Bab 25🦋

537 23 5
                                    

Pagi itu, Aisy mengejutkan isterinya untuk solat subuh berjemaah.

“Sayang bangun, solat subuh.”

Airis cuba mencelikkan matanya dan tiba-tiba dia ternampak lelaki di dalam bilik dan dia cemas.

“Awak buat apa dalam bilik saya ni?” Airis mula gelabah lalu menyorok dalam selimut.

“Sayang mamai lagi ke ni? Kita kan dah kahwin semalam. Depan awak ni suami awak Airis.”

Airis yang mendengar kata-kata itu terus cuba mengingati dan ya dia baru sedar dia sudah bergelar isteri.

Airis keluar dari selimut lalu tersengih kepada Aisy. Aisy hanya menggeleng kepala kerana dia faham isterinya masih belum biasa.

Selepas solat Airis terus ke dapur untuk memasak sarapan pagi. Aisy pula menolong apa yang patut diluar kerana kejap lagi majlis bersanding akan bermula.

Siap sahaja sarapan pagi mereka terus makan. Sesekali Abang-abangnya mengusik Airis sehingga memerah muka Airis diusik. Kalau diikutkan mahu dia pukul Abang-abangnya.

Aisy pulang ke homestay untuk bersiap-siap disana dan Airis mula bersiap.

Kak Hana datang untuk menghias Airis.

Siap sahaja solekan Airis terus menyarung baju sandingnya dan bersiap kerana majlis persandingan akan mula tidak lama lagi.

Airis melihat dirinya pada pantulan cermin dan dia terpesona dengan dirinya kerana jarang dia mengenakan baju sebegini.

“Cantiknya Airis, ni kalau Aisy nampak ni mau cair habis.” puji Kak Hana.

“Ada-ada je Kak Hana ni, nak sedapkan hati Airis je.”

“Apa pula dah memang cantik, betul tak Mia?” kata Kak Hana sambil meminta pendapat Mia.

“Betul kata Kak Hana tu Airis, kalau Angah tengok kau ni mahu tak jadi sanding. Mahu dia sorokkan bini dia.”

Tiba-tiba Mama masuk ke bilik dan mengatakan pengantin lelaki dah sampai.

Airis keluar dan berjalan ke arah pengantin lelaki dengan iringan bunyi kompang.

Sampai sahaja dihadapan Aisy, Airis segan kerana mata Aisy tidak lepas memandang dirinya.

Tanpa membuang masa Airis menyalami tangan Aisy dan memeluk tangan Aisy berjalan bersama menuju ke pelamin. Banyak mata memandang mereka.

Ketika dalam perjalanan ke pelamin Aisy mulakan perbualan.

“Cantiknya bidadari saya, saya rasa nak kurung dekat bilik je sebab saya cemburu banyak mata memandang isteri saya ni.”

“Awak pun apa kurangnya, habis semua mata anak dara pandang awak tak lepas.”

“Tak apa sayang, diorang boleh tengok dan pegang je.”

Memerah muka Airis mendengar apa yang Aisy katakan.

Sampai sahaja di pelamin, acara tepung tawar bermula. Banyak pesanan dan nasihat yang diberikan oleh sedara-mara.

Tiba waktu yang ditunggu oleh Airis iaitu makan. Dia dari tadi terliur tengok hidangan diatas meja makan pengantin.

Majlis persandingan berjalan dengan lancar. Kini, tinggal majlis persandingan belah suaminya iaitu sebulan dari sekarang atas faktor kesibukan masing-masing.

Mereka berdua menyapa sedara-mara dan Airis memperkenalkan Aisy kepada keluarganya.

Tetamu mula beransur pulang dan Airis menggosok tumit kakinya yang terasa sakit.

Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]Where stories live. Discover now