Aisy makin sibuk di pejabat sehinggakan kadang-kadang dia tertidur di pejabat kerana terlampau banyak kerja yang perlu disiapkan.
Bonda pula tidak habis-habis membebel kepada Aisy kerana kerja terlampau kuat sangat.
Dia risau kesihatan Aisy, makan tidak mengikut masa dan rehat yang tidak cukup.
Apa yang Aisy boleh buat, dia hanya mampu tersenyum kerana masalah pekerja yang mengkhianati syarikatnya dia terpaksa membuat kertas kerja baharu kerana sama dengan syarikat lain.
Dia tidak tahu bagaimana kertas kerjanya sama dengan syarikat lain.
Aisy menyiasat bagaimana perkara ini berlaku dan akhirnya terbongkar pekerja syarikatnya menjual maklumat kepada syarikat lain.
Dia memaksa diri menyiapkan semua kerjanya supaya nama syarikatnya tidak buruk dan dia tidak pernah gagal mendapatkan sesuatu projek.
Zain juga setia membantu Aisy menyelesaikan kerja manakala, rakan yang lain juga membantu mereka kerana mereka kesian pada Aisy bersusah payah membuat kerja last-last orang ambil hasil kerjanya.
Selepas pulang dari kelas Abang-abang Airis mengajak Airis makan di luar kerana kedua ibubapa mereka ada urusan di luar.
Airis mengajak Abang-abangnya makan di Restoran makanan Korea. Pada mulanya, Aisar tidak setuju. Maklumlah tekak melayu, tapi atas desakan adik kesayangannya dia beralah.
Airis memesan ayam yang bersalut sos Korea, rice ball, japchae dan banyak lagi. Aisar dan Ammar hanya mengikut apa yang Airis order kerana mereka tidak pernah makan di Restoran Korea sebegini.
“Pengaruh drama Korea lah ni Airis nak makan-makanan Korea.” kata Aisar tiba-tiba.
“Bukan selalu Abang-abang Airis belanja makan-makanan mahal.”
Aisar hanya menggelengkan kepala ada sahaja perangai Adiknya.
Beberapa minit kemudian makanan tiba dan pelayan itu sedang mencairkan keju dan membalut semua ayam dengan keju serta menghidangkan makanan mereka.
Selepas semua makanan siap dihidang tiba-tiba Ammar bersuara.
“Kalau ya pun Along tak pernah makan-makanan Korea tak payahlah buat muka batak tak pernah jumpa makanan tu.”
Airis tercengang dia ingat dia sorang je perasan Aisar yang teruja melihat pelayan membalut ayam Korea dengan cheese.
“Hish kau ni Angah! Mana ada aku tak batak pun.”
Mereka menikmati makanan sambil bercerita dan berbual-bual.
“Semalam Mama tiba-tiba buka topik soal jodoh dekat aku.” ujar Aisar bila teringat perbualannya dengan Mama kesayangan mereka.
“Memang patut pun Along tu umur dah berapa. Nak jadi bujang terlajak ke?” kata Ammar.
“Kau tahu kan bukan senang nak cari perempuan buat bini zaman sekarang.”
“Along memilih memanglah.” sampuk Airis.
“Mana ada memilih, cuma tak kena dengan citarasa sahaja.”
Selepas mendengar jawapan itu Ammar terasa nak lempang sahaja muka Aisar tapi dia kenang Abang sahaja.
“Kau tak payah buat muka, Mama pun tanya pasal kau bila nak bawa menantu untuk dia.”
“Kau tahu kan aku ni malas, perempuan ni complicated. Aku penat nak kenal diorang.”
Airis macam tak percaya kedua Abangnya mengata pasal perempuan dia tak sedar ke Mama dengan dia ni pun perempuan.
YOU ARE READING
Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]
RomanceSIPNOPSIS Airis Amani seorang yang ambivert, cantik, pandai dan disenangi oleh orang sekeliling. Ramai lelaki cuba mengambil hatinya namun dia tidak mahu kerana ingin fokus belajar dan kukuhkan ekonomi dahulu baru fikirkan tentang kahwin. Jika jodoh...