BAB 11🦋

372 16 0
                                    

Pagi itu Aisy pergi kerja seperti biasa dari rumahnya.

Aisy bercadang dia mahu menginap di rumah ibubapanya hari ini.

Setelah tiba di tempat kerja dia mula membuat kerjanya. Zain masuk ke bilik Aisy mengingatkan tentang jadualnya hari ni.

Aisy bersyukur kerana jadualnya hari ini tidaklah padat.

Ketika sedang ralit membuat kerja telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada yang menghubunginya.

Aisy melihat nama pemanggil iaitu Bonda dia terus mengangkat panggilan itu.

“Assalamualaikum Bonda.”

“Waalaikumsalam, Aisy. Kamu sibuk ke sekarang?”

Aisy melihat kertas-kertas atas mejanya. Dia tidaklah sibuk cuma dia perlu menyemak kertas-kertas itu.

“Tak adalah Bonda, hari ni kerja Aisy tak banyak sebab semalam Aisy dah siapkan. Kenapa Bonda?”

“Tak adalah Bonda nak tanya kamu balik ke malam ni.”

“Balik Bonda, Aisy rindu masakkan Bonda.”

“Haa nanti Bonda masakkan lauk kegemaran kamu, itulah Bonda suruh kahwin kamu tak mahu."

“Ke situ pula Bonda, InshaAllah kalau ada jodoh Aisy adalah kalau tak ada Aisy jaga Bonda dengan Ayahanda lah.”

“Ada je jawapan kamu ni haih. Kamu tak pergi lunch ke?”

“Bonda cakap pasal lunch baru Aisy perasan dah masuk waktu lunch.”

“Ish kamu ni kerja-kerja juga, kesihatan jangan lupa. Kamu jangan gila kerja Aisy.”

“Ye Bonda, Aisy tutup dulu nak pergi lunch. Perut dah lapar Bonda. Kita jumpa malam ni ya. Assalamualaikum Bonda, I love you.”

Aisy mengemas meja selepas menamatkan panggilan dan terus keluar untuk makan tengah hari.

Ketika keluar dari biliknya dia melihat Zain baru mahu keluar lunch.

“Kau nak pergi makan tengah hari ke Zain?”

“Haah kenapa?”

“Jomlah sekali, bosan makan sorang-sorang.”

Mereka jalan bersama menuju ke Restoran berdekatan pejabat kerana Aisy malas mahu memandu.

Apabila tiba di Restoran itu mereka nampak rakan-rakan mereka sedang berbual-bual.

“Lunch tak ajak kitaorang kan korang?”

“Aisy, Zain kitorang pun tak rancang pun kebetulan nampak. Jom lah makan sekali Aisy belanja.” kata Adam.

“Banyaklah kau, kau ingat aku ni cop duit ke?”

“Tak kau sugar daddy.”

Aisy penat nak berbalah dengan mereka kerana dia tahu pasti dia akan kalah dengan jawapan mereka.

Mereka makan tengah hari sambil berbual-bual.

Selepas makan mereka pergi ke tempat kerja mereka semula.

Apabila tiba di pejabat Aisy menyambung kerjanya supaya dia boleh pulang awal ke rumah Bondanya.

Jam menunjukkan pukul enam petang. Aisy mengambil keputusan untuk pulang.

Aisy yang menaiki keretanya ke destinasi iaitu rumah Bondanya.

Setelah tiba Aisy keluar dari kereta dan terus menuju ke pintu utama.

Aisy masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke biliknya untuk membersihkan diri.

Setelah siap membersihkan diri dia turun ke ruang tamu untuk berjumpa dengan Bonda dan Ayahanda.

Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]Where stories live. Discover now