Bab 26🦋

265 10 3
                                    

Mereka berdua duduk di rumah Neneknya lagi beberapa hari kerana Ayahanda menyuruh Aisy mengambil cuti lama sedikit kerana Aisy tidak pernah mengambil cuti kecuali hal mustahak.

Keluarga Aisy semua pulang ke rumah. Manakala, keluarga Airis masih di rumah Neneknya kerana mahu meluangkan masa lebih sedikit kerana sudah lama tidak pulang ke kampung.

Selepas solat subuh bersama, Aisy masuk semula ke dalam bilik kerana ada hal kerja yang perlu dia uruskan. Manakala, Airis pula dia ke dapur menolong buat sarapan pagi.

Aisy meminta Airis masak untuknya nasi lemak. Nasib semua barang mahu membuat nasi lemak semua ada, kalau tidak dia suruh Aisy pergi beli.

Setelah siap semua, Airis memanggil suaminya dan yang lain untuk menjamu selera.

Tiba sahaja di meja makan, Aisy melihat makanan yang terhidang diatas meja yang menyelerakan.

Airis menghidangkan makanan kepada Aisy. Airis melihat Aisy makan dengan berselera dan dia tersenyum.

“Sedapnya Nenek, Nenek masak ke? Atau Mama?”

“Ish kamu ni, isteri kesayangan kamu yang masak.”

“Ye ke? Bukan beli?” usik Aisy.

Mati senyuman Airis, dia penat-penat berperang dekat dapur sesedap rasa sahaja Aisy mengatakan dia beli.

“Airis ni bukan reti masak pun.” tambah Aisar.

Aisy yang perasan air muka isterinya berubah terus tersenyum.

“Sedap isteri saya masak.” kata Aisy sambil mengusap kepala isterinya.

Terus tersenyum Airis apabila dipuji oleh Encik suami. Masakan pertama yang dia masak untuk suami dan dia bahagia suaminya suka.

“Kembanglah Adik kita Ammar. Kena puji dengan suami dia.” ujar Aisar.

Mereka menjamu selera dan pelbagai cerita yang Neneknya cerita tentang Airis.

“Haa alang-alang kamu ada ni suruh Airis bawa kamu jalan-jalan.”

“Boleh tu boleh Nenek tapi takkan nak jalan kaki.”

“Apa guna motorsikal dekat garaj tu. Aisy pandai bawa motosikal tak?”

“Pandai Nenek.”

“Haa baguslah tu. Alang-alang kamu berdua nak keluar kamu berdua beli barang sekali untuk masak makan malam.”

Selesai sahaja makan dan mengemas meja Airis terus mencari keberadaan suaminya.

Masuk sahaja ke dalam bilik dia melihat suaminya sedang sibuk duduk dihadapan komputer riba.

“Abang jadi keluar jalan-jalan tak ni?” soal Airis.

Aisy yang mendengar kata-kata isterinya terus memandang kearah isterinya.

“Sayang dah nak pergi dah? Haaa sekejap Abang kemas kertas-kertas ni.”

Airis hanya melihat suaminya mengemas kertas-kertas yang berada diatas katil.

Selepas siap menyusun kertas dan menyimpan barangnya dia berdiri lalu pergi kearah Airis berada.

“Dah jom pergi jalan-jalan dan beli barang.” kata Aisy sambil meraih tangan Airis.

Airis menunggu Aisy di tangga rumah sementara dia mengambil motorsikal.

Beberapa minit kemudian Aisy menunggang motosikal dan menyuruh Airis naik.

Naik sahaja Airis, Nenek menyapa mereka berdua.

“Aisy kamu jangan bawa motosikal macam motosikal kamu di Kuala Lumpur tu. Nenek tahu kamu ada motosikal berkuasa tinggi tapi jangan bawa laju ya. Sini kawasan kampung bukan litar berlumba.” pesan Nenek kepada Aisy.

Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]Where stories live. Discover now