4 : DIKEJI HINA

933 30 9
                                    

DENGAN bersusah payah, aku merangkak cuba untuk naik ke atas katil. Tidur terlentang sambil mengesat sisa darah di pipi. Ruang ini amat gelap, hanya ada lubang pengudaraan yang sempit dan kecil. Aku menarik nafas dalam-dalam, cuba untuk mengusir rasa perih yang terasa.

Ketakutan kembali menerjah aku saat pintu ruang itu dibuka. Hanya selang satu jam, Noah kini kembali.

"Aku lepaskan kau. Kita cerai. Oh, no. Tak ada ikatan pernikahan pun antara aku dan kau. Tok kadi yang nikahkan kita itu palsu, surat yang kau tandatangan itu pun palsu. Yang tak palsu hanyalah makanan dan tetamu yang di jemput." Ungkap Noah, membuatku tergamam.

"Ni telefon kau, bawak juga beg murah kau tu. Cepat bangun, aku hantar kau balik rumah busuk kau tu!" Noah membaling telefon dan beg ke arahku.

Apa niat dibalik keputusan Noah melepaskan aku pergi? Dia sedang merancangkan apa?

"Cepatlah, sial!" Bentaknya membuat bahuku terhincut ke atas.

Aku dengan cepat berganjak dari katil kecil, saat berdiri penglihatanku terasa kabur, aku hampir terjatuh.

Noah meraih lenganku, "dah, cepat!"

Kami berdua berjalan keluar dari bilik bawah tanah itu. Melintasi ruang tamu yang ada Puan Nawra dan Nisha, adik perempuan Noah. Mereka hanya melemparkan senyuman sinis ke arahku.

"Hai Hazel, best tak tidur dengan Ezra?" Nisha menyindir. "Sayangnya kan, kau tu tak adalah muda sangat sampai harga jual kau pun tak tinggi, tambah lagi kau sekarang dah jadi bekas orang guna!"

Seluruh keluarga Noah terlibat, benar-benar sebuah keluarga iblis! Kali ini tiada pengawal yang menjaga, aku duduk di kerusi bersebelahan pemandu. Kepalaku tempelkan ke jendela kereta.

Pelbagai soalan sedang bermain dalam fikiranku, apa yang akan terjadi setelah aku pulang ke rumahku? Apa aku sudah benar bebas? Atau akan ada sesuatu berlaku padaku nanti?

Kereta melaju menuju rumahku yang berjarak satu jam dari pusat bandar. Noah memandu keretanya dengan sangat laju.

"Cepat turun, dah sampai." Perintah Noah.

Aku membuka pintu kereta, dengan perlahan kakiku memijak tanah.

"Jangan pernah berani untuk laporkan pada polis, Hazel. Kalau kau masih rasa nak hidup dengan aman. Satu lagi, aku sudah upah orang untuk perhatikan kau!" Ucap Noah sebelum melesap kembali dengan keretanya.

Dia mengugutku, nasibku akan sama seperti Alice.

Tanganku mencapai ke dalam beg, aku menyimpan kunci rumah di dalam dompet. Rumah ini memang sederhana, dinding batu bata berwarna merah terlihat. Sebahagian dari dindingnya sudah menjadi hijau kusam. Namun, saat aku melangkah masuk, aku merasa seperti masuk ke sebuah taman yang sangat indah.

"Aku balik..." gumamku sambil meratap setiap inci rumah itu.

Aku menuju ke bilik mandi, membersihkan diri. Merawat dan menutup luka di kening dengan plaster. Lalu, duduk termenung dengan segelas air putih di tangan.

Pada kenyataannya, aku bukan isteri Noah. Dia memalsukan semuanya. Licik sungguh!



AKU mengisi bateri telefonku yang sudah tinggal tiga peratus. Hampir sebulan aku tidak menggunakannya, kuota internet juga sudah mati, jadi aku tidak boleh mengetahui info dari Whatsapp. Aku memutuskan untuk keluar rumah, ke kedai runcit, lalu ke warung untuk membeli makanan. Perutku sedari tadi masih tidak ku isi.

Aku memakai mask untuk menutup wajahku yang ada kesan lebam akibat dipukul.

"Ini duit haram ke halal?" Soal Pak Karim sambil menerima duit dariku, untuk membayar dua bungkus roti pisang dan sebungkus nasi goreng.

HAZEL ELIANA (COMPLETE)Where stories live. Discover now