Bab 24🦋

579 23 1
                                    

Aisy yang berada dalam bilik Airis untuk tukar pakaian terpegun kerana kemas dan wangi.

Dia teringat tadi dia sengaja mengusik Airis.

"Sayang mana bilik nak tukar baju."

"Awak nak tukar dekat bilik air ke?" soal Airis.

"Bilik kita dekat mana?"

"Oh... mari saya tunjukkan."

Aisy mengikut sahaja dari belakang kerana dia tidak biasa dengan rumah Nenek Airis. Walaupun sebahagian rumah Nenek Airis sudah dimodenkan akan tetapi masih ada bahagian rumah masih kayu dan rapi dijaga oleh Nenek.

"Haa ni biliknya, awak boleh tukar baju."

Airis yang mahu berlalu pergi terhenti apabila terasa pergelangan tangan dipegang oleh seseorang.

"Sayang nak pergi mana?"

"Tolong Ma...ma de...kat dapur." jawab Airis tersekat-sekat kerana dia rasa seram sejuk dengan pandangan Aisy.

"Tak payahlah, Sayang teman Abang tukar baju sahajalah." usik Aisy.

"Haa?" memerah muka Airis mendengar bicara Aisy.

Tanpa membuang masa Airis terus melarikan diri kerana tak sanggup berdua-duaan dengan suaminya takut jadi lain pula.

Aisy tersengih apabila teringat muka Airis yang menggelabah melarikan diri dari dia. Niat hanya mengusik sahaja.

Aisy melihat sekeliling bilik Airis dan dia terpegun kerana betapa kemas susunan bilik Airis. Walaupun bilik ini dihias seperti bilik pengantin akan tetapi barang-barang Airis tersusun kemas.

Tanpa membuang masa dia menukar baju dan menyangkut baju melayu pada ampaian.

Aisy keluar dari bilik dan pergi semula ke bawah khemah untuk berbual dan membantu apa yang patut.

Airis yang berada di dapur teringat akan suaminya.

Tiba-tiba Maklong dan keluarganya tiba dan Airis bersalaman.

Maklong datang masa akad nikah tadi akan tetapi pulang awal kerana ada urusan.

"Kacak suami kamu Airis, mana kamu jumpa dia?"

Mama, Bonda, Nenda, Mia dan yang lain memandang antara satu sama lain.

"Oh... Aisy tu anak kawan baik Mama dan Abang kawan baik Airis."

"Kamu kahwin tanpa rasa cintalah ni? Kahwin sebab aturan keluarga atau sebab harta?"

Tercengang Airis mendengar kata-kata kasar dari Maklong. Dia rasa tercabar dan dia tak boleh biarkan Maklong menang.

"Siapa cakap saya tak cinta, cinta selepas berkahwin kan baik. Tak adalah buat dosa sahaja. Betul tak Lia?"

Airis sengaja mahu kenakan Lia kerana dia perasan akan pandangan Lia terhadap Aisy. Tahulah Aisy berduit semua.

Airis takkan biarkan penyondol meruntuhkan rumah tangganya. Dia akan buat Lia menyesal.

"Haa?" Lia terkebil-kebil apabila tiba-tiba namanya diseru. Ni lah akibat leka bermain dengan telefon. Mungkin mesej dengan skandal.

Selepas itu, mereka makan bersama-sama dan Airis melayan apa yang Aisy mahu.

"Awak nak makan apa?" soal Airis.

Mereka sekarang berada dihadapan lauk-pauk yang terhidang di dalam bekas.

Aisy yang berada disebelah terus memandang lauk-lauk yang ada di atas meja itu.

Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]Where stories live. Discover now