan buat permintaan maaf."
Puan Nawra dengan cepat keluar dari balai.
"Awak pergi ikut Puan Nawra, biar saya tengok Noah," suruh Adam.
Aku berlari menyusul Puan Nawra. Perempuan itu berdiri di beranda balai kampung.
"Selamat petang semua," Puan Nawra mengambil nafas dalam-dalam. "Saya nak jelaskan di sini, se-selama ni saya dan Noah dah fitnah Hazel. Hazel tak pernah menjual diri. Dia perempuan baik. Dia tak pernah curang dengan anak saya. Saya minta maaf atas salah saya."
"Huh, sedap kau saja nak minta maaf. Sebabkan kau lah, kami nyaris bunuh Hazel! Dasar kau syaitan bertopengkan iblis!" Teriak Pak Rahim.
"Cilikan saja mulut perempuan ini!" Seru yang lain.
"Libas mulut dia dengan tempurung kelapa!"
Seorang warga melempar selipar. Lalu telur melayang ke wajah Puan Nawra. Membasahi rambutnya. Dia tertunduk, seperti ketakutan dan tidak berdaya.
"Sepatutnya telur busuk yang patut dilempar ke muka kau ni!" Kak Rina ikut berteriak.
"Kau dah hasut kami untuk bakar rumah Hazel." Pak Rahim meludahi Puan Nawra.
"Maafkan kami, Hazel." Ucap Pak Izad.
Sebenarnya aku sangat kecewa dengan sikap warga kampung. Tapi, aku tidak mahu terus-terusan begini. Namaku juga sudah bersih. Tubuh ini berbalik, masuk semula ke dalam balai desa.
"Aku dah post status di Facebook. Lepaskan Nisha sekarang lah sial!" Noah berteriak geram.
"Saya dah suruh anak buah saya berhenti kerjakan Nisha." Adam berbisik.
Aku memeriksa Facebook Noah. Membaca statusnya;
Hazel isteri yang baik, dia tak pernah curang dan tak pernah menjual dirinya pada lelaki lain. Aku dah fitnah dia. Aku minta maaf pada semua dan terutamanya Hazel Eliana.
"Adam, tahan Nisha selama dua empat jam. Supaya Noah tak delete status dia ni." Pintaku pada Adam.
"Kau memang sial!" Noah menumbuk dinding. "Kau tidur dengan Ezra sampai dia tunduk melutut pada kau. Andai saja Ezra tak lindungi kau, dah lama aku..."
Tanpa diduga, Adam menumbuk muka lalu perut Noah. Kedua tangannya mencengkam kuat kemeja Noah. "Jangan pernah hina Hazel! Ingat tu!"
"Eh kau ni siapa?!" Cabar Noah.
Adam menepuk bahu Noah. "Siapa aku tak penting, Noah. Kalau aku tahu kau sentuh Hazel, aku akan pastikan yang kau menyesal sebab lahir dekat dunia ni."
"Jom kita balik, Hazel." Adam meraih tanganku.
Kami berdua keluar dari balai itu. Puan Nawra sudah duduk mencangkung di beranda. Kedua tangannya menutup kepala.
"Makcik, pakcik, sudah cukup. Biarkan Puan Nawra." Ucapku lalu meneruskan langkah ke kereta.
"Hazel, apa khabar sekarang?" Tanya Kak Rina.
Aku yang mahu menutup pintu kereta, menjawab, "Baik je kak, nanti ada masa datanglah apartmen."
"Insya Allah." Kak Rina mengulas senyuman.
Di dalam kereta yang melaju, Adam melepaskan rambutnya. Dia mungkin masih marah dengan Noah.
YOU ARE READING
HAZEL ELIANA (COMPLETE)
Short StoryShort story yang mengisahkan Hazel Eliana seorang gadis polos yang telah dijual oleh suaminya tepat di malam pertama mereka kepada lelaki yang bernama Ezra Jayden. Hazel terpaksa melayani CEO syarikat itu selama sebulan. Saat dia sudah disahkan meng...