BAB 1🦋

1K 21 0
                                    

Tengku Aisy Daiyan telah membawa diri ke London selepas bercerai dengan isterinya.

Dia juga telah lima tahun bergelar duda.

Aisy juga pergi ke London bertujuan menguruskan perniagaan keluarga mereka di sana sambil dia menenangkan diri dan mencari dirinya kembali.

Jodoh, ajal dan maut semua telah ditetapkan oleh tuhan. Sebagai hamba kita kena redha dan banyakkan berdoa.

Namun, Aisy telah menutup hatinya daripada kaum hawa dan baginya hanya orang yang layak sahaja dapat hatinya.

Aisy telah berubah dari seorang yang ceria kepada seorang yang beku lagi-lagi terhadap kaum hawa.

Walaupun dia berbuat demikian akan tetapi masih ramai gadis ingin mencuba nasib dan dia tidak melayan, baginya semua perempuan yang dekat dengannya adalah langau.

Aisy juga tahu perempuan yang nak hampirinya semua kerana mahukan duit.

Pelbagai gelaran yang menggelarkan dirinya seperti Duda Hot, husband material dan sebagainya.

Bagi Aisy biarlah orang nak kata apa dan lagipun dia memang duda dan juga telah berumur 33 tahun.

Kalau ada jodoh dia tidak akan menolak.

Hari ini Bonda dan Ayahandanya meminta dia pulang ke tanah air dan menolong menguruskan perniagaan yang ada di Malaysia kerana Ayahandanya tidak larat.

Aisy telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia.

"Finally I'm back" kata Aisy selepas kapal terbangnya mendarat di Malaysia.

Dia mencari kelibat ahli keluarganya di sekitar airport itu kerana ahli keluarganya yang menjemputnya pulang.

Setelah lama mencari kelibat ahli keluarganya dia melihat sosok tubuh Bonda dan Adiknya yang sedang melambai dan memanggilnya.

Aisy menghampiri semua ahli keluarganya dan menyalami tangan tua kedua Ibubapanya dan menanyakan Khabar.

"Assalamualaikum Bonda, Ayahanda dan Adik. Semua sihat?"

Aisy melihat semua muka ahli keluarganya, betapa rindu kepada mereka.

Walaupun tidak lengkap tetapi dia bersyukur mereka masih di beri peluang untuk bernafas.

Abang sulungnya telah berkeluarga jadi dia faham akan situasinya.

"Waalaikumsalam anak Bonda, kami sihat sahaja. Kamu sihat? Bonda tengok kamu makin tegap dan makin Handsome."

Tengku Dahlia memuji anaknya selepas melihat perubahan anaknya. Dia lega apabila kelihatan anaknya baik-baik sahaja.

"Alhamdulillah sihat, mana ada Bonda biasa je."

Aisy merendah diri selepas dipuji oleh Bondanya. Bondanya pandai mengambil hati Aisy.

Selepas dipuji oleh Bondanya dia mahu memulakan perbualan dengan Ayahandanya kerana dia sedar dari tadi Ayahanda hanya senyap saja apabila mereka berbual-bual.

"Ayahanda makin handsome Aisy tengok." puji Aisy tiba-tiba.


"Hish kamu ni ke situ pula, handsome apanya dah berkedut sana sini dah pun."

Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]Where stories live. Discover now