Bab 16🦋

349 15 0
                                    

Hari ni Airis mempunyai kelas waktu pagi sahaja dan Mama telah menetapkan yang dia akan keluar beli barang persiapan tunang kerana hari pertunangan Airis makin hampir.

Tamat sahaja kelas Mia mengajak Airis keluar bersama akan tetapi Airis terpaksa menolak kerana dia sudah berjanji dengan Mama mahu keluar beli barang persiapan.

"Airis jom keluar jalan-jalan nak tak petang ni?"

"Sorry Mia, aku bukan tak nak tapi aku dah janji dengan Mama nak pergi beli barang tunang maklumlah lagi berapa hari je aku jadi tunangan orang."

"Oh... Ye ke haa pergi lah. Nanti je lah kita pergi."

"Kau nak ikut sekali ke Mia?"

"Tengoklah nanti aku pergi kalau aku rasa bosan."

Selepas pulang dari kelas Airis makan masakan Mamanya.

Airis melihat hidangan makan tengahari yang dimasak oleh Mama sungguh mengundang kelaparan.

Tanpa membuang masa Airis membasuh tangan dan mengambil nasi dan menyenduk lauk-lauk Mamanya masak.

Mamanya tengah sibuk membacuh air untuk Airis.

"Airis, Mama nak pergi bersiap sekejap kamu pakai macam ni ke tukar baju?"

Airis berfikir sama ada mahu tukar ataupun tidak.

"Macam ni je lah Mama, Airis malas nak tukar-tukar."

"Hm... Ye lah makan elok-elok."

Selepas makan Airis melihat Mamanya sudah siap dan terus mereka menuju ke kereta.

Airis memulakan pemanduan menuju ke destinasi.

Sampai sahaja di pusat beli-belah Airis jalan beriringan dengan Mama ke butik pakaian lelaki.

Sampai sahaja Airis terkejut melihat Mia dan Bonda ada di situ.

“Assalamualaikum Dahlia, maaf lambat sedikit.”

Selepas disapa seseorang Tengku Dahlia melihat siapa dan ternyata Puan Afnan.

“Waalaikumsalam, tak apa kami baru je sampai.”

Airis menegur Mia dan Tengku Dahlia dan menanyakan kenapa mereka ada disini.

“Bonda dengan Mia buat apa dekat sini?”

“Haa... Kami nak tolong Airis pilih barang tunang lah.”

“Oh... Ye ke.”

Selepas mendengar jawapan Airis mereka lega kerana rahsia masih tersimpan selamat.

“Haa...Airis pilihlah kemeja atau baju mana yang Airis berkenan untuk bakal suami Airis.”

Airis yang mendengar kata-kata Bonda dia menjadi segan. Dia mana tahu saiz dan sama ada bakal tunang suka atau tidak.

Dia mula membelek-belek baju-baju kemeja dan dia berkenan yang berwarna navy blue.

“Mama, Airis rasa berkenan dengan navy blue ni tapi Airis tak tahu saiz?”

Puan Afnan, Tengku Dahlia dan Mia berpandangan sesama sendiri.

“Tak apa kita agak-agak je mungkin kita ambil saiz...”

Terhenti kata-kata Puan Afnan apabila Tengku Dahlia menyampuk.

“Kita ambil saiz XL je lah kalau besar boleh tukar atau kecilkan.”

“Betul cakap Bonda tu Airis.”

“Haa ok juga.”

Selepas itu, mereka bayar dan pergi ke destinasi seterusnya iaitu butik kasut.

Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]Where stories live. Discover now